15 momen indah ketika perkahwinan diRaja antara Putera Harry dan Meghan Markle

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle berlangsung dengan indah sekali di gereja St George. Ini antara 15 momen indah yang sempat dirakam lensa kamera.

Tanggal 19 Mei lalu, perkahwinan Putera Harry dan pelakon Meghan Markle telah berlangsung dengan indah di gereja St. George yang bersejarah. 

Lebih 1,000 orang awam diberi keistimewaan untuk menyaksikan perkahwinan diRaja yang dinanti-nantikan ini.

Buat penduduk seluruh dunia, walaupun dengan zon masa yang berlainan, mereka sempat menonton perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle ini di pelbagai platform yang menyiarkannya.

Bagi meraikan keindahan perkahwinan diRaja ini, kami akan berkongsi 15 momen indah yang sempat ditangkap lensa kamera sebagai kenangan untuk anda. Jom sama-sama kita melihatnya!

15 momen indah perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle

Kedua-dua pasangan ini dinamakan sebagai Duke dan Duchess of Sussex sebaik sahaja majlis selesai dijalankan. Berikut antara 15 momen indah perkahwinan mereka yang akan buat anda tersenyum.

Cantik sungguh perkahwinan diRaja kali ini. 

1. Meghan dan ibunya, Doria Ragland menaiki Rolls-Royce

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Lensa kamera sempat “mencuri” gambar pengantin perempuan ini yang indah memakai tiara Diamon Bandeau yang dipinjamkan Permaisuri Mary. 

2. Putera Harry dan Putera William jalan bersama-sama

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Putera Harry telah memilih abangnya sebagai best man, dan mereka berjalan seiringan untuk ke gereja menanti pengantin perempuan sampai.

Kalau Puteri Diana masih hidup, pasti beliau akan bangga dengan kedua-dua anak lelakinya ini!

3. Puteri Charlotte mencuri tumpuan sebagai flower girl

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

6 pengapit perempuan yang ditemani ibu mereka adalah Puteri Charlotte; goddaughter Putera Harry iaitu Zalie Warren dan Florence van Cutsem; goddaughter Meghan iaitu Rylan dan Remi Litt; dan Ivy Mulroney, anak kawan baik Meghan.

4 pengapit lelaki pula ialah Putera George, godson Putera Harry iaitu Jasper Dyer, Brian Mulroney dan John Mulroney. 

4. Putera Charles pimpin tangan menantunya!

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Walaupun Meghan tidak dipimpin bapanya, namun beliau akhirnya dipimpin Putera Charles (walaupun sekejap saja).

5. Meghan pegang bouquet Forget-me-nots, bunga kegemaran Puteri Diana

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Untuk mengekalkan tema simple namun sophisticated, Meghan membawa jambangan bunga yang dipetik sendiri oleh Putera Harry dari pilihan bunga kegemaran ibunya, Puteri Diana.

So sweet!

6. Putera Harry “ketam bibir” lihat kecantikan Meghan

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Rasa nak menangis tengok Putera Harry seakan tergamam dan mengetam bibir apabila melihat bakal isterinya itu di atas altar.

Putera Harry dilihat mengatakan “you look amazing” pada Meghan dan Meghan tersipu malu.

7. Putera Harry membelai lembut tangan Meghan

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Lihatlah betapa indah dan ikhlasnya cinta mereka. Putera Harry dilihat memegang tangan Meghan sepanjang upacara, seolah-olah sentiasa memberi semangat dan dorongan pada bakal isterinya itu. 

8. Koir Gospel menyanyi lagu Stand By Me

https://youtu.be/S1O4kia_Iog

Siapa sangka, walaupun majlis itu dipenuhi dengan tradisi perkahwinan diRaja, namun lagu Stand By Me dimainkan di tengah-tengah upacara!

9. Puteri Charlotte sekali lagi mencuri perhatian!

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Amboi comelnya puteri yang satu ini!

10. Putera Charles pimpin tangan ibu Meghan, Doria

Apabila kedua-dua mempelai ingin menandatangani pendaftaran nikah, Putera Charles dilihat memimpin tangan ibu Meghan, Doria.

11. Penonton bersorak selepas pengantin keluar dari gereja

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

12. Ciuman pertama mereka selepas berkahwin, yay!

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

13. Menaiki kereta bersama-sama sebagai suami dan isteri

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Rasa macam cerita dongeng. Seorang rakyat biasa akhirnya mengahwini seorang Putera Raja!

14. Berpegangan tangan dengan erat dalam carriage berkuda

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

15. Dan mereka berciuman lagi….

perkahwinan Putera Harry, Putera Harry dan Meghan Markle, Putera Harry, Meghan Markle, perkahwinan diraja, royal wedding, perkahwinan Prince Harry, Prince Harry

Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Kami di theAsianparent tak berhenti tersenyum melihat gambar-gambar perkahwinan mereka. Sungguh indah!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel disumbang oleh theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtradisi-bayi-kerabat-diraja/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!