6 Perkara Tentang Bersalin Yang Bidan Mahu Semua Ibu Mengandung Tahu

Seorang bidan kampung telah menjelaskan 6 perkara tentang bersalin yang ibu-ibu hamil perlu tahu untuk memudahkan proses beranak itu. Jom lihat apakah ia...

Perkara yang ibu mengandung perlu tahu

Bersalin adalah salah satu proses yang paling ditakuti oleh kebanyakan wanita.

Namun, walaupun ia agak menakutkan, tapi kita wanita menganggap proses bersalin itu juga penuh keajaiban dan diharapkan berjalan dengan lancar.

Momen untuk bersalin melibatkan ramai orang. Antaranya seperti doktor, jururawat, bidan dan suami. 

Fiona MacArthur, salah seorang bidan kampung yang telah berkhidmat selama 30 tahun berkata, proses kelahiran seseorang bayi amat ajaib dan beliau lega dapat membantu proses tersebut.

Namun dalam sebuah artikel di Mama Mia, Fiona mendedahkan 6 perkara penting tentang proses bersalin yang beliau mahu semua ibu mengandung tahu.

Mari ikuti apakah perkara yang ibu mengandung perlu tahu itu:

#1 Adakah wanita perlu jadi seakan bidan sebelum jadi seorang ibu?

perkara ibu mengandung perlu tahu

Kredit: Flickr

“Itu semua mitos. Ada wanita yang sungguh bijak menyesuaikan diri, sedangkan dia tak pernah beranak. 

Tapi ada juga yang tidak tahu apa-apa, tapi masih mampu jadi seorang ibu. Semua wanita boleh jadi seorang ibu. Anda boleh belajar perlahan-lahan!”

#2 Musuh utama proses bersalin adalah: ketakutan

perkara yang ibu mengandung perlu tahu

Kredit: Flickr

Ketakutan adalah musuh utama anda. Jangan anggap atau lihat proses bersalin sebagai satu peperiksaan.

Cuba bayangkan ia adalah satu proses normal yang dicipta untuk semua wanita. Anda perlu lebih percaya dengan diri sendiri.

Jika anda takut, semua hormon dalam badan akan terganggu lalu menyebabkan proses bersalin jadi lebih lama.

#3 Pilih orang yang boleh tenangkan anda dalam bilik bersalin

perkara yang ibu mengandung perlu tahu

Kredit: Vimeo

“Jika suami masuk ke dalam bilik bersalin lebih bagus. Mereka boleh memberi sokongan yang anda perlukan.

Suami harus ada dalam bilik bersalin dengan anda, sambil memandang mata anda dan mengatakan betapa anda hebat kerana akan bersalin.

Jika suami tak dapat bersama anda, pilih orang yang boleh tenangkan anda dalam bilik itu.

Jangan pilih mak mentua, pula!

#4 Tak semua bidan kenal anda, tapi mereka cuba sedaya-upaya mereka

perkara yang ibu mengandung perlu tahu

Kredit: baysidejournal.com

Pasti anda teruja dibantu bidan kampung ketika beranak. Tapi, tak semua bidan itu tadi mengenali dan cam anda.

Namun, itu tak bermaksud mereka tak berusaha bersungguh-sungguh membantu anda dalam proses bersalin! 

Mungkin mereka cuma tidak perasan dan tidak bagus mengingati nama.

#5 Jangan dengar cerita seram tentang proses bersalin

“Jangan dengar semua cerita seram tentang proses bersalin. Jangan biarkan semua kata-kata itu tersekat di pintu rahim anda.”

#6 Semua doktor, jururawat atau bidan amat mengambil berat tentang anda

6 Perkara Tentang Bersalin Yang Bidan Mahu Semua Ibu Mengandung Tahu

“Walaupun kami (bidan) tidak mengenali anda, tapi kami amat bersyukur kerana dapat membantu anda dan bayi, dalam masa yang singkat itu.

Kami akan mencuba segala-galanya untuk membantu anda, agar anda boleh membawa pulang bayi yang comel itu ke rumah.”

Awwww, sungguh baik hati bidan kampung ini kan? Terima kasih atas 6 perkara yang ibu mengandung perlu tahu ini!

Jadi, macam mana ibu-ibu mengandung semua? Sudah sedia nak bertempur di bilik bersalin?

Kami mendoakan agar semuanya berjalan lancar untuk anda. Amin.

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-cara-semulajadi-untuk-cepat-bersalin/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!