20 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Diucapkan Oleh Seorang Isteri

Untuk mengelakkan konflik di alam rumahtangga, si isteri haruslah menjaga tuturkata dan bicara aagar tidak menyinggung hati suami. Berikut adalah kata-kata yang tidak patut diucapkan oleh seorang isteri kepada seorang suami.

Suami dan isteri haruslah berusaha untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Oleh itu, sebagai seorang isteri, mereka haruslah menghormati ketua keluarga iaitu suami dan bapa kepada anak-anak anda.

Untuk mengelakkan konflik di alam rumahtangga, si isteri haruslah menjaga tutur kata dan bicara agar tidak menyinggung hati suami.

Kita sebagai seorang isteri bertanggungjawab untuk menjaga hati suami, sama seperti bagaimana suami anda perlu menjaga hati dan perasaan anda.

Berikut adalah kata-kata yang tidak patut diucapkan oleh seorang isteri kepada seorang suami.

#1 Abang, tolong salin baju tu!

An asian man looks unhappy sitting on the bed, with his partner (out of focus) behind him

Kata-kata anda boleh menyinggung perasaan suami, terutama jika diucapkan di depan ahli keluarga lain.

Ia seolah-olah anda sedang memberitahu suami anda bahawa suami anda tidak tahu berpakaian kemas; bajunya berbau busuk.

Jika anda sebagai isteri tidak suka akan baju yang dipakai oleh suami anda, anda boleh mencadangkan baju yang sesuai untuk suami anda. Apapun pilihan anda, ia terpulang kepada citarasa suami anda.

#2 Biarkan, biar saya uruskan!

hubb1

Ya, mungkin suami anda itu, bila buat sesuatu kerja, ia tidak sesempurna anda.

Tetapi, hargailah suami anda. Sekurang-kurangnya dia cuba meringankan beban anda. Biarlah dia melakukan sesuatu mengikut keselesaannya.

#3 Tolong tengokkan si anak tu, tapi jangan suruh dia….

hubby4

Mengarah suami anda untuk menjaga si anak boleh menaikkan kemarahan dan ego suami anda.

Suami anda juga adalah penjaga kepada anak anda, jadi bila anda mengarahnya, dengan nada suara yang kasar, ia akan membuatkan suami anda rimas.

Cuba jangan mengarah suami anda sama seperti anda mengarah anak buah anda di pejabat atau anak anda sendiri, dan jangan memantau suami anda menjaga anak anda.

Cuba tanamkan sedikit kepercayaan terhadap suami anda. Dengan kepercayaan yang anda berikan, suami akan berasa dihargai.

#4 Abang takkan tak boleh…

hubby5

Bila anda menghakimi dan meragui tindakan suami anda, suami anda boleh merasa tertekan dan anda anggap dia akan gagal dalam segala perkara.

Jika anda menghadapi masalah dengan suami anda, berbincang dengan elok dan berikan cadangan yang bernas.

Suami anda yang buntu tadi akan kagum dengan kebolehan anda untuk menyelesaikan masalah.

#5 Saya gemuk ke??

hubby8

Suami anda akan berasa rimas jika anda bertanyakan tentang saiz anda, kerana suami anda menyayangi anda bukan semata-mata kerana rupa.

Kalau selalu ditanya, lama-kelamaan dia akan bosan dengan pertanyaan anda yang sama, dan akan berdiam diri saja.

#6 Saya OK!

hubby9

Jangan berbohong kepada suami dengan mengatakan semuanya OK.

Suami anda sedang berusaha untuk memperbaiki perhubungan dan menjernihkan keadaan dengan mengajak anda berbincang, dan anda juga harus berikan kerjasama dan bertolak ansur.

Jika tidak, dengan cara ini suami anda akan berasa segala usaha yang dilakukannya hanyalah sia-sia, tetapi dia jugalah yang harus memujuk anda.

#7 Entahlah, saya tak tau. Terpulanglah…

hubby2

Jika suami anda bertanyakan di mana hendak makan atau menonton wayang, cuba berikan jawapan yang konkrit.

Jangan meletakkan semua perkara dalam keadaan yang tidak pasti.

Anda sebagai isteri juga harus pandai membuat keputusan dan jangan terlalu bergantung kepada suami untuk membuat keputusan dan memikirkan semua yang terbaik untuk anda.

#8 Saya menyesal berkahwin dengan awak!!

hubby3

Jika bergaduh, amat senang untuk mengucapkan semua benda yang menyakitkan hati.

Dengan berkata demikian, suami anda pasti terkesan dengan ucapan anda, kerana dia mencintai anda dengan sepenuh hati. Kata-kata itu boleh mencetuskan konflik yang lebih besar.

#9 Saya taknak keluar dengan kawan-kawan awak, saya segan

hubby6

Itu adalah situasi biasa dihadapi jika si isteri tidak menyukai semua kawan suaminya.

Tetapi, jika anda mengambil usaha untuk bercampur dan berkenalan dengan rakan-rakan suami anda, pasti suami anda berasa bangga mempunyai seorang isteri yang ramah dan gemar bergaul dengan orang.

#10 Bila abang nak dapat kerja ni?

hubby7

Mencari pekerjaan baru bukan mudah, hanya dengan semangat yang anda berikan sahaja mampu meringankan beban yang suami anda fikir.

Daripada mendesak suami anda, lebih baik anda mencadangkan tempat kerja yang sesuai dengan kelulusan suami anda, atau cuba berikan mereka semangat untuk terus mencuba mencari pekerjaan baru.

#11 Abang ni kenapa??

dreamstime_s_54755261

Soalan ini mudah diucapkan jika suami anda melakukan kesilapan.

Lebih baik cuba berdiam diri pada masa itu kerana ini akan menurunkan keyakinan diri suami anda. Anda juga lebih tenang selepas itu!

#12 Pergi exercise, abang dah gemuk tau!

dreamstime_s_14552425

Si suami pasti sibuk bekerja untuk menanggung komitmen sehingga kesihatannya tidak terjaga.

Anda sebagai isteri harus menjaga makan minumnya supaya kesihatan terjaga. Ajak suami anda bersenam di hujung minggu. Ini pasti akan merapatkan hubungan anda.

#13 Apa sentuh-sentuh ni?

dreamstime_s_32225675

Keintiman dan sentuhan adalah perkara biasa dalam rumahtangga.

Jika pasangan anda ajak bersama dan anda penat, anda harus menolak dengan baik, dan ajak suami anda tidur di kamar sahaja.

#14 Abang nak beli yang itu ke??

dreamstime_s_17644107

Jika suami anda menginginkan sesuatu, biarkan sahaja mereka membelinya, berbanding mengkritiknya. Suami anda ada cara tersendiri untuk memberikan dirinya ganjaran selepas penat bekerja.

Anda cuma perlu ingatkan si dia supaya berbelanja mengikut bajet yang ada dan memintanya berfikir dahulu adakah berbaloi untuk membelinya.

#15 Ni sahaja yang abang mampu?

dreamstime_s_42206535

Anda patut bersyukur kepada suami anda yang telah menyediakan makan dan tempat tinggal yang selesa.

Suami anda pasti hendak menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk anda, tetapi mereka masih belum mampu.

Anda sebagai isteri harus mencari alternatif untuk mengukuhkan ekonomi bersama dan bukan merungut atas apa yang tidak ada.

#16 Bekas kekasih saya pernah buat….

dreamstime_s_53327988

Ia tidak sihat untuk membuat perbandingan dari hubungan sebelumnya ke dalam hubungan yang lain, terutama sekali perbandingan yang melibatkan suami anda dan bekas kekasih anda.

Bekas kekasih anda mungkin telah melakukan perkara yang lebih baik, tetapi anda perlu ingat kenapa anda tidak mengahwini bekas kekasih anda!

#17 Bila abang nak tambah pendapatan/naik gaji

dreamstime_s_34089701

Selagi keperluan asas keluarga anda dipenuhi, tidak ada sebab untuk anda untuk mengatakan ini kepada pasangan anda.

Selain dari mengadu tentang bagaimana suami anda tidak ada duit yang mencukupi, terokailah cara-cara bagaimana anda boleh menyumbang kepada bajet isi rumah!

#18 Perangai abang sama macam bapak!

dreamstime_s_33686419

Ia adalah buruk untuk perkahwinan anda apabila anda menuduh suami anda yang mempunyai kelemahan seperti bapanya sendiri.

Ingatlah bahawa ia akan menyakiti pasangan anda secara mendalam apabila anda menuduhnya memaparkan ciri-ciri yang sama seperti bapanya.

#19 Saya benci bila…

dreamstime_s_39429555

Daripada memberitahunya perkara yang anda tidak suka, biarlah dia tahu apa yang anda suka. Apabila anda melayan pasangan anda dengan baik, dia akan melayan anda dengan lebih baik juga.

#20 Jika awak sayang saya…

dreamstime_s_54739280

Apabila anda bercakap sebegini, ia seolah-olah anda sedang mempersoalkan cinta pasangan anda.

Berkata sebegini juga boleh dianggap sebagai satu paksaan atau ugutan. Iaitu, suami anda perlu memenuhi keperluan anda. Jika tidak, anda akan menganggap yang dia tidak sayang anda.

Bukankah itu hanya akan membuatnya serba salah?

Jadi isteri sekalian, jom elak semua perkara di atas dan jadi pasangan yang baik lagi penyayang buat suami kita.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!