"Ibu! Saya dah masuk 2 tahun 3 bulan, rasanya apa perkembangan terbaru saya?"

lead image

Anak bila dah masuk usia dua tahun akan muncul ragam dan karenah yang boleh membuatkan ibunya sakit kepala nak layan tapi ia menunjukkan sikap positif yang bagus

Antara perkembangan anak 2 tahun 3 bulan yang anda dapat lihat adalah mereka sudah pandai membezakan pelbagai objek atau sudah hafal nama orang sekelilingnya

Anda boleh lihat dia tahu siapa yang anda tunjukkan itu along, mama, ayah, atau opah dan sebagainya.

Bahkan, bila melihat sesuatu, dia ada rasa ingin tahu yang cukup tinggi terhadap objek yang berada di sekelilingnya. 

Selain itu, salah satu perkembangan anak 2 tahun 3 bulan adalah anda dapat lihat si kecil suka bermain dengan permainan yang berwarna-warna dan dia akan bermain dengan penuh semangat!

Namun, objek tersebut jangan terlalu kecil bagi mengelak bahaya tercekik

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/huffingtonpost 1.jpg "Ibu! Saya dah masuk 2 tahun 3 bulan, rasanya apa perkembangan terbaru saya?"

Kredit: Huffington Post

Di samping itu, ibu dan ayah jangan terkejut dengan perkembangan anak 2 tahun ini terutama apabila melihat si kecil itu sudah pandai pegang pinggan sendiri, mengambil gelas air dari tangan anda dan sudah tahu menarik kasutnya.

Mereka juga sudah tahu melompat girang ketika bermin. Bahkan, mereka amat menikmati aktiviti baru yang anda perkenalkan. 

#1 Perkembangan anak 2 tahun 3 bulan: Perkembangan kognitif 

Pernah tak anda uji anak yang berusia dua tahun untuk lihat kecekapan dan intelektual mereka? Hal ini kerana dalam perkembangan anak 2 tahun 3 bulan, anda boleh lihat keupayaan mereka dalam selesaikan teka teki.

Tapi bukan teka teki yang susahlah! Teka teki yang biasa saja, contohnya menunjukkan ke arah ayam dan minta dia teka apakah nama haiwan tersebut.

Selain itu, anda juga boleh uji minda anak dengan cara:

  • Memberi warna krayon dan buku tulis untuk si kecil lukis apa yang dia lihat dan suka
  • Bermain puzzles
  • Meletakkan mainan seperti huruf atau nombor ke tempat yang betul. 
  • Suruh si kecil teka nama haiwan dan huruf tertentu untuk daya ketangkasan otak si kecil. 

#2 Perkembangan anak 2 tahun 3 bulan: Perkembangan sosial dan emosi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/solusisehatku 3.jpg "Ibu! Saya dah masuk 2 tahun 3 bulan, rasanya apa perkembangan terbaru saya?"

Kredit: Solusi Sehatku

Pada usia 2 tahun juga, anda akan dapat melihat anak semakin bertenaga menunjukkan emosi dan kemarahan. Contohnya seperti tunjukkan sikap agresif bila apa yang dia nak tak dapat.

Bertabah ya ibu ayah, itu sebenarnya tanda emosi dan sosial mereka sedang berkembang dengan baik. Antara tanda-tanda lain seperti:

  • Berteriak atau tantrum di hadapan orang 
  • Kembali tenang selepas tantrum jika dipujuk, sebenarnya inginkan perhatian ibu bapa 

Jadi, ibu ayah tetap sabar melayan karenah anak kecil dalam usia dua tahun ini. Jangan pula jadi The Hulk tiba-tiba ya. 

#3 Perkembangan anak 2 tahun 3 bulan: Bahasa dan pertuturan

Perkembangan anak 2 tahun 3 bulan juga ialah si kecil boleh bercakap sebanyak 200 patah perkataan (itu minimum, walaupun bunyi kurang nak faham). Anak anda juga akan:

  • Boleh menyebut perkataan saya, aku, kamu, itu saya punya 
  • Objek yang biasa dipegang seperti kotak, permainan anak patung, huru-huruf tertentu, sebutan nama haiwan macam kucing, burung, ayam dan sebagainya. 
  • Sudah boleh mula perkenalkan lagu kanak-kanak kepada mereka. Anda akan terkejut melihat bagaimana mereka belajar dan ingat dari situ. 

Namun begitu, ketika anak berusia dua tahun ini, ibu bapa perlu menjaga setiap percakapan yang ingin dilontarkan kerana anak-anak mudah mengikut setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapanya.

Ini juga masanya untuk ajarkan mereka berterima kasih, bersalaman dan etika yang lain. 

#4 Perkembangan anak 2 tahun 3 bulan: Nutrisi dan kesihatan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/parentingclub.co .id 2.jpg "Ibu! Saya dah masuk 2 tahun 3 bulan, rasanya apa perkembangan terbaru saya?"

Kredit: Parenting Club. id

Perkembangan anak 2 tahun yang lain juga adalah si kecil sudah pandai cakap suka atau tak suka terhadap sesuatu makanan. Contoh dia akan cakap macam ini. 

Ibu tak sedap la nasi lemak ini! 

Air oren tak manis la.

Ibu, saya nak susu coklat!

Jadi inilah masanya untuk anda menyediakan makanan si kecil dengan pelbagai corak, saiz dan bentuk untuk nampak lebih menarik dalam pinggan mereka.

Tips untuk ibu bapa 

  • Antara perkembangan anak 2 tahun juga yang boleh buat anda jengkel adalah tantrum. Sebaiknya, anda tetap sabar dan bertenang ketika melayan karenah tantrum ini.
  • Jangan risau jika anak berbuat sepah di meja makan. Biarkan si kecil itu seronok menikmati hidangan makanannya. 
  • Anda boleh lihat anak cenderung menggunakan sebelah tangan kiri atau kanan semasa si dia pegang sebarang objek. 
  • Jagan paksa anak melakukan sesuatu perkara. 
  • Jika anda lihat anak belum mencapainya dalam usia perkembangan 2 tahun ini, segeralah berjumpa doktor untuk konsultasi. Namun, setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, anda hanya boleh bantu dan beri galakan serta tunjuk ajar terhadap anak-anak dalam usia ini.

Berseronoklah menjaga anak kecil ini, kerana mereka akan membesar dengan cepat tanpa kita sedari. Kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Solusi Sehatku 

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah 

Baca juga

4 perkembangan dan milestone yang akan dicapai anak umur 2 tahun 2 bulan (26 bulan)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!