Ikut 9 cara menarik minat anak untuk pergi prasekolah ini, yang terakhir paling berkesan!

lead image

Bagaimana cara untuk menarik minat anak-anak supaya mereka pergi prasekolah? Dengan 9 cara ini, pasti ia membantu ibu bapa dalam mencari idea yang bernas

Didik anak untuk pergi prasekolah: ibu bapa harus pasang strategi 

Adakah anda suka untuk pergi prasekolah semasa kecil dulu? Ini adalah masa yang paling best dengan kawan-kawan. Dapat berehat bersama, berkumpul beramai-ramai, mewarna dan banyak lagi momen best bila pergi prasekolah.

Namun, ada juga kanak-kanak yang tidak suka pergi prasekolah malah terasa lebih bahagia duduk rumah di bawah celah ketiak mak! Selain itu, mereka juga mungkin 24 jam mengadap iPad.

Jadi ibu bapa harus pasang strategi berkesan untuk menarik minat anak pergi prasekolah. Berikut antara 9 cara bagaimana anda boleh menarik minat anak-anak untuk pergi prasekolah. Mari semak apakah ia.

pergi prasekolah, projek kanak-kanak prasekolah, keselamatan kanak-kanak prasekolah, prasekolah, hari pertama sekolah anak, hari pertama sekolah, hari pertama persekolahan,

1. Bersikap positif

Bila sudah masuk ke fasa umur 5 tahun ke atas, pelbagai persoalan ke bermain di fikiran anak-anak. Soalan kenapa perlu pergi prasekolah pasti akan kerap ditanya. Jadi ibu bapa harus bijak menjawab setiap soalan yang diajukan.

Berkatalah yang benar dan positif bahawa prasekolah merupakan pendidikan pertama yang perlu dihadirinya.

Selain itu, ibu bapa perlu membaca buku berkaitan cara tangani anak pertama kali ke sekolah. Sikap positif berkaitan sekolah akan merangsang anak-anak agar terus bersemangat untuk menimbal ilmu.

 2. Membina keyakinan anak

Tingkatkan keyakinan anak dengan memberitahu mereka bahawa anda percaya dan menghargai bagaimana mereka belajar. Berikan pujian di kala mereka sudah pandai menulis, mewarna dan mengira.

Ini adalah konsep asas kepada pembelajaran ketika prasekolah. Teruskan usaha menyokong anak-anak agar mereka lebih bersemangat. Kata-kata yang baik dan menggalakkan anak-anak belajar akan memberi keyakinan kepada anak kecil ini untuk mencintai prasekolah.

3. Pergi membeli belah

pergi prasekolah, projek kanak-kanak prasekolah, keselamatan kanak-kanak prasekolah, prasekolah, hari pertama sekolah anak, hari pertama sekolah, hari pertama persekolahan,

Anak-anak pasti suka pergi membeli-belah. Ini adalah aktiviti yang seronok, di mana anak-anak boleh memilih pilihan alat tulis, beg sekolah, bekas makanan, botol minuman dan sebagainya.

Pasti mereka lebih bersemangat dan teruja untuk pergi prasekolah.

4. Pembelajaran kreatif

Ibu bapa harus lebih kreatif memainkan peranan bagi menarik minat anak belajar. Galakkan anak-anak untuk meneroka dunia di sekitar mereka dan membawa pelajaran di luar rumah seperti mendaki, berjalan atau bermain di taman permainan.

Di samping belajar, beri peluang anak kecil untuk bermain. Di rumah pula, anda boleh sediakan permainan yang dapat membuka pemikiran mereka seperti blok dan teka teki, ini adalah contoh permainan yang dapat mumupuk sikap ingin belajar.

5. Kepentingan dan minat

Tunjukkan minat dan galakkan anak-anak untuk menereka serta mempelajari lebih lanjut mengenai subjek tertentu yang disukai. Pastikan minat mereka terus hidup dan ia membuatkan mereka bersemangat untuk pergi prasekolah.

6. Bina hubungan antara sekolah dan rumah

Untuk membina hubungan yang kuat di antara sekolah dan rumah, anda perlu mengikuti apa yang berlaku di sekolah anak anda. Ketahui apa yang mereka pelajari dengan bertanya soalan-soalan kecil seperti,

            "Lagu apa yang kamu nyanyi untuk kelas muzik hari ini?"

            “Makan apa untuk tengah hari tadi ketika di sekolah?’

            “Kawan baik kamu nama awak?”

Elakkan daripada bertanya soalan apa yang mereka pelajari ketika di sekolah tadi. Ini akan menakutkan mereka untuk mengigati apa yang dipelajari kemungkinan jawapan mereka akan menghampakan seperti tidak ingat atau tidak tahu.

7. Menggalakkan persahabatan

pergi prasekolah, projek kanak-kanak prasekolah, keselamatan kanak-kanak prasekolah, prasekolah, hari pertama sekolah anak, hari pertama sekolah, hari pertama persekolahan,

Kadang-kadang kanak-kanak bersemangat untuk ke sekolah kerana suka berkawan. Rakan kecil mereka akan membuatkan anak berasa berminat untuk menghadiri kelas.

Buat jadual aktiviti bermain dan merancang aktiviti anak dan kawan-kawannya agar persahabatan mereka sentiasa dalam keadaan baik.

8. Sukarelawan di sekolah

Sekiranya masa membenarkan, tidak salah jika anak terlibat dengan aktiviti sukarelawan di sekolah. Aktivi ini seperti mengambil bahagian setiap aktiviti, menghadiri acara sekolah atau berkhidmat di majlis ibu bapa.

Cinta kanak-kanak akan meningkat saban waktu apabila melihat ibubapanya turut mencintai sekolahnya.

9. Raikan pencapaian anak

Ini merupakan ganjaran yang harus diberikan kepada anak di atas kejayaan mereka. Ini akan meningkatkan semangat untuk terus belajar. Contohnya, jika anak kurang dalam pelajaran bahasa mungkin mereka lebih cemerlang dalam pengiraan.

Fokus kepada kekuatan mereka dan pupuk kata semangat kepada subjek yang lemah. Raikan pencapaian mereka ini walaupun sekecil hadiah.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari: Kiddy 123.com

Baca juga:

Kesan negatif pindah sekolah pada anak anda, ramai parents tak sedar