Banyak benda anak akan belajar bila masuk 1 tahun 9 bulan ini!

lead image

Pejam celik pejam celik, anak sudah masuk 21 bulan. Ibu tahu apa perkembangan anak 1 tahun 9 bulan ini? Mereka belajar banyak benda sekarang!

Perasan tak anak anda itu seolah-olah sudah pandai menjaga dirinya sendiri? Dia tahu basuh tangan lepas main di luar. Dia tahu pakai kasut (walaupun terbalik!). Sebenarnya, itulah salah satu perkembangan anak 1 tahun 9 bulan!

Mereka memang nampak makin aktif. Tapi, tahukah anda 20% daripada waktu mereka dihabiskan dengan melihat benda-benda tertentu?

Mereka bukan saja sudah tahu berlari, memanjat dan menari, tapi mereka juga semakin bijak!

Ini antara 5 perkembangan anak usia 1 tahun 9 bulan yang anda perlu tahu.

Perkembangan anak 1 tahun 9 bulan: Perkembangan Kognitif

perkembangan anak usia 1 tahun, perkembangan anak umur 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 21 bulan, perkembangan anak umur 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak usia 21 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak 1 tahun 9 bulan

Bermain adalah salah satu cara mereka belajar. Ini kerana mereka masih memiliki tumpuan perhatian yang rendah.

Dengan bermain, mereka boleh memahami konsep masa. Jadi, selepas ini bolehlah anda mula cakap dengan mereka tentang hari.

Contohnya selepas makan tengahari, mereka perlu tidur dulu sebelum petang keluar bermain. Mengajar erti masa ini akan mengajar anak mengurus masanya kelak dan jadi lebih berdisiplin.

Mereka juga sudah tahu mana permainan untuk “kanak-kanak lelaki atau perempuan”.

Tapi jangan risau jika mereka masih bermain dengan permainan yang tidak sesuai dengan jantina mereka. Ia normal dalam perkembangan mereka.

Namun, hati-hati dengan satu perkara: mereka kini suka memasukkan benda ke dalam tempat yang tak sepatutnya. Contoh: masuk mainan kecil dalam hidung atau telinga!

Jadi, sentiasa jauhkan benda-benda kecil dari mereka. 

Perkembangan anak 1 tahun 9 bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi

perkembangan anak usia 1 tahun, perkembangan anak umur 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 21 bulan, perkembangan anak umur 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak usia 21 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak 1 tahun 9 bulan

Apabila mereka sudah mula memahami konsep masa, mereka akan terbiasa dengan rutin. 

Jadi, anda boleh mengubah antara satu aktiviti ke satu aktiviti, ia difahami oleh si kecil itu. 

Contohnya seperti mandi, berus gigi, baca buku dan tidur. Tapi, jangan langgar rutin yang janji anda kerana mereka akan melawan dan marah. 

Anak yang baru berusia 1 tahun 9 bulan mungkin masih belum memahami konsep berkongsi dan jangan bergaduh. Jadi, ajar mereka perlahan-lahan.

Perkembangan anak 1 tahun 9 bulan: Perkembangan Bahasa dan Percakapan

Hari ini mereka sebut 15 perkataan. Esok lagi banyak! Pada usia 21 bulan, mereka mula mengembangkan kemahiran bercakap.

Tapi jangan risau jika anak anda masih belum boleh bercakap. Sesetengah perkembangan anak berbeza-beza. 

Anda boleh menambah kosa kata dan tatabahasanya dengan menyanyi lagu atau  membaca buku.

Perkembangan anak 1 tahun 9 bulan: Perkembangan Kesihatan dan Pemakanan

perkembangan anak usia 1 tahun, perkembangan anak umur 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 21 bulan, perkembangan anak umur 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak usia 21 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 9 bulan, perkembangan anak 1 tahun 9 bulan

Percaya tak jika kami katakan anak usia 1 tahun 9 bulan sudah pandai minum sendiri? Ya betul!

Mereka sudah boleh memegang cawan dan minum sendiri. Tapi hati-hati jangan sampai tertumpah. Dalam sedikit masa lagi, mereka juga akan boleh minum dengan straw.

Tips untuk ibu bapa

Tips paling penting ketika anak masuk usia 21 bulan ini ialah rancang terlebih dahulu sebelum keluar. 

Mereka akan mudah berasa lapar, jadi jangan lupa bawa sebarang makanan sebelum keluar. Pastikan juga botol air sentiasa ada untuk anak.

Oleh sebab mereka masih kecil, sediakan cardigan dan selimut buat mereka jika anda nak ke pusat beli-belah. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

 

Baca juga:

Jom tengok apa perkembangan anak umur 1 tahun 8 bulan