7 gambar perkahwinan artis Bollywood yang disorok - anda pasti belum pernah lihat gambar ini!

7 gambar perkahwinan artis Bollywood ini menampilkan gambar sebenar yang mungkin tidak sama dengan apa yang anda selalu saksikan di kaca tv. Jom tengok ia!

Gambar perkahwinan artis Bollywood tak semuanya mewah seperti di dalam filem. Ada yang memilih untuk membuat majlis secara sederhana, namun tetap meriah. Contohnya seperti 7 gambar perkahwinan ini.

Anda mungkin tidak dapat melihatnya di TV atau mana-mana media, tau! Jom tengok gambar-gambar perkahwinan ini.

1. Perkahwinan artis Bollywood Amitabh Bhachchan dan Jaya

perkahwinan artis Bollywood

Amitabh Bhachchan dan Jaya Badhuri berkahwin pada tahun 1973. Ketika ini, mereka masih cuba mencipta nama di dunia hiburan India. Perkahwinan mereka berjaya disembunyikan dari media, dan hanya diketahui oleh keluarga dan rakan dekat sahaja.

Walupun mereka telah berkahwin lebih dari 50 tahun, mereka masih bahagia. Mereka juga dikurniakan 2 orang anak iaitu Abhishek Bachchan dan Sweti.

Amitabh dan Jaya masih berlakon dan selalu memainkan watak sebagai suami isteri.

2. Perkahwinan artis Bollywood Kajol dan Ajay Devgan

perkahwinan artis Bollywood

Sejak tahun 1995, Kajol dan Ajay sering digandingkan bersama di dalam filem hingga terbit bibit-bibit percintaan di antara mereka.

Mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada 24 Februari 1999. Majlis tersebut diadakan di rumah Ajay di daerah Juhu, India. Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh orang-orang terdekat. Mereka berbulan madu dengan mengelilingi dunia ke Australia, Eropah dan Mesir.

Mereka kini dikurniakan 2 cahaya mata bernama Nysa dah Yug.

3. Perkahwinan artis Bollywood Shilpa Shetty

perkahwinan artis Bollywood

Pelakon filem Dhadkan ini, disebut sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Raj Kundra dan isteri pertamanya. Namun hal itu dibantah keras oleh Shilpa Shetty.

Setelah Raj Kundra bercerai dengan isteri pertamanya, diapun berkahwin dengan Shilpa Shetty pada 22 November 2009. MAjlis perkahwinan diadakan mengikut adat, dan Shilpa Shetty mengenakan baju dari pereka terkenal di India.

4. Perkahwinan artis Bollywood Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan

perkahwinan artis Bollywood

Aishwarya Rai telah berkahwin dengan Abhishek Bachchan pada 20 April 2007. Keduanya kini telah dikaruniakan seorang anak bernama Aaradhya Bachchan.

Majlis perkahwinan diadakan mengikut agama Hindu. Aishwarya mengenakan busana berwarna keemasan oleh pereka terkenal.

5. Perkahwinan artis Bollywood Shah Rukh Khan

perkahwinan artis Bollywood

25 Oktober 1991 merupakan hari bersejarah untuk Shahrukh Khan dan Gauri. Perjuangan mereka meyakinkan kedua orang tua Gauri akhirnya mendapat restu. Mereka menjalin kasih selama 6 tahun sebelum akhirnya mendapatkan restu untuk melangsungkan perkahwinan.

Kini mereka mempunyai 3 orang anak iaitu Aryan, Abram, dan Suhana. Pernikahan mereka tetap bahagia walaupun pernah dikaitkan dengan isu orang ketiga.

6. Perkahwinan artis Bollywood Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan

perkahwinan artis Bollywood

Pada 16 Oktober 2012 Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan telah mengikat perjanjian sehidup semati. Pernikahan bertema Maharaja itu khabarnya menelan belanja sebanyak hampir 6 juta Ringgit Malaysia. Baju pengantin Kareena dan Saif ditabur perhiasan mewah.

Keduanya telah dikurniakan anak lelaki bernama Taimur Ali Pataudi.

7. Perkahwinan artis Bollywood Preity Zinta

perkahwinan artis Bollywood

Artis Bollywood yang namanya memang memang sesuai dengan wajahnya ini telah memilih untuk berkahwin dengan pemuda dari Amerika yang bernama Gene Goodenough. Mereka berkahwin pada 19 Februari 2016, bertempat di Los Angeles, Amerika. 

Preity Zinta mengaku dirinya dan Gene bercinta selama 5 tahun sebelum berkahwin. Dia pertama kali bertemu dengan Gene di Santa Monica, Los Angeles. 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Rupanya ini 6 cara artis Bollywood berikut mengasuh anak-anak mereka