theAsianparent Logo

Beginilah perjuangan dan susah-payah seorang ibu mencari rezeki dari mata lelaki

Sebagai ibu, sudah tentu ingin membahagiakan anak dan memberikan yang terbaik untuk anak. Perjuangan ibu mencari rezeki sering membuat hati kita tersentuh.

Sebagai ibu, naluri semulajadi sudah tentu ingin membahagiakan anak dan memberikan yang terbaik untuk anak. Sebab itu kita sanggup buat apa saja demi anak kita. Perjuangan ibu mencari rezeki sering membuat hati kita tersentuh.

Seorang lelaki, Yanuar Syafaa telah berkongsi di laman Facebook-nya tentang perjuangan ibu mencari rezeki. Kata-katanya begitu menyentuh hati.

Status Yanuar Syapaat tentang perjuangan ibu mencari rezeki

Ada sebahagian wanita yang beruntung dilahirkan dari keluarga kaya, Tak perlu kerja keras dan tetap dapat hidup dengan senang-lenang.

Sebahagian wanita lain juga beruntung karena dianugerahkan suami yang telah kaya dan siap memberi nafkah pada isteri dan anak-anaknya lebih dari cukup.

Sebagiannya lagi bekerja keras bersama suaminya untuk mewujudkan impian bersama.

perjuangan ibu mencari rezeki

Di bahagian lain ada wanita yang tak punya pilihan. Bagi mereka, harinya sibuk untuk menjawab pertanyaan:

“Anak saya esok makan apa? ” dan sibuk untuk berdoa: “Semoga anak saya ada kehidupan yang lebih baik”.

Untuk para wanita yang bekerja keras, saya doakan semoga dimudahkan urusannya, dikuatkan kakinya, dilimpahkan rejeki yang berkah, yang dengan segala ikhtiranya dapat tersenyum di hari tuanya melihat keberhasilan anak-anaknya.

Aamiin…

Status yang disertai gambar perjuangan ibu mencari rezeki untuk keluarga ini pun mengundang banyak reaksi dari netizen. Kebanyakannya mendoakan semoga ibu-ibu yang bekerja terus kuat. Tidak hanya itu, banyak ibu yang mempunyai nasib yang serupa.

perjuangan ibu mencari rezeki

Sedangkan, Aldy Mufti menulis, “Perempuan boleh menjadi ibu dan juga ayah yang diperlukan anaknya. Tapi lelaki belum tentu boleh menjadi ibu.

Ini hal biasa kerana wanita memang mahluk Tuhan yang paling kuat dari lelaki. Tidak ada kata perempuan ini lemah. Kalau dalam keadaan dan posisi terdesak seperti ini, pun perempuan boleh menjadi kuat.”

perjuangan ibu mencari rezeki

Betul ke perempuan lebih kuat berbanding lelaki hingga banyak kisah perjuangan ibu mencari rezeki yang kita temui?

Ada beberapa penelitian yang membuktikan perempuan memang kuat. Salah satunya ialah perempuan mempunyai kekuatan untuk melahirkan anak.

Proses mengandung dan melahirkan anak merupakan proses yang menyakitkan dan memenatkan. Walaupun begitu, ia adalah antara pengalaman yang sangat istimewa dan bahagia.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Maya Salah dari Pusat Kesihatan di McGill Universiti, menunjukkan yang sistem kekebalan wanita lebih baik berbanding lelaki.

Ini kerana, pengaruh estrogen perempuan sangat tinggi berbanding lelaki.

Status yang ditulis oleh Yanuar telah dikongsikan sebanyak 15000 orang di laman Facebook. Kita bukan sahaja melihat perjuangan seorang ibu melalui status itu. Tapi sudah tiba masa untuk kita memberi sokongan tentang pilihan yang dibuat oleh ibu-ibu.

Tidak kira sama ada ibu hanya duduk di rumah atau keluar bekerja, dua-dua harus bekerja keras untuk keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Tak salah isteri minta bantuan suami. Ikuti surat terbuka dari isteri ini yang akan membuka mata anda...