Tips Keselamatan Buat Ibu Hamil Yang Ingin Lakukan Perjalanan Jauh, Elak Risiko Pada Kandungan

Perjalanan jauh ibu hamil atas tujuan melancong atau pulang ke kampung biasanya boleh membuatkan anda cepat rasa penat dan sakit belakang

Melakukan perjalanan jauh serta dalam tempoh yang lama untuk ke sesuatu tempat, sudah tentu memenatkan. Tambahan lagi pada ibu hamil, ia juga boleh memberi kesan terhadap fizikal seperti sakit belakang, lenguh dan pening.

Ibu hamil jalan jauh biasanya disebabkan oleh tujuan peribadi seperti pulang ke kampung, menemani suami kerja di luar kawasan ataupun melancong.

Bolehkah Ibu Hamil Lakukan Perjalanan Jauh?

Walau bagaimanapun, apa yang dirisaukan adalah keadaan ibu mengandung untuk melakukan perjalanan ini.

Jadi adakah selamat untuk ibu hamil membuat perjalanan jauh terutama sekiranya dia sudah masuk ke trimester ketiga iaitu 37 minggu dan ke atas. 

perjalanan, bercuti, rutin sebelum memandu, cramp kaki, darah beku, kebas kaki, pangku anak, riba anak dalam kereta, carseat baby, carseat anak

Untuk pengetahuan anda, ibu hamil tidak menjadi masalah jika ingin melakukan perjalanan jauh. Namun, ia memerlukan persediaan ibu mengandung dan membuat ‘Plan B’ sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Yang paling penting ibu hamil perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor dan pihak kesihatan yang merawat anda. Jika doktor bimbang akan kesihatan bayi, anda disarankan untuk tidak melakukan perjalanan jauh. Tidak berbaloi jika sesuatu buruk terjadi ketika dalam perjalanan. 

Risiko Perjalanan Jauh Untuk Ibu Hamil

Kehamilan nampaknya tidak menghalang anda daripada mengembara ke tempat yang berbeza. Ini dapat memberikan ketenangan dan keseronokan kepada ibu hamil.

Melancong semasa hamil adalah selamat jika anda tidak mengalami sebarang komplikasi semasa hamil dan telah membuat persediaan ibu mengandung yang lengkap.

Ada beberapa risiko yang perlu para ibu hamil ketahui jika ingin melakukan perjalanan jauh, iaitu:

#1. Berasa loya dan letih

Sebelum 12 minggu kehamilan, fasa mengandung yang dilalui kebanyakan ibu mungkin lebih kerap berasa loya dan letih. Ini memberikan ketidakselesaan pada ibu semasa dalam perjalanan.

Anda mungkin terpaksa berhenti banyak kali jika mengalami fasa mengandung muntah dan loya, ini menyebabkan rasa tidak selesa bukan saja kepada anda malah menganggu penumpang yang lain.

Ada baiknya bercuti atau lakukan perjalanan jauh jika anda sudah bebas daripada fasa mengandung morning sickness. 

#2. Risiko keguguran

Pada awal kehamilan, risiko ibu keguguran masih tinggi. Justeru, adalah lebih baik untuk anda elakkan perjalanan jauh pada trimester pertama. Hal ini kerana fasa mengandung masih lagi fragile. 

Jika anda membuat perjalanan jauh terutama ke kawasan pedalaman yang jalannya tidak sempurna, keadaan kereta akan terhentak serta tidak stabil sekaligus meningkatkan risiko keguguran. 

#3. Ketidakselesaan

Perjalanan jauh ketika hujung usia kehamilan boleh menyebabkan ibu tidak selesa semasa dalam perjalanan dan memenatkan ibu. Selepas 28 minggu melalui fasa mengandung, anda mungkin merasa lebih sukar untuk bergerak dan duduk untuk jangka masa yang lama.

Jika perlu ibu mengandung memandu, pastikan buat regangan badan terlebih dulu. Anda mungkin akan rasa cramp kaki atau kebas kaki. 

Selain itu, jika anda ada anak masih kecil, elakkan pangku atau riba mereka di dalam kereta. Letakkan dalam carseat baby atau carseat anak lebih dewasa sesuai dengan usia mereka. 

Kesan perjalanan jauh pada ibu mengandung

Ada beberapa komplikasi yang boleh menghalang ibu hamil daripada membuat perjalanan jauh. Ia termasuklah:

  • Masalah dengan serviks ibu (serviks), seperti ketidakcekapan serviks, di mana serviks terbuka atau menipis terlalu cepat sebelum bersalin.
  • Pendarahan faraj.
  • Kehamilan kembar.
  • Kencing manis semasa mengandung.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Praeklampsia.
  • Masalah dengan plasenta.
  • Adakah anda pernah mengalami keguguran?
  • Adakah anda pernah mengalami kehamilan ektopik?
  • Adakah anda pernah mengalami kelahiran pramatang?
  • Jika anda berumur 35 tahun ke atas dan ini adalah kehamilan pertama anda.

perjalanan, bercuti, rutin sebelum memandu, cramp kaki, darah beku, kebas kaki, pangku anak, riba anak dalam kereta, carseat baby, carseat anak

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini pada hantaran Facebook, beliau menceritakan pesakit wanita sedang hamil mengalami bilateral pulmonary embolism with cardiogenic shock iaitu berlakunya darah beku di saluran paru-paru.

Ikuti perkongsikan oleh Dr Hameeth Shah Abdul Wahid 

“Baru balik daripada cuti hari raya, 13 jam memandu pulang dari Kelantan dengan hanya berhenti di satu tempat sepanjang tempoh itu. Anak berusia 3 tahun di pangkuan ibu sepanjang perjalanan.”

Justeru, Dr Hameeth Shah berpesan supaya:

  1. Kerap berhenti – Sekiranya ibu mengandung melakukan perjalanan jauh, berhenti dengan kerap sekurang-kurangnya setiap 2 jam dan berjalan-jalan di kawasan rehat dan rawat (R&R).
  2. Jangan riba anak – Jangan beri ibu mengandung memegang anak lain di atas riba di sepanjang perjalanan kerana ia boleh mengganggu peredaran darah ke kaki. Tolong letakkan anak kecil anda di kerusi khas keselamatan kanak-kanak yang mana ia sudah pasti selamat untuk bayi dan ibu.
  3. Pakai compression socksSelain itu, ibu mengandung juga boleh memakai sarung kaki TED (compression socks) jika mahu melakukan perjalanan jauh.

Tips Bercuti Atau Berjalan Jauh Ketika Hamil

Terdapat beberapa panduan boleh diikuti oleh ibu hamil yang mahu melakukan perjalanan jauh dengan aman dan selesa. Antaranya termasuklah:

#1. Lakukan perjalanan pada trimester kedua

perjalanan, bercuti, rutin sebelum memandu, cramp kaki, darah beku, kebas kaki, pangku anak, riba anak dalam kereta, carseat baby, carseat anak

Fasa kehamilan ini menjadi waktu paling selamat untuk ibu mengandung melakukan perjalanan jauh iaitu ketika usia kandungan 4 hingga 6 bulan.

Selain itu sekiranya tidak ada masalah, penerbangan dengan pesawat juga boleh dilakukan setelah fasa kehamilan 28 minggu. Bagaimanapun, perlu selidik dahulu syarat daripada syarikat penerbangan dan ikuti nasihat doktor.

Apabila masuk fasa kehamilan trimester ketiga, keadaan akan menjadi berisiko kembali kerana anda pada bila-bila masa saja boleh bersalin. Jadi jika tiada keperluan, elakkanlah membuat perjalanan jauh pada trimester pertama atau ketika kehamilan. 

#2. Periksa kehamilan sebelum berangkat

Adalah disarankan kepada ibu mengandung untuk melakukan pemeriksaan kehamilan terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan jauh. Ia untuk membantu ibu mengetahui keadaan terkini bayi yang dikandung.

Jika keadaan usia kandungan sihat dan stabil manakala ibu dalam keadaan baik, biasanya tidak ada masalah melakukan perjalanan jauh. Bagi penerbangan pula, penting mendapatkan surat daripada doktor yang merawat.

#3. Gunakan mod pengangkutan yang selamat.

  • Perjalanan darat – Jika menggunakan kenderaan sendiri, pastikan keadaan di dalamnya mempunyai ruang untuk anda bergerak. Ibu juga perlu berehat setiap beberapa jam dan menggerakkan badan. Sekiranya menaiki pengangkutan awam, pilih tempat duduk yang mempunyai ruang cukup untuk bergerak. Seboleh-bolehnya pilih yang berdekatan dengan tandas.
  • Perjalanan udara – Ibu mengandung juga boleh menaiki pesawat atau kapal terbang, tiada masalah. Lazimnya, penerbangan domestik membenarkan ibu mengandung untuk melakukan perjalanan jauh ketika usia kandungan 34 minggu. Walau bagaimanapun, ada juga penerbangan tempatan yang akan memerlukan ibu hamil untuk membawa surat rujukan daripada hospital/doktor untuk kandungan yang melebihi 27 minggu.

Setiap syarikat penerbangan memiliki polisi yang berbeza. Oleh itu, anda disarankan untuk periksa dahulu terma dan syarat penerbangan dengan teliti sebelum membuat perjalanan jauh ketika hamil.

#4. Kerap ubah posisi ketika duduk

Disarankan kepada ibu mengandung supaya kerap mengubah posisi duduk. Gerakkan badan setiap 30 minit bagi mengelakkan pembekuan darah lebih-lebih lagi jika ibu melalui perjalanan lebih lima jam.

#5. Gunakan pakaian longgar

Pakaian dan kasut yang sesuai membuatkan ibu mengandung berasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan. Dinasihatkan untuk mengelakkan daripada memakai pakaian ketat dan pilihlah pakaian longgar supaya ibu mudah bergerak.

#6. Bawa buku pink ibu hamil

Walau dimana sahaja anda pergi, sentiasa bawa bersama buku pink ibu hamil atau kad rawatan kehamilan swasta di dalam beg. 

Membawa buku pink ibu hamil adalah wajib dan sama pentingnya membawa kad pengenalan diri. Hal ini kerana ia berlaku kes kecemasan, doktor yang bertugas dapat melakukan pemeriksaan dengan lebih mudah pada ibu dan bayi dalam kandungan.

#7. Ubat ibu mengandung dan vitamin untuk ibu mengandung

Selain buku pink ibu hamil, anda juga perlu bawa keperluan seperti ubat ibu mengandung dan vitamin untuk ibu mengandung di dalam beg.

Misalnya jika anda tiba-tiba sakit kepala, nanti dapatlah segera gunakan ubat ibu mengandung tanpa perlu menunggu untuk ke klinik atau farmasi yang berdekatan. Ubat untuk ibu mengandung ini dapat memberikan kelegaan yang segera di saat anda memerlukannya.

Selain itu bawa bersama vitamin untuk ibu mengandung trimester pertama yang dibekalkan oleh klinik bagi memastikan kehamilan anda sentiasa dalam keadaan baik.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu mengandung di luar sana.

  1. idxchannel.com (April 28, 2022). Intip 9 Tips Perjalanan Jauh untuk Ibu Hamil, Aman dan Nyaman. www.idxchannel.com/milenomic/intip-9-tips-perjalanan-jauh-untuk-ibu-hamil-aman-dan-nyaman
  2. Dr Hammeth Shah Abdul Wahid (June 20, 2019). www.facebook.com/667354173/posts/10157243129484174

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tip Travel Ketika Balik Kampung

Baca juga: Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Baca juga: Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!