Jom tengok apa perkembangan anak umur 1 tahun 8 bulan

lead image

Imaginasi anak anda semakin berkembang, jadi anda mungkin perasan yang anak anda lebih takut. Ketahui perkembangan anak 20 bulan dengan lebih lanjut.

Anak anda memang suka naik tangga, dan dengan bantuan anda, mereka boleh turun dengan selamat. Antara perkembangan anak 20 bulan ini, mereka suka berlari dari berjalan sejak akhir-akhir ini.

Dah lambat nak pergi mana agaknya ni?

Perkembangan anak 20 bulan: Fizikal

perkembangan anak 20 bulan, perkembangan anak usia 1, perkembangan anak umur 1, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 20 bulan, perkembangan anak umur 1 tahun 6 bulan, perkembangan anak usia 20 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 6 bulan,

Jika anak anda suka menari, anda mungkin akan melihat mereka mula nak melompat!

Berdiri sebelah kaki adalah antara perkembangan penting untuk fizikal kanak-kanak. Lihat jika mereka boleh lakukannya apabila anda pegang tangan anak anda.

Nak imbang badan dengan dua kaki pun dah susah ini kan pula satu!

Bagi perkembangan motor halus mereka, anak anda kini boleh melukis garisan tapi bukanlah garisan yang lurus dan cantik, lebih kepada banyak-banyak garisan yang dicantumkan. Itu pun kalau anda boleh buat mereka duduk lama.

Anak anda suka membuat bentuk dan melukis, lebih-lebih lagi melukis jari dan ini adalah bagus untuk melatih koordinasi mereka. Tapi kalau anda nak senang kemas, suruh mereka lukis di tempat yang senang nak dibersihkan.

Perkembangan anak 20 bulan: Kognitif

Otak anak anda sedang aktif mempelajari benda baru dan meneroka persekitaran mereka. Imaginasi mereka semakin berkembang dan anda mungkin perasan yang mereka mula untuk menjadi lebih takut.

Ini kerana mereka boleh membayangkan benda yang tiada di depan mereka dan benda yang menakutkan.

Layan anak anda jika mereka takut kerana mereka belum tahu membezakan antara yang benar atau imaginasi.

Mereka mengharapkan anda untuk membantu mereka memahami pemikiran dan ketakutan mereka. Pastikan mereka tahu yang anda sentiasa ada untuk  mereka.

Tumpuan mereka masih sangat pendek, jadi jika mereka rasa takut, biasaya mudah untuk anda alihkan perhatian mereka.

Anak anda suka main dengan pasir, air, daun dan lumpur. Jadi sediakan baju yang sesuai dengan situasi supaya anda tak pening bila baju mereka kotor semasa anda bawa mereka keluar. 

Perkembangan anak 20 bulan: Sosial dan emosi

perkembangan anak 20 bulan, perkembangan anak usia 1, perkembangan anak umur 1, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 20 bulan, perkembangan anak umur 1 tahun 6 bulan, perkembangan anak usia 20 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 6 bulan,

Anak anda akan belajar dengan baik bila mereka rasa selamat dan disayangi. Tenangkan anak anda ketika mereka memerlukannya dan untuk masa sekarang jangan letakkan terlalu banyak jangkaan kepada mereka.

Setiap anak berkembang mengikut masa mereka sendiri sama anda mereka mencapai milestone tepat pada masanya, cepat atau lambat, kajian menunjukkan apabila mereka sudah bersekolah, mereka biasanya berada pada tahap yang sama.

Bersedia dengan tantrum mereka. Anak anda yang dulunya sangat comel dan sweet ini akan berubah jika mereka tak dapat apa yang mereka nak.

Menangis, melempar diri mereka ke lantai, menjerit, menendang, mengigit adalah sebahagian daripada perkembangan anak pada peringkat ini.

Apa yang penting adalah anda perlu bertenang. Anak anda belum tahu bagaimana untuk mengawal diri mereka. Mereka perlukan anda untuk tunjuk perangai yang betul. Galakkan mereka untuk berkelakuan baik dan jangan mengalah selalu.

Jika mereka buat perangai di tempat ramai orang, bawa mereka ke tempat sunyi supaya mereka boleh bertenang.

Susah nak memahami kenapa anak tantrum. Selalunya ia adalah kerana kecewa tentang perkara yang orang dewasa anggap remeh dan masa lain, kerana mereka penat, lapar atau terlalu seronok.

Mungkin anda tertanya-tanya jika sikap anak anda telah di tahap sukar untuk dikawal. sau dari empat kanak-kanak sangat sensitif dan susah untuk menerima perubahan. Kanak-kanak ini lebih mudah untuk tantrum.

Jika anda rasa anak anda seperti ini, bincang dengan pakar perkembangan kanak-kanak untuk mencari cara yang betul untuk situasi anda.

Jika anda membawa anak anda untuk bermain dengan rakan sebaya mereka, pastikan pertemuan tersebut singkat dan mudah.

Pastikan juga mainan cukup untuk semua kerana di usia ini mereka belum tahu kemahiran berkongsi.

Perkembangan anak 20 bulan: Bahasa dan pertuturan

perkembangan anak 20 bulan, perkembangan anak usia 1, perkembangan anak umur 1, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 20 bulan, perkembangan anak umur 1 tahun 6 bulan, perkembangan anak usia 20 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 6 bulan,

Biasanya kanak-kanak usia 1 tahun 6 bulan ini tahu dan boleh bercakap secara purata 15 perkataan, tapi tak ramai yang seperti ini. Jadi perhatikan anak anda dan jika anda risau, bawa mereka berjumpa doktor.

Anak anda mungkin akan mula bertanya soalan dengan meninggikan nada di akhir ayat mereka. Mereka juga mungkin boleh bercakap dua patah perkataan seperti “susu baby” atau “baling bola”.

Anda juga mungkin perasan yang mereka gemar untuk menyebut nama kerana untuk sebut “mummy” “daddy” dan “baby” adalah lebih mudah.

Tip ibu bapa:

Setiap anak berkembang mengikut masa mereka sendiri. Perkembangan ini bukan penentu perkembangan kejayaan atau pendidikan mereka pada masa hadapan.

Tapi jika anda risau dengan perkembangan anak anda, sentiasa rujuk dengan doktor supaya anda boleh mengetahui jika anak anda mempunyai masalah dengan lebih awal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Katrijn de Ronde; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Tanda-tanda perkembangan positif anak umur 1 tahun 7 bulan