Anak Semakin Aktif Sekarang! Adakah Ini Sebahagian Dari Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 5 Bulan?

undefined

Agak-agak, ibu tahu tak apa perkembangan anak umur 4 tahun 5 bulan? Kalau mereka makin aktif dan buas itu normal ke? Ini jawapannya!

Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 5 Bulan: Adakah Anak Anda Mencapai Semua Perkembangan Ini?

Sudah lebih 4 tahun sejak anak anda dilahirkan. Dan sekarang, dia sudah pun berumur 4 tahun 5 bulan! Ibu tahu tak apa perkembangan anak umur 4 tahun 5 bulan ini?

Mereka membesar begitu cepat, dan sudah banyak yang mereka dapat lakukan tanpa bantuan anda. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak lagi penting dalam hidup mereka. 

Perkembangan Fizikal

perkembangan anak umur 4 tahun 5 bulan

Anak anda cukup aktif pada usia ini. Anda mungkin menghadapi kesulitan kerana dia suka berlari, melompat, memanjat, dan melakukan segala macam aktiviti fizikal.

Ia mungkin memenatkan anda sebagai ibu bapa, tetapi ia adalah perkara baik kerana ini bermakna anak anda sedang membesar dan sihat.

Tips keibubapaan

Pastikan untuk keluar bermain dan melakukan aktiviti harian untuk membantu meningkatkan perkembangan fizikal anak anda.

Anda juga boleh mengajar anak anda berenang, kerana ia adalah satu aktiviti yang bagus untuk stamina dan kekuatan tubuh badan anak. Awasi mereka sentiasa dan pastikan ada penyelamat setiap kali mereka berenang.

Bila perlu berjumpa doktor

Ibu bapa tidak perlu risau jika mereka melihat sesuatu yang berbeza mengenai anak mereka.

Dapatkan saranan doktor jika anda melihat anak tidak dapat menyusun 10 blok atau lebih, tidak boleh melompat, atau mengimbangi badan di atas satu kaki, serta menghadapi masalah memegang objek kecil seperti pensil atau krayon.

Perkembangan Kognitif

perkembangan anak 4 tahun 5 bulan

Anak anda pada usia ini sangat suka bertanya. Itu tandanya anak anda suka belajar, jadi teruskanlah dan bantu anak anda mencari jawapan untuk pelbagai soalan yang timbul di benaknya.

Anak anda juga boleh mengikuti arahan yang lebih rumit pada usia ini kerana kemahiran kognitifnya yang pesat berkembang. Dia sudah mempunyai pemahaman asas masa, dan dapat mengingati peristiwa lalu dengan mudah.

Tips keibubapaan

Ini masa yang baik untuk mula mengajar anak anda bahasa kedua, jika anda mahu. Otak kanak-kanak boleh menyesuaikan dengan mudah, jadi dia dapat dengan mudah mempelajari bahasa baru semasa dia masih muda.

Daripada mainan biasa, melaburlah dalam mainan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik) kerana ini menggalakkan perkembangan kognitif pada anak anda melalui bermain.

Bila perlu berjumpa doktor

Jumpalah dengan doktor jika anda melihat anak tidak dapat memberi tumpuan dan tidak dapat menyebut perkataan, serta sukar mengikuti arahan mudah.

Perkembangan Sosial & Emosi

perkembangan anak 53 bulan

Dia mula menjadi lebih berdikari dan lebih suka melakukan perkara-perkara tertentu sendiri. Malah, pada usia ini anak anda dapat memahami perasaan orang lain dan dapat memahami bagaimana tindakannya dapat mempengaruhi orang lain.

Jika sebelum ini, anak kecil anda mempunyai masa yang sukar untuk berkongsi mainannya, namun kini, dia lebih mudah berkongsi.

Tips keibubapaan

Biarkan anak bermain bersama rakan sebaya untuk menggalakkan interaksi. Anak juga boleh diajar kemahiran sosial seperti berkongsi, empati, menghormati orang lain, dan mendengar.

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anda perhatikan anak ingin bermain sendirian, memulakan pergaduhan jika dihampiri, mudah kecewa dan marah apabila didekati serta menjadi sangat tantrum, anda mungkin ingin mendapatkan nasihat pakar.

Perkembangan Bahasa & Pertuturan

tumbesaran anak 4 tahun 5 bulan

Pada usia ini, anak akan sentiasa bertanya, bercakap, dan berusaha untuk belajar seberapa banyak yang dia boleh. Anak anda juga kadang-kadang menunjuk kepada objek dan bertanya tentang panggilannya, jadi sentiasa bersiap sedia dengan jawapan yang relevan dan informatif.

Tips keibubapaan

Jangan bimbang jika anak anda mengalami masalah dengan menggunakan perkataan baru dalam ayat, pastikan untuk mengajar mereka cara menggunakan kata-kata itu dengan betul supaya dia dapat mengingati maksudnya.

Bila perlu berjumpa doktor

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anak anda tidak dapat menyebut namanya, mudah lupa pada perkataan yang baru diajar, dan mengalami masalah bercakap, atau kesulitan memahami perkataan anda.

Perkembangan Kesihatan & Nutrisi

4 years 5 months old

Pada umur 4 tahun 5 bulan, anak anda akan menjadi kira-kira 101cm, dan berat kira-kira 15kg. Walau bagaimanapun, jangan risau jika anak anda sedikit lebih kecil, kerana ketinggian dan berat badan juga boleh bergantung kepada genetik.

Perkara yang perlu diingat adalah untuk menyediakan anak anda dengan jumlah makanan dan nutrien yang tepat untuk membantu meningkatkan perkembangannya.

Bila perlu berjumpa doktor

Pertambahan atau penurunan berat badan yang mendadak, demam pada suhu tinggi (melebihi 39 darjah C), sebarang perubahan fizikal yang mengejut, atau bengkak dan sakit akibat jatuh.

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!