Perkembangan dan milestone anak usia tiga minggu

lead image

Anda lihat anak anda tidur, menyusu dan buang air saja, tapi otak anak mereka sedang serap perkara baru. Ini adalah antara perkembangan anak 3 minggu.

Sebagai ibu bapa baru, sukar untuk anda mendapat rehat pada waktu malam apabila anak anda yang baru berusia 3 minggu ini asyik menangis. Tapi ini adalah satu-satunya cara untuk si kecil anda berkomunikasi sekarang.

Anda mungkin rasa penat dan kecewa sekarang, tapi anda perlu ingat yang anak anda tak akan kecil selamanya. Jom lihat apa perkembangan anak 3 minggu yang anda boleh perhatikan.

Perkembangan anak 3 minggu: Fizikal

Di minggu ketiga ini, kulit bayi anda akan kurang menggelupas dan nampak merah jampu dan bersih. Jangan risau jika anak anda masih mempunyai permukaan kasar bersisik seperti kelimumur pada kulit kepala mereka.

Ini biasanya akan hilang dengan sendiri. Walaupun anda kurang selesa melihatnya, ia tak mengganggu bayi anda.

Sebahagian daripada perkembangan bayi berusia 3 minggu ini, pergerakan mereka masih tak terkawal dan nampak seperti mereka kerap terkejut.

Ini berlaku kerana sistem saraf dan kawalan otot masih perlukan masa untuk matang. Semakin lama, apabila otot mereka semakin kuat, pergerakan mereka akan menjadi lebih lancar.

Anak anda masih akan tidur kebanyakkan masanya, cuma pastikan yang anda letakkan mereka pada posisi terlentang kerana ini adalah posisi tidur paling selamat.

Jika mereka bangun untuk masa yang singkat, anda boleh meniarapkan mereka untuk memberikan mereka tummy time. Ini akan bantu untuk menguatkan otot leher supaya mereka boleh menolak diri mereka untuk duduk, bergolek dan merangkak dalam masa beberapa bulan akan datang.

Perkembangan anak 3 minggu: Kognitif

perkembangan anak 3 minggu, perkembangan bayi 3 minggu, milestone anak 3 minggu, tumbesaran anak, perkembangan anak, bayi 3 minggu, penjagaan bayi

Anak anda masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim. Bunyi bising masih akan mengejutkan mereka dan mencetuskan refeks Moro. Bantu mereka untuk bertenang dan rasa lebih selamat dengan membedung mereka.

Tapi adakah anda tahu yang anda boleh tenangkan mereka dengan bercakap perlahan-lahan dengan mereka. Anak anda akan kenal lagu atau suara yang mereka dengan semasa di dalam rahim dan suara ibu adalah suara yang paling banyak mereka dengar.

Beberapa cara lain untuk anak anda tenangkan diri adalah melalui sedutan. Jika anda menyusukan anak anda, anda perlu tunggu beberapa minggu sebelum memberikan mereka puting. Anda juga boleh beri mereka hidap jari sendiri untuk tenangkan diri mereka.

Mungkin anda lihat anak anda hanya makan, buang air besar dan tidur saja sepanjang masa. Tapi otak mereka sedang menyerap banyak benda sepanjang fasa tiga minggu ini.

Cara yang baik untuk membantu mereka belajar adalah dengan dekatkan muka anda pada bayi anda semasa tummy time.

Biarkan mereka kaji muka anda dan tiru pergerakan mulut anda. Mungkin tak nampak sangat tapi jika anda perhatikan betul-betul, anda akan perasan yang mereka sedang cuba untuk tiru anda.

Perkembangan anak 3 minggu: Nutrisi dan kesihatan

Anda dah boleh menyusukan anak anda dengan sempurna sekarang, dan payudara anda mungkin penuh dan berat dengan susu.

Di usia ini, susukan anak anda mengikut kehendak mereka adalah cara terbaik kerana mereka tahu berapa banyak yang mereka perlukan untuk kenyang.

Asalkan anak anda menyusu dengan betul, puas dan beratnya naik, semuanya baik-baik saja. Periksa tongue tie dan lip tie pada bayi jika anda mengalami masalah untuk menyusu.

Anda juga perlu biarkan anak anda untuk habiskan susu pada setiap payudara untuk elak dari mengalami saluran susu tersumbat atau mastitis.

 Jika anak anda sudah mempunyai masalah kolik sebelum ini, mereka mungkin masih mengalami masalah ini sekarang. Walaupun sukar melihat mereka tak selesa, masalah ini akan hilang dengan sendiri. Jika semakin teruk, doktor mungkin boleh bantu untuk kurangkannya.

Ada beberapa tanda yang anda perlu lihat dan pastikan mereka mendapat perubatan segera: 

  1. Sukar bernafas: Jika anda lihat nafas anak anda laju, hidung merah, mengerang semasa bernafas atau kulit kebiruan dan tak pudar, anak anda mungkin mengalami kesukaran bernafas.

  2. Muntah selalu: Ia adalah normal untuk bayi keluarkan balik susu selepas menyusu. Tapi muntah yang terlalu sering adalah tak normal. Pastikan anda beritahu doktpr tentang perkara ini kerana anak anda mungkin mempunyai masalah toleransi laktosa atau alah pada susu ibu.

  3. Kandidiasis (oral thrush): Apabila kulat mula untuk merebak di mulut bayi anda, mereka mungkin akan mendapat kandidiasis. Beritahu doktor anda untuk lihat jika anak anda memerlukan ubat anti kulat.

Penjagaan bayi baru lahir

perkembangan anak 3 minggu, perkembangan bayi 3 minggu, milestone anak 3 minggu, tumbesaran anak, perkembangan anak, bayi 3 minggu, penjagaan bayi

Pastikan anda tak goncang anak anda lebih-lebih lagi jika mereka tak berhenti menangis. Leher anak anda masih sangat lemah dan tak boleh menyokong kepala mereka.

Goncangan akan menyebabkan otat bayi yang masih rapuh untuk bergerak ke depan dan kebelakang di antara tengkorak dan menyebabkan trauma otak dan sindrom goncang bayi.

Pastikan bilik anak anda tidur adalah pada suhu yang tepat. Suhu yang sesuai adalah 24ºC jika anda menggunakan penghawa dingin. Pada suhu ini, anak anda tak akan bergelut untuk kekal sejuk atau panaskan badan.

Satu lagi tip untuk ibu yang mempunyai anak lelaki: Ingat jika udara sejuk terasa di bahagian sulit mereka akan buatkan merea terkencing. Jadi, buka lampin mereka dengan berhati-hati supaya anda tak mandi air pancut.

Kesihatan anda

Jika anda boleh dapatkan bantuan untuk membantu anda terima bantuan tersebut kerana anda akan penat dan tak cukup tidur. Tidur semasa bayi anda tidur. Tak apa kalau rumah sepah sedikit asalkan anda dapat rehat yang cukup.

Walaupun sukar untuk anda melalui perkembangan bayi 3 minggu ini, ingat yang mereka tak akan kecil dan mengharap pada anda untuk selamanya.

Hargai momen bersama dengan anak anda setiap hari kerana satu hari nanti bila anda ingat kembali, anda tahu yang semuanya berbaloi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dari theAsianparent Singapore