Bila usia masuk 28 bulan, anak mula petah bercakap dan suka terokai dunia baru

lead image

Perkembangan anak sebenarnya akan berkembang dengan sendiri apabila mereka belajar sesuatu dari sekeliling dan ibu bapa harus menjadi 'orang' penting untuk membantu perkembangan anak ini

Dalam peringkat usia perkembangan anak 28 bulan, anda dapat rasai anak berkembang dengan begitu cepat. Bahkan sedikit ‘struggle’ nak jaga mereka di waktu ini.

Manakan tidak, semakin cerdik dan nakal tapi nasib baiklah tetap maintain comel!

Perkembangan anak 28 bulan juga dapat dilihat dari sudut imaginasi mereka terhadap sesuatu benda baru yang diterokai.

Namun disebabkan terlalu aktif, kadang-kadang mereka tak rehat dan susah nak beri tumpuan terhadap sesuatu perkara terutamanya bila mereka merasakan ia terlalu menyeronokkan. Jangan risau, ia normal terjadi. 

Selain itu untuk perkembangan anak 28 bulan juga, sikap ingin tahu mereka akan begitu menebal dalam diri terutamanya tentang apa yang berlaku pada persekitaran terdekat mereka. B

ahkan, mereka akan berkongsi impian dan cita-cita dengan ibu bapanya. Contohya seperti…

“Ibu, besar nanti Echa nak jadi polis” – berangan lepas tengok drama Gerak-Gerak Khas!

Bahkan mereka juga takut bila dengar guruh dan tak suka tengok cerita hantu. Pasti berlari bawah ketiak bapanya untuk menyorok.

Namun begitu, anda harus pastikan si kecil itu selamat dan tidak takut ketika berada di dalam rumah. 

Ciri-ciri perkembangan anak 28 bulan 

Perkembangan anak 28 bulan: Perkembangan kognitif 

perkembangan anak 28 bulan, perkembangan anak usia 2 tahun keatas, perkembangan anak usia 2 tahun 4 bulan, perkembangan kanak-kanak, perkambangan bayi, perkembangan anak, perkembangan dan tumbesaran anak 28 bulan, perkembangan usia anak 28 bulan, perkembangan di usia 28 bulan, tumbesaran anak, tumbesaran anak 2 tahun 4 bulan

Kredit: parenting clun

  • Pada usia perkembangan 28 bulan anda dapat melihat anak sudah pandai menggunakan huruf dalam tafsirkan sesuatu benda. 
  • Masa yang sesuai untuk perkenalkan benda baru pada anak 
  • Mereka akan memberitahu apa yang diingini dan tempat yang mereka nak pergi. Contohnya pergi ke arah pintu untuk keluar bermain di luar atau ke dapur bila berasa lapar. 
  • Pandai melukis alam sekitar seperti awan, pokok, buah dan sebagainya.
  • Dapat membezakan haiwan seperti ayam dan itik, lembu dan kerbau serta lain-lain. 
  • Mereka akan ada karakter kartun yang disukai seperti Omar Hana, Didi & Friends, Upin Ipin, Baby Shark dan lain-lain. 

Perkembangan anak 28 bulan: Perkembangan sosial dan emosi

perkembangan anak 28 bulan, perkembangan anak usia 2 tahun keatas, perkembangan anak usia 2 tahun 4 bulan, perkembangan kanak-kanak, perkambangan bayi, perkembangan anak, perkembangan dan tumbesaran anak 28 bulan, perkembangan usia anak 28 bulan, perkembangan di usia 28 bulan, tumbesaran anak, tumbesaran anak 2 tahun 4 bulan

Kredit: tutugon.com

  • Perkembangan dari sudut kemahiran perhubungan  dengan orang sekeliling. 
  • Kadang-kadang tunjuk sikap tak ‘semengah’ iaitu tantrum, menjerit atau merajuk
  • Beremosi bila ibu dan ayah tinggalkan mereka sekejap untuk ke kedai atau tempat kerja. 
  • Suka bermain dengan kanak-kanak lain. 

Perkembangan anak 28 bulan: Perkembangan bahasa dan komunikasi 

  • Petah bercakap (kadang-kadang bunyi pelat) untuk terangkan dunia di hadapan mereka. Tatabahasa mereka juga sedang berkembang tapi belum sepenuhnya. Perlahan-lahan ajar. Contoh 

“Ibu nak nasi”, “Ibu nak susu” , “Lapar” 

  • Masa yang sesuai untuk ajar anak jenis-jenis warna, bentuk dan tekstur sesuatu benda supaya mereka mudah belajar dari situ. 
  • Mereka juga sudah pandai meminta untuk dibelikan sesuatu seperti minta belikan buku, inginkan barang mainan dan sebagainya. 
  • Paling best mereka sudah mula pandai berkomunikasi dan ceritakan pengalaman mereka itu. Contohnya

Tadi masa mainkan ibu, Ecah jatuh basikal. Sakitlah ibu”  

Dari situ anda boleh perkembangkan kebolehan berbahasa mereka.

Perkembangan anak 28 bulan: Perkembangan nutrisi dan kesihatan 

  • Perkembangan anak 28 bulan juga, mereka sedikit cerewet jika anda hidangkan makanan yang tak menarik di mata mereka hingga hilang selera makan.
  • Dilarang suap makanan ringan kerana mereka akan menolak makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran.
  • Menyediakan makanan yang kaya dengan zat dan nutrisi. 
  • Menyediakan lebih banyak ikan, daging dan  sayur-sayuran hijau gelap. Supaya dapat meningkatkan zat besi dalam tumbuh serta mencipta sel-sel darah baru. 

Tips untuk ibu bapa 

perkembangan anak 28 bulan, perkembangan anak usia 2 tahun keatas, perkembangan anak usia 2 tahun 4 bulan, perkembangan kanak-kanak, perkambangan bayi, perkembangan anak, perkembangan dan tumbesaran anak 28 bulan, perkembangan usia anak 28 bulan, perkembangan di usia 28 bulan, tumbesaran anak, tumbesaran anak 2 tahun 4 bulan

  1. Sentiasa menjadi orang ‘penting’ dalam hidup anak-anak dan sumber rujukan mereka terhadap sesuatu perkara. 
  2. Perkembangan mereka ketika ini juga mudah menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling.
  3. Ibu bapa harus terus memberikan perhatian terhadap perkembangan mereka.
  4. Beri rehat yang secukupnya kepada mereka supaya bertenaga sepanjang hari.
  5. Biarkan mereka meneroka permainan mereka walaupun keadaan rumah akan jadi berselerak. 
  6. Galakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain supaya dapat membina pergaulan yang baik. 
  7. Sentiasa perhatikan anak-anak ketika bermain dengan kanak-kanak lain kerana dalam waktu ini ada ketikanya anak-anak suka ‘memukul’ bagi mendapatkan sesuatu yang mereka mahu. 

Ada tak perkembangan anak 28 bulan ini pada anak anda? Jangan lupa kongsikan dengan kami di ruangan komen. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jan Alwyn Batara. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

7 tahap perkembangan anak umur 2 tahun, yang mana anak sudah capai?