Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu

lead image

Dari lahir hingga ke usia empat tahun, anak anda melalui perkembangan yang luar biasa di semua peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Pantau apa yang akan berlaku setiap bulan dalam artikel ini.

Mengamati peringkat perkembangan bayi dari bulan ke bulan, hingga ke tahun demi tahun pasti membuatkan ibu bapa rasa teruja dan gembira. 

Tapi, adakah kalian tahu apa yang berlaku secara menyeluruh dari sudut fizikal, sosial, emosi, pertuturan, kognitif dan pemakanan dalam pertumbuhan bayi ?

Anda menyedari tahap kesihatan anak? 

Itulah sebabnya kami menyediakan semua peringkat perkembangan bayi dari 0 hingga 48 bulan ini. Semuanya dikumpul menjadi satu di bawah. 

Skrol sampai ke bawah, dan kalian akan menemui pautan 51 artikel yang merangkumi perkembangan bayi selepas lahir hingga mereka berusia empat tahun. 

Setiap artikel memberi gambaran terperinci tetang perkembangan keseluruhan bayi termasuklah peringatan vaksinasi dan waktu perlu berjumpa doktor. 

Jom mulakan penelitian anda sekarang! 

Peringkat perkembangan bayi 0 – 12 bulan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/essential baby.jpg Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu

Kredit: Essential baby

Jika anda melihat peringkat perkembangan bayi pada tahun pertama, anda akan dapat lihat sejumlah pertumbuhan yang menakjubkan!

Dalam tempoh ini, hati anda akan cair dengan kasih sayang dan senyuman yang bersinar tatkala melihat wajah comel si kecil. 

Peringkat perkembangan bayi sifar hingga 12 bulan melibatkan pertumbuhan berat badan dan ketinggian. 

Otak bayi juga mengalami pertumbuhan yang besar sepanjang tempoh ini dan ia didorong oleh makanan otak terbaik dunia iaitu susu ibu

Untuk bacaan yang lebih mendalam anda boleh klik pada pautan di bawah ini:

Tahap pertumbuhan anak 13 – 24 bulan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/SolusiSehatku.com .jpg Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu

Kredit: Solusi Sehatku

Cepat betul bayi yang baru lahir tadi membesar di hadapan mata anda. Sekarang mereka sudah berusia 1 tahun ke atas!

Secara rasminya, anda pasti akan merasai pelbagai perubahan yang lebih menarik pada peringkat ini. 

Pada usia 24 bulan, anak anda sudah berjalan dan berlari. Selain itu, mereka juga sudah boleh bercakap sedikit demi sedikit. 

Pada peringkat ini juga, mereka sedang mengembangkan citarasa terhadap makanan dan minuman. Namun harus diingatkan, otak mereka masih berkembang dan perlu banyak makanan berkhasiat dan stimulasi emosi serta kognitif. 

Ini adalah panduan lengkap perkembangan bayi anda berdasarkan umur mereka:

Peringkat perkembangan bayi 25 hingga 36 bulan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Screenshot 6.jpg Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu

Anda mungkin berasa cemas untuk menguruskan emosi anak pada tahun ini. 

Walaupun kadang-kadang, tantrum mereka sedikit melampau, tapi ia boleh dikurangkan dengan beberapa helah bijak daripada ibu bapa, seperti cara ini. Jadi, jangan terlalu tertekan ya! 

Anggota tubuhnya juga semakin tinggi dan kuat. Kemahiran motor kasar mereka juga semakin maju seperti menggenggam barang dan tahu guna pensil dengan betul. 

Jom semak peringkat perkembangan anak dengan lebih lengkap seperti jadual di bawah:

Tahap pertumbuhan anak 37 hingga 48 bulan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/anmum.jpg Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu

Kredit: Anmum

Tahniah! Kalian adalah ibu luar biasa kerana berjaya mengasuh dan menjaga anak dengan sehabis baik. Di usia ini mungkin anak anda sudah memulakan prasekolah

Ia sekaligus bermaksud, anda boleh perhatikan tahap pelajaran mereka yang sudah boleh membaca, mengira, mewarna dan lain-lain. 

Nak tahu apa lagi perkembangan mereka selepas berusia 3 tahun ke atas ini? Jom semak panduan berguna di bawah:

Perjalanan anak anda kini sudah bermula. Syabas diucapkan kepada anda kerana melakukan kerja dengan baik dan mereka berkembang menjadi orang hebat. 

Ingat, jika ada sebarang keraguan mengenai kesihatan dan tahap perkembangan anak yang terlewat, berunding dengan pakar pediatrik untuk tindakan selanjutnya. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Her.ie & Bebelac 

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

7 tanda perkembangan anak lebih lambat dari biasa, parents perlu semak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!