7 kemahiran penting yang perlu dicapai anak umur 3 tahun

lead image

Anak anda dah berusia tiga tahun! Perkembangan anak 36 bulan termasuk, tahu makan dengan sendiri, pandai berimaginasi dan pandai mendengar arahan!

Pejam celik-pejam celik, anak anda kini sudah berusia tiga tahun dan telah memasuki apa yang dipanggil sebagai “tahun ajaib”.

Ini kerana mereka sudah bersedia untuk mendengar kata dan juga sudah mula bina rasa ingin tahu. Jadi, apa perkembangan anak 36 bulan lain yang perlu anda tahu?

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui beberapa milestone biasa yang akan dilalui oleh budak berusia tiga tahun.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu yang setiap anak melalui milestone pada masa yang berbeza. Jika anda risau dengan perkembangan anak, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda.

Perkembangan anak 36 bulan: Kemahiran harian

perkembangan anak 36 bulan. perkembangan anak usia 3 tahun, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 36 bulan, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak usia 36 bulan, perkembangan anak usia 3 tahun

#1 Pergi tandas

Sekarang, anak anda mungkin dah bersedia untuk meninggalkan lampin mereka. Anda perlu memerhatikan tanda jika mereka dah bersedia untuk menggunakan tandas.

Adakah dia minta untuk guna tandas? Atau minta untuk pakai seluar dalam atau mahukan lampin yang bersih? Ini semua adalah tanda yang mereka bersedia untuk dilatih ke tandas.

Tip: Jangan mengharapkan yang anak akan terus tahu menggunakan tandas.

Normal jika anak “kemalangan” dan jika anak perlu memakai lampin semula. Jika ini berlaku, tunggu seminggu atau dua dan cuba lagi.

#2 Makan sendiri

perkembangan anak 36 bulan. perkembangan anak usia 3 tahun, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 36 bulan, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak usia 36 bulan, perkembangan anak usia 3 tahun

Perkembangan lain adalah anak yang kini berusia tiga tahun ini tahu untuk suap makanan dengan sendiri. Tapi, mereka mungkin akan buat sepah.

Jika mereka ingin makan sendiri, ini adalah tanda yang anak anda sudah mula pandai berdikari. Jadi, biarkan anak anda makan sendiri kerana ini tandanya anak anda membesar dengan baik!

Tip: Letakkan plastik besar di bawah kerusi makan anak supaya mudah untuk anda mengemas semula.

#3 Tolong anda mengemas

Jangan memandang rendah kebolehan anak anda yang bijak ini! Mereka gembira dapat menolong anda untuk mengemas rumah, jadi suruh mereka lakukan kerja rumah yang sesuai dengan umur mereka seperti meletakkan semula mainan ke dalam bakul atau meletakkan barang ke tempat asal.

Dengan memberikan mereka tugas-tugas “penting” ini, anda membantu mereka untuk mempunyai keyakinan diri dan memupuk tabiat baik dari awal.

Tip: Jangan berikan mereka tugas yang susah kerana mereka akan kecewa jika mereka tak dapat melakukannya dengan betul.

Perkembangan anak 36 bulan: Perkembangan Fizikal

perkembangan anak 36 bulan. perkembangan anak usia 3 tahun, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 36 bulan, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak usia 36 bulan, perkembangan anak usia 3 tahun

#1 Kemahiran motor

Pada usia ini, anak anda sudah pandai berlari, melombat dan memanjat! Selain itu, mereka juga pandai:

  • Lari pada jarak dekat tanpa tersungkur
  • Panjat perabot rendah dengan mudah
  • Pandai membawa basikal roda tiga
  • Memanjat tangga menggunakan kaki secara bergilir
  • Menyepak dan membaling bola dengan baik
  • Boleh berjalan dengan lurus dan berjalan dengan kaki jengket

Perkembangan anak 36 bulan: Perkembangan Kognitif

perkembangan anak 36 bulan. perkembangan anak usia 3 tahun, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 36 bulan, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak usia 36 bulan, perkembangan anak usia 3 tahun

Mereka mula memahami dan sedar dengan persekitaran mereka, jadi mereka ada BANYAK soalan yang akan mereka tanya.

Antara perkembangan kognitif yang lain adalah: 

  • Menyelesaikan puzzle mudah
  • Ingat apa yang terjadi pada hari sebelumnya
  • Kira hingga nombor lima
  • Mengenal bentuk mudah
  • Mengikut arahan
  • Memberi perhatian selama 3-5 minit

Perkembangan anak 36 bulan: Sosial dan emosi

#1 Kemahiran sosial

Ini adalah beberapa kemahiran sosial yang anak anda mula pandai sekarang:

  • Mereka pandai bergaul berbanding setahun lepas dan mula pandai berkongsi ketika bermain dengan rakan.
  • Mereka lebih berimaginasi ketika bermain sendiri atau dengan rakan .
perkembangan anak 36 bulan. perkembangan anak usia 3 tahun, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 36 bulan, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak usia 36 bulan, perkembangan anak usia 3 tahun

#2 Kemahiran emosi

  • Walaupun mereka dah kurang tantrum, kadang-kadang mereka akan menangis atau meraung. ini adlaah normal.
  • Mereka pandai menunjukkan emosi seperti gembira, sedih dan marah.
  • Mereka sedang belajar cara untuk mengawal emosi mereka.
perkembangan anak 36 bulan. perkembangan anak usia 3 tahun, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak, tumbesaran anak, perkembangan anak umur 36 bulan, perkembangan anak umur 3 tahun, perkembangan anak usia 36 bulan, perkembangan anak usia 3 tahun

Perkembangan anak 36 bulan: Bahasa dan pertuturan

Jangan risau jika anak anda tak cakap banyak pada usia 36 bulan, anda akan lihat perubahan beberapa bulan akan datang.

Mereka mula pandai cakap:

  • Nama dan umur mereka
  • Jawab soalan mudah
  • Bercerita
  • Bertanya soalan mudah 

Ingat, jika anak anda belum mencapai beberapa perkembangan, mereka mungkin akan mencapainya dalam masa terdekat ini, tapi jika anda risau, rujuk dengan doktor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Anak 2 tahun 11 bulan mula tunjukkan tumbesaran intelektual yang positif!