Get Ready, Ini Perkembangan Anak Umur 6 Tahun, Ibu Ayah Kena Alert!

undefined

Wah, cepatnya masa berlalu! Anak anda kini sudah masuk 6 tahun. Ibu ayah tahu tak apa perkembangan anak umur 6 tahun yang boleh dicapai mereka?

Pada umur 6 tahun, anak bakal memasuki dunia baru iaitu sekolah rendah. Dia akan terdedah dengan lebih banyak peluang untuk berkembang dan mencuba pengalaman baru. Terokai bersama dunia anak anda dan perkembangan anak umur 6 tahun ini.

Perkembangan Anak Umur 6 Tahun: Perkembangan Fizikal

perkembangan anak umur 6 tahun

Pada umur 6 tahun, anak anda ingin melakukan lebih banyak aktiviti fizikal, termasuk jenis sukan yang mungkin diperkenalkan di sekolah.

Sesetengah membesar dengan cepat dan berbakat menjadi atlet secara semulajadi, penulisan lebih kemas, menunjukkan perkembangan dalam kemahiran motor kasar dan halus.

Dia mampu mengikat tali kasut sendiri, menendang bola ke gawang atau melemparkan bola kepada sasaran, berlari, melompat, bahkan berenang.

Petua keibubapaan

Benarkan anak anda menyertai sukan dan aktiviti fizikal lain. Ia dapat mengajar kemahiran penting seperti kerja berpasukan, fokus, dan kepimpinan.

Berikan satu jam atau lebih aktiviti fizikal untuk anak anda setiap hari. Hadkan waktu televisyen dan komputer kepada satu atau dua jam sehari. Awasi mereka dalam aktiviti berbahaya seperti berenang dan memanjat.

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anak anda sukar menggunakan alatan asas, mempunyai masalah tumbesaran atau susah tidur pada waktu malam, anda mungkin ingin mendapatkan nasihat doktor.

Perkembangan Anak Umur 6 Tahun: Perkembangan Kognitif

perkembangan anak 72 bulan

Mula pandai berjenaka dan bergurau serta memahami peraturan permainan. Boleh memberitahu anda umurnya. Menggunakan logik dan menilai dengan baik.

Fokus kepada sesuatu aktiviti selama 15 minit atau lebih. Mengira hingga 20 atau lebih. Mengira dari 3 ke belakang. Boleh memberitahu masa (pada jam) dan mengetahui perbezaan antara siang dan malam.

Petua keibubapaan

Benarkan anak anda menyelesaikan masalah dan bantu mereka hanya jika diperlukan. Ini menggalakkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Galakkan anak anda untuk membuat pilihan sendiri. Gabungkan pembelajaran dalam aktiviti harian dengan cara yang menyeronokkan. Ajar anak anda mengenai alam semula jadi dan alam sekitar. Atau, di pasar raya, berikannya sedikit wang untuk membeli dan ajar dia mengira jumlah baki yang betul.

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anak anda tiidak boleh mengikuti arahan tiga langkah atau kehilangan kemahiran yang dikuasai sebelumnya, berjumpa dan berbincanglah dengan doktor anda.

Perkembangan sosial dan emosi

perkembangan anak umur 6 keatas

Anak anda suka berkawan dan belajar bertoleransi dengan etika bersosial di sekolah. Dia akan mula memahami bahawa tidak semua persahabatan adalah sama, dan bahkan mungkin mempunyai kawan baik. Anak anda diterima dan berminat untuk menggembirakan guru dan kawan-kawan, serta menunjukkan keprihatinan terhadap perasaan orang lain. 

Tip keibubapaan

Tanyakan anak anda tentang harinya di sekolah, tawarkan bantuan apabila ada sesuatu yang menekannya. Bercakaplah dengan anak anda tentang gejala buli dan apa yang perlu dilakukan sekiranya dia menghadapinya. Berikan tugasan rumah yang sesuai untuk ajar dia berdikari, bertanggungjawab dan semangat berpasukan.

Baca juga:

Kanak-Kanak Perempuan Semuda 6 Tahun Percaya Bahawa Kanak-Kanak Lelaki Lebih Pintar Kerana Sebab Ini!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!