9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

lead image

Siapa kata tiada tempat percutian menarik di Asia? 9 tempat menarik yang kami senaraikan ini akan buat anda kesejukan seperti di musim sejuk!

9 tempat percutian menarik di Asia dengan cuaca sejuk bawah 17°C

Oleh sebab kita duduk di negara Asia yang sinonim dengan cuaca panas, pasti kita teringin nak ke tempat sejuk juga, kan? Tapi takkan sampai kena pergi Eropah atau AS? Ada tak tempat percutian menarik di Asia dengan cuaca sejuk?

Ha… jangan kecewa lagi kalau anda tak cukup duit nak travel jauh-jauh ke Eropah atau As semata-mata kerana nak merasa sejuk seakan musim sejuk. 

Kami di sini ada menyenaraikan 9 tempat percutian menarik yang sejuk. Apa paling best ialah semua tempat ini di serantau Asia Tenggara saja. Bolehlah anda pergi, kan? 

Jadi kalau anda memang tengah mencari tempat percutian menarik, apa kata anda cuba 9 tempat ini? 

#1 Indonesia 

Gunung Rinjani, L0mbok

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/rinjanirim.jpg 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Kredit: rinjanimountain.com

Di Indonesia memang ada sesetengah tempat yang sedikit sejuk berbanding di negara Asia lain. Tapi Gunung Rinjani adalah tempat percutian menarik yang paling sejuk di sini!

Sama seperti Bali (dan dekat saja pun!), Lombok adalah sebuah pulau dengan pelbagai pilihan pantai. Tapi kalau anda mencari tempat chill seakan musim sejuk, pergi panjat Gunung Rinjani.

Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif dan paling tinggi di Indonesia. Suhu di sini mencecah hampir 10°C. Selain trekking, anda juga boleh bermandi-manda di air terjun dan melihat suasana kampung yang unik

#2 Vietnam

Hanoi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/Vietnam 800x532.jpg 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Kredit: blog.supershuttle.com

Hanoi merupakan antara tempat percutian menarik di Asia. Ia lebih dikenali sebagai “Paris of Asia“. Sebab apa? Ha… anda kena datang sini dulu barulah anda faham!

Suhu di Hanoi boleh mencecah sehingga bawah 20°C di antara bulan Disember hingga Februari. Jadi belum terlambat untuk anda merancang percutian, hehehe!

Hanoi menawarkan pelbagai pantai yang cukup ideal untuk destinasi percutian di musim sejuk. 

Sapa, Lao Cai

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/1465961471 sapa vietnam.jpg 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Kredit: Palm Vietnam Travel

Kalau anda ke Sapa, anda pasti terlupa yang kita ini masih di Vietnam, salah satu negara di Asia Tenggara!

Sapa adalah spot terkenal untuk pengunjung. Ia ada pelbagai lembah hijau yang memukau mata. Kalau anda pergi ke sana sekarang, bersiap sedialah untuk kesejukan kerana suhu di sana menghampiri 13-8°C!

#3 Filipina

Bandar Tagaytay

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/9011470 orig.jpg 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Kredit: Tagaytay

Walaupun tidaklah sesejuk destinasi percutian menarik di Asia seperti yang lain, tapi Bandar Tagaygay amat unik. 

Ia terletak beberapa jam daripada Manila. Apa yang best di sini adalah suasana kehijauannya yang dipelihara. Antara tempat paling popular di sini adalah Tasik Taal dan Gunung Berapi Taal.

Suhu di Bandar Tagaytay boleh mencecah sehingga 22°C.

Wilayah Gunung Sagada

Gunung Sagada benar-benar salah satu destinasi perlancongan yang ideal jika anda nak merasa pengalaman di musim sejuk. Suhu di sini boleh mencecah sehingga 15°C, itu waktu siang ya!

Wilayah Gunung Sagada merupakan tempat dengan campuran budaya asli, kecantikan alam semulajadi dan tradisi lama. Jangan melepaskan peluang untuk tengok keranda tergantung dan formasi batu kapur di Gua Sumaguing. 

Anda pasti akan menikmatinya!

#4 Thailand

Chiang Mai

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/top ten cm.jpg 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Kredit: Chiang Mai – Bangkok

Anda digalakkan untuk melawat Chiang Mai, salah satu bandar yang penuh budaya ini pada bulan November hingga Februari. Lagipun ketika inilah Chiang Mai akan menunjukkan betapa ia sejuk, wuhooo!

Malah, pada musim sejuk, kecantikan di Chiang Mai paling menyerlah. Anda pasti terkesima melihat pokok ceri yang berbunga. Taman Negara Doi Inthanon pula ada sakura ala-ala di Jepun, tau!

Bangkok

Walaupun Bangkok hari ini tidaklah sesejuk tempoh hari di mana suhu jatuh sehingga 15°C, tapi anda tak patut buang ia dari senarai. 

Kalau sekali lagi musim sejuk menyerang Bangkok, anda tahu ke mana nak pergi!

#5 Malaysia

Kundasang, Sabah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/ohmedia kundasan sabah 4.jpg 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Kredit: Sabahup2date – blogger

Kalau anda tak mahu ke luar negara dan hanya mencari tempat percutian menarik dalam negara sendiri, apa kata anda cuba Kundangan. Tempat ini memiliki lembah hijau yang sungguh mengagumkan.

Ia juga hanya 6km daripada Park Gunung Kinabalu dan mencecah hampir 2,000 meter di atas paras laut.

Kalau pada waktu siang, suhu di Kundasang boleh mencecah sehingga 13°C. Sejuk tuuuuuuuuu! 

Cameron Highlands, Pahang

Seperti yang kita tahu, Cameron Highlands yang terletak di atas bukit menawarkan cuaca yang sejuk (secara purata sehingga 18°C). 

Jadi jom layan teh strawberi, bunga kaktus dan sepotong kek di sana! Sambil itu anda boleh mencuci mata dengan melihat kehijauan taman dan kebun di sana. 

Jangan lupa bagi hint dekat suami awal-awal ya. Hihihi 😉

 

 

 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

6 Sebab Saintifik Kenapa Anda Perlu Bawa Anak Anda Pergi Bercuti

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!