Sekejap Saja Anak Bakal 6 Tahun! Apa Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 11 Bulan?
Pejam celik pejam celik, anak bakal masuk 6 tahun kelak! Agaknya, apa perkembangan anak umur 5 tahun 11 bulan ini? Jom kita semak!
Daripada seorang bayi yang merangkak, anak kini boleh melompat, berlari dan memanjat dengan mudah pada umur 5 tahun 11 bulan. Apa lagi yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak 5 tahun 11 bulan mereka?
Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak 5 tahun 11 bulan.
Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 11 Bulan: Adakah Anak Anda Di Landasan Yang Tepat?
Perkembangan Fizikal
- Menari mengikut rentak
- Mengayuh basikal
- Boleh belajar sukan yang memerlukan lebih banyak kemahiran fizikal yang terkawal
- Memegang pen atau pensil menggunakan genggaman tiga jari
- Lompat tali
- Berdiri atas satu kaki dengan mata tertutup untuk beberapa saat
- Menendang bola
- Menggunting bentuk dengan mahir
- Lari dengan cepat dan tangkas
Petua keibubapaan
- Pastikan anak anda meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari
- Galakkan budaya aktif dan sertai aktiviti yang membantu perkembangan fizikal bersama-sama seluruh keluarga.
- Hadkan masa menonton skrin ke sejam setengah setiap hari
- Masukkan anak anda ke dalam sebarang kelas fizikal seperti berenang, tarian atau bola sepak.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Hilang kemahiran yang pernah dipelajari
- Tak boleh menggenggam pen atau pensil dengan betul
- Mengalami kesukaran melihat atau mendengar
- Kerap terjatuh apabila sedang aktif
Perkembangan anak umur 5 tahun 11 bulan: Perkembangan kognitif
- Kenal huruf-huruf dengan arif
- Mengira sampai 20 ke atas
- Membaca perkataan yang terdiri daripada dua huruf
- Berdebat menggunakan logik
- Faham konsep masa silam, masa sekarang dan masa depan
- Mengulang tiga nombor ke belakang
- Tahu perbezaan antara siang dan malam, kiri dan kanan.
- Mula membaca buku yang sesuai dengan umur mereka
- Bertanya soalan dan menjawab soalan
- Menunjukkan minat untuk belajar lebih lanjut tentang dinosaur, angkasa lepas dan sejarah purba
Petua keibubapaan
- Dapatkan anak anda kad perpustakaan supaya mereka boleh selalu melawat dan meminjam buku.
- Jawab soalan anak anda dengan soalan untuk memupuk pemikiran kritikal dan kebolehan menyelesaikan masalah
- Bawa anak anda berjalan dalam alam sekitar dan melawat muzium serta zoo.
- Membaca, membaca dan membaca!
- Jangan memaksa anak anda belajar dan melakukan aktiviti akademik
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal mengira ke 20
- Gagal kenal pasti huruf-huruf
- Tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar benda baru
Perkembangan sosial dan emosi
- Kuat bersosial dan rela berkongsi mainan
- Mengikut peraturan permainan
- Kuat mengarah
- Mempunyai empati terhadap orang lain
- Memujuk rakan-rakan mereka yang sedih atau marah
- Lebih suka bermain dengan rakan sama jantina
- Ingin bermain dengan rakan-rakan lebih daripada bermain berseorangan
- Menggunakan perkataan seperti “tolong” dan “terima kasih”
- Jarang tantrum tapi masih akan menangis jika sedih
- Mahu disayangi anda dan menggembirakan anda
- Suka mendapat pujian
- Mempunyai rakan baik
- Mengikut arahan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Jangan paksa anak berinteraksi dengan orang lain. Masukkan mereka ke dalam aktiviti berkumpulan atau atur temu janji dengan kanak-kanak lain di rumah.
- Kenalkan adab makan kepada anak anda
- Bantu anak anda untuk belajar tingkah laku yang baik di rumah dan di luar.
- Tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda. Hormat orang lain dan tunjukkan empati.
- Disiplinkan anak anda dengan tegas, tanpa menjadi marah-marah
- Ajar anak anda tentang bahaya berinteraksi dengan orang asing
- Elakkan memenuhkan hari anak anda dengan aktiviti kerana mereka perlu untuk merasa bosan sekali-sekala.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda
- Menunjukkan emosi yang melampau, dan tantrum yang kerap.
- Tak nak bermain dengan kanak-kanak lain.
- Menjadi ganas bila marah
Perkembangan Anak 5 Tahun 11 Bulan: Perkembangan Nutrisi
- Pastikan anak anda mendapat nutrisi daripada makanan secukupnya, elakkan daripada makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Anak anda memerlukan 1200 kcal sehari dan tidur yang cukup
Nutrisi penting:
- 1,000 mg kalsium
- 10 mg zat besi
- 10 gram Omega-6
- 0.9 gram Omega-3
- 130 mg Magnesium
- 0.4 mg Vitamin A
- 25 mg Vitamin C
- 7 mg Vitamin E
- 3,800 mg Potassium
- 5 mg zinc
Vaksin dan Penyakit Kerap
Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya.
Dalam tempoh usia ini juga anak anda akan kerap mendapat flu dan selsema, jangan terlampau risau, kerana proses ini akan membantu menguatkan daya tahan imuniti anak anda.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Demam panas dengan suhu lebih 39 celcius
- Muntah-muntah atau cirit birit lebih daripada dua hari
- Mempunyai kesan lebam di tubuh badan
- Anak anda mengadu tentang sebarang kesakitan
Baca juga:
7 perangai nakal anak selepas mereka masuk usia 4 tahun pula!