Anak 2 tahun 1 bulan ni asyik nak buat semua sendiri. Betul ke?

lead image

Anak anda kini sibuk untuk buat segalanya sendiri. Jadi anda perlu banyak bersabar layan kerenah mereka. Jom baca apa lagi perkkembangan anak 25 bulan ini.

Sebulan yang lepas baru saja anda meraikan hari lahir anak anda yang kedua! Cepat betul masa berlalu. Baru dua tahun lepas anak anda lahir dan kini mereka sedang berlari, melompat dan mungkin dah pandai bercakap!

Apa perkembangan anak 25 bulan yang anda boleh harapkan?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/25 month old toddler development clingy.jpg Anak 2 tahun 1 bulan ni asyik nak buat semua sendiri. Betul ke?

Perkembangan anak 25 bulan: Fizikal

Lemak-lemak bayi dah pun hilang, kini anak anda semakin tinggi dan dah nampak macam budak nak masuk sekolah pula!

Di usia ini, anak anda akan menguji kesabaran anda lebih-lebih lagi bila mereka cuba untuk berdikari pada masa yang salah.

Walaupun tindakan mereka seperti disengajakan dan nampak macam dah dirancang, cuba untuk ingat yang pada usia ini mereka biasanya didorong dengan rasa ingin tahu dan bukan sengaja nak buat anda marah.

Tentang makanan pula, ada hari mereka semangat nak makan macam-macam, hari lain pula satu apa pun mereka tak nak makan.

Jangan stress, kandungan kalori yang mereka perlukan dah berkurang sekarang. Jadi, asalkan anda beri mereka makanan yang bernutrisi dan sihat, mereka akan baik-baik saja.

Tip: 

  • Jika anda risau tentang masalah kesihatan anak anda pada masa kan datang, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk memberi mereka makanan yang rendah lemak. Tapi jangan terlalu menjaga pula kerana mereka perlukan lemak sihat untuk membesar.
  • Anak anda yang makin membesar ini boleh mendapat manfaat dengan makan makanan yang kaya dengan serat bijirin penuh, buah dan sayur serta protein dari ayam dan ikan.
  • Jika anak anda memilih makanan, cuba untuk memotong makanan mereka dalam bentuk yang menarik atau beri mereka makanan yang mempunya warna yang terang dan cantik seperti lobak merah, buah naga atau ubi bit.

Perkembangan motor kasar

Pada usia 25 bulan, anak anda sudah mula belajar untuk berlari dengan lebih lancar dan membelok dengan mudah.

Mereka juga boleh  naik dan turun tangga dengan mudah dan melompat. Anda bukan saja perlu mengejar anak anda yang semakin laju ini, mereka juga sedang mempelajari kemahiran untuk berjalan kebelakang sekarang.

Tip:

  • Kanak-kanak usia ini sangat pandai dan tak faham dengankonsep bahaya. Jadi, jangan tunggu sehingga mereka pandai buat sesuatu sebelum anda childproof  rumah anda.
  • Sentiasa sendiara senarai untuk pastikan rumah anda selamat untuk diterokai oleh anak anda. Laci dan almari perlu dilekatkan ke dinding untuk mengelakkan ia jatuh ke atas anak anda.
  • Bawa anak anda keluar dari rumah supaya mereka boleh merenggangkan otot mereka dan mendapat udara segar. Berikan mereka kebebasan untuk meneroka tapi jangan lupa untuk pastikan mereka selamat.

Kemahiran motor halus

Sekarang ini anda mungkin perasan yang cara permainan mereka telah tambah rumit. Secara tiba-tiba mereka boleh buat satu aktiviti untuk masa yang lama.

Bagaimanapun, dari 25 ke 27 bulan, anak anda akan mula menyelesaikan masalah mudah melalui percubaan.

Anda mungkin merasa yang anda perlu membantu mereka, tapi mereka mungkin akan menolak tawaran anda sebagai cara untuk berdikari. Jangan risau kerana mereka akan tahu selepas cuba beberapa kali.

Tip: 

  • Blok, permainan muzikal serta permainan menunggang atau menolak bolej meninggkatkan cengkaman mereka dan permainan yang mengajar tentang sebab dan akibat adalah baik untuk perkembangan mental mereka.
  • Seni mudah dan projek kraf tangan bukan saja boleh membuat mereka sibuk, ia juga boleh mengembangkan kreativiti dan inovasi anak anda.
src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/25 month old toddler development puzzle.jpg Anak 2 tahun 1 bulan ni asyik nak buat semua sendiri. Betul ke?

Perkembangan anak 25 bulan: Kognitif

Sementara otak anak anda akan semakin berkembang, kebolehan mereka untuk fokus dengan lebih lama juga akan meningkat.

Oleh itu, anak anda akan khusyuk bermain dengan jangka masa panjang kerana mereka belum tahu tentang perbezaan masa.

Perubahan terbesar masih lagi mereka cuba untuk berdikari. Mereka akan menguji kesabaran anda tapi kebanyakkan masa mereka akan melakukan segalanya sendiri.

Tip:

  • Berikan anak anda dorongan untuk membantu mereka beralih ke tugas yang baru.
  • Cuba untuk tak bandingkan anak anda dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Biarkan mereka berkembang mengikut masa mereka sendiri asalkan mereka tak tunjukkan tanda-tanda perkembangan terbantut.
src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/25 month old toddler development food.jpg Anak 2 tahun 1 bulan ni asyik nak buat semua sendiri. Betul ke?

Perkembangan anak 25 bulan: Kemahiran sosial

Mereka mungkin kelihatan seperti mahu melakukan segala benda sendiri sekarang, tapi mereka masih akan bermanja dengan anda dan mencari anda semula.

Selepas bermanja, mereka akan pergi melakukan apa yang mereka mahukan semula.

Jangan terkejut jika anak anda pentingkan diri sendiri di usia ini. Mereka masih belajar kongdep berkongsi dan belum tahu bagaimana untuk bermain bersama dengan kanak-kanak lain.

Tip:

  • Ia adalah normal jika anak anda tunjukkan kekecewaan mereka dan marah jika mereka gagal membuat sesuatu. Ini kerana mereka belum faham tentang perasaan orang lain.
  • Mengikut rutin yang sama setiap hari boleh membantu untuk mengurangkan tantrum mereka.

Perkembangan anak 25 bulan: Kemahiran emosi

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/25 month old toddler development fight.jpg Anak 2 tahun 1 bulan ni asyik nak buat semua sendiri. Betul ke?

Anak anda mula untuk menjalinkan hubungan dengan benda kesukaan mereka. Oleh itu mereka boleh menjadi posesif terhadap permainan kesukaan mereka dan tak mahu berkongsi. 

Tip:

  • Walaupun mereka belum memahami sepenuhnya emosi mereka, penting untuk anda ajar mereka yang mengamuk adalah perbuatan yang tak diterima.
  • Anda boleh mula untuk menetapkan had pada mereka, tapi kanak-kanak lebih respon kepada benda yang kelakar untuk alihkan perhatian mereka berbanding anda marah atau suruh mereka untuk berhenti melakukan sesuatu.
  • Anda boleh menjadi contoh semasa mengajar anak anda untuk berkongsi. Mereka akan belajar jika mereka lihat anda melakukan perkara yang sama.

Perkembangan anak 25 bulan: Bahasa dan pertuturan

Sekarang anak anda boleh memahami hampir semua yang anda cakap. Mereka juga boleh mengikut arahan mudah dan menjawab soalan mudah. Tapi ini tak bermakna mereka akan ikut semua cakap anda.

Beberapa anak mungkin boleh mula bercakap perkataan kesukaan mereka dan boleh menggabungkan ayat, tapi kemahiran ini berlainan untuk setiap kanak-kanak.

Tip:

  • Sokong keinginan mereka untuk mengembangkan bahas amereka dengan membaca untuk mereka.
  • Biarkan mereka memilih buku yang mahu dibaca dan bincang tentang gambar yang mereka lihat.
  • Ini adalah penting untuk ibu bapa luangkan masa berinteraksi dan membaca dengan anak, ini tak boleh diganti dengan TV atau teknologi.
  • Mereka akan tanya banyak soalan pada anda, jadi anda harus sabar kerana mereka belum boleh mengekspresikan diri mereka dengan baik.

Anda perlu ingat yang perkembangan anak 25 bulan ini hanyalah panduan untuk anda.

Setiap anak berkembang mengikut masa mereka sendiri dan jika anda risau dengan perkembangan anak anda, bincang engan doktor supaya jika anak anda mempunyai masalah, anda boleh kesan dari awal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artiel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Apa perkembangan anak 1 tahun 11 bulan ini?