Cara Kendali Tantrum Anak 2 Tahun, Dari "Terrible Twos" Ke "Terrific Twos"

lead image

Perkembangan anak usia 2 tahun keatas yang paling akan mengejutkan dipanggil sebagai "terrible twos". Macam mana nak kendali sikap tantrum ketika ini?

Sepanjang anak kecil anda membesar, kalian pasti melihat bagaimana personaliti mereka mula terbentuk terutamanya ketika masuk ke fasa perkembangan anak usia 2 tahun keatas. 

Tapi, ada satu perkara yang anda akan “terkejut” apabila anak masuk 2 tahun ke atas ini. Ia dipanggil “terrible twos”. Setelah dua tahun, sikap dan perangai anak kecil anda itu akan berubah lebih dasyat atau hebat

Maksudnya di sini, akan ada banyak kekecewaan, sikap yang sukar dikendalikan dan tantrum yang semakin menjadi-jadi. Sebab itu, ibu bapa menggelarkan ia sebagai “terrible twos”.

Jika ibu bapa berjaya mengendalikan sikap anak dalam usia ini, anda memang ibu bapa yang berjaya dan dikagumi ramai. 

Kenapa “terrible twos” terjadi pada anak anda?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/terrible two.jpg Cara Kendali Tantrum Anak 2 Tahun, Dari Terrible Twos Ke Terrific Twos

  • Pada usia dua tahun, anak sebenarnya sedang latih diri untuk mengendalikan setiap perkara dengan sendiri. 
  • Dalam fasa perkembangan anak usia 2 tahun keatas ini juga, si kecil itu sudah boleh berkomunikasi dengan beberapa patah kata. Jadi mudah untuk anda tahu apa kemahuan mereka.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk tahu tentang cara kendalikan sikap anak dua tahun? Ayuh kita teliti satu persatu. 

Perkembangan anak usia 2 tahun keatas – Cara kendali sikap anak dua tahun

#1 – Mengekalkan hubungan mata 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/nakita ID.jpg Cara Kendali Tantrum Anak 2 Tahun, Dari Terrible Twos Ke Terrific Twos

Kredit : Nakita ID

Apabila bercakap dengan anak atau jika minta dia berbuat sesuatu, penting untuk mengekalkan hubungan mata

Hal ini kerana, ia dapat memberi keyakinan kepada mereka yang ibu dan ayahnya ambil peduli dan faham kehendaknya. 

Tabiat mudah ini bantu membuatkan mereka rasa selamat dengan persiapkan diri di masa hadapan sekaligus meningkatkan harga diri mereka. 

# 2. Kuasa sentuhan 

Cara mengendali anak dua tahun yang lain pula adalah melalui sentuhan di bahu. Ia sekaligus membuktikan anda ambil berat tentang diri mereka. 

Malah ia bukan saja membina ikatan emosi antara ibu bapa dan anak, tapi menurut kajian sentuhan dapat bantu perkembangan otak anak.

#3. Beri perhatian lebih kepada anak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/PEUTERS.jpg Cara Kendali Tantrum Anak 2 Tahun, Dari Terrible Twos Ke Terrific Twos

Kredit : Peuters

Dalam usia dua tahun ini, mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding sebelumnya sekaligus mereka dapat rasa yang anda ada bersama walau di mana jua. 

Malah mereka juga tahu yang anda ada untuk membimbing dan sentiasa beri pertolongan jika diperlukan. 

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang baik, anda harus berusaha memberi tumpuan dan perhatian ketika si kecil berada dalam fasa perkembangan ini. 

Jika boleh pulang saja dari tempat kerja, jangan abaikan mereka dengan lihat telefon bimbit kerana ada kajian yang dibuat mendapati penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan boleh membuatkan anak rasa kurang dihargai.

#4. Ajar anak berdisiplin 

Dalam fasa perkembangan anak usia 2 tahun keatas, semaikan sikap disiplin pada anak-anak dengan ketegasan tapi dalam bentuk yang lebih mesra semasa beri arahan pada anak. 

Selain itu, biarkan dia membuat pilihan terhadap minatnya sendiri supaya dia lebih memahami perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk.

Semoga bermanfaat! 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar : Cleveland Clinic Health Essentials  &  pama

Sumber : Penulis asal Bianchi Mendoza. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Philipina untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

10 Perkara Yang Anda Harus Hargai Semasa Si Kecil Itu Berusia 2 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!