Cara Kira Pergerakan Bayi Semasa Mengandung Guna Kick Counter Di Aplikasi theAsianparent

undefined

Pergerakan bayi semasa mengandung antara aspek penting yang perlu sentiasa diberi perhatian oleh ibu hamil. Gunakan Kick Counter untuk pantau bayi anda!

Di theAsianparent, kami berhasrat untuk menjadikan pengalaman kehamilan dan keibubapaan anda adalah satu perjalanan yang menggembirakan dan penting. Antara yang penting perlu dilakukan dalam kehamilan adalah mengira pergerakan bayi.

Dengan matlamat menjadikan kehamilan ini satu perjalanan manis buat anda, segala maklumat yang disediakan di laman web, kemudahan dan aplikasi yang kami sediakan akan membantu mendidik, membimbing dan memberi maklumat kepada anda supaya anda dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. 

Baca juga: Ibu Wajib Kira Pergerakan Bayi Dengan Cara Ini – BAHAYA Kalau Kurang Gerak!

Pergerakan bayi semasa mengandung boleh dipantau menggunakan Kick Counter 

pergerakan bayi

Salah satu kemudahan penting yang disediakan dalah Kick Counter yang disediakan dalam aplikasi theAsianparent. Untuk memastikan ibu hamil mendapatkan kehamilan yang sihat, adalah sesuatu yang sangat penting untuk mereka belajar bila untuk mula mengira tendangan bayi dan memantau pergerakan bayi semasa mengandung, pada trimester ketiha (27 minggu). 

Kick Counter ini sangat membantu ibu hamil dalam perkara penting ini. 

Bila perlu mula kira tendangan dan pergerakan bayi dalam kandungan

Mengapa penting untuk anda mula kira pergerakan bayi dan kenapa ia perlu? Ini kerana memahami pergerakan unik bayi dalam kandungan serta corak gerakannya adalah penting untuk memastikan anda tahu mereka dalam keadaan baik. 

Apabila seseorang ibu tahu rutin pergerakan bayinya sebagai contoh selang  sejam dalam sehari, mereka pasti akan tahu jika sesuatu yang pelik berlaku pada kandunga. 

Kadang kala, apabila pergerakan bayi dalam kandungan berkurang, lain daripada biasa atau berhenti bergerak ia mungkin ia salah satu tanda tidak baik. Dalam sesetengah kes apabila perkara ini berlaku kelahiran mati boleh berlaku. 

Ringkasnya, mengetahui corak tendangan bayi anda dan mengetahui bila ada sebarang perubahan dapat membantu mengurangkan kemungkinan kelahiran mati.

Mengapa anda perlu guna Kick Counter?

Kami di theAsianparent membangunkan kemudahan ini kerana kami sedar kelahiran mati adalah masalah yang benar-benar berlaku di Asia Tenggara. Pada 2015, sejumlah 105,000 bayi mengalami kelahiran mati di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Ini bermakna, setiap hari dalam tahun berkenaan, secara purata 287 keluarga mengalami kehilangan bayi pada peringkat kandungan yang sudah matang. Bagaimanapun, 1/3 daripada kehilangan ini boleh dielakkan salah satunya dengan cara mengira pergerakan bayi atau tendangan. 

Dengan matlamat untuk mengurangkan keguguran dan kelahiran mati di rantau Asia Tenggara melalui pendidikan dan kesedaran, theAsianparent melancarkan Project Sidekicks. Sejajar dengan matlamat ini, kick counter dilancarkan. 

Pakar mengatakan, pergerakan bayi dalam kandungan secara normal adalah sebanyak 10 kali dalam satu jam. Kick Counter bukan saja membantu anda untuk memantau pergerakan bayi dalam kandungan serta tendangannya, tetapi anda boleh mengesan jika berlaku perubahan pada cara pergerakan mereka. 

Ini sekaligus membantu anda untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan dan langkah pencegahan yang lebih pantas untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku. 

Bagaimana menggunakan kick counter?

#1. Anda akan menemui Kick Counter di bahagian ‘tools’ pada aplikasi theAsianparent. Anda perlu tekan ‘more’ dan aplikasi itu akan membawa anda kepada paparan ‘tools’. 

#2. Klik pada ikon berkenaan dan anda boleh mula mengira pergerakan atau tendangan bayi.

#3. Jika tidak tahu untuk buat apa, arahan yang diberikan akan sangat membantu anda. Rujuk saja pada arahan di aplikasi berkenaan. 

#4. Tekan ‘start’ untuk mula mengira tendangan bayi. Boleh juga ajak suami anda untuk kira bersama-sama. Ia lebih seronok!

pergerakan bayi

bayi

 

#5. Anda juga boleh pilih jenis ‘tendangan’ atau pergerakan itu. 

bayi

 

#6. Teruskan merekod tendangan berkenaan dalam satu jam atau lebih. Waktu paling sesuai dan terbaik untuk anda kira pergerakan bayi dalam kandungan adalah selepas anda makan kerana ketika ini bayi dalam keadana aktif!

#7. Anda juga boleh buat reminder dalam kemudahan kick counter bagi memastikan anda tidak lupa dan terlepas merekod pergerakan bayi anda. 

bayi

 

#8. Terdapat laporan harian, mingguan dan bulanan mengenai aktiviti anda yang membolehkan ibu hamil memantau kesihatan dan kehamilan sihat dengan mudah. Ia sangat membantu anda untuk merekod pergerakan bayi dalam kandungan.  

bayi

 

Kick counter bukanlah satu-satunya kemudahan yang terdalam dalam aplikasi ini, ada pelbagai lagi kemudahan lain yang membantu anda mendapatkan kehamilan sihat!

Jadi, jom muat turun sekarang aplikasi ini!

Klik di sini untuk dapatkan aplikasi theAsianparent

Jangan lupa beritahu kami jika anda sudah gunakan aplikasi ini dan bagaimana ia membantu anda mendapatkan kehamilan sihat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!