Kemampuan dan kebolehan anak ketika umur 1 tahun 10 bulan

lead image

Dalam masa ini anda akan sering dengar si kecil menyebut 'kenapa'. Malah ini juga adalah masa yang sesuai untuk mengajar anak bertutur dengan baik dan lancar

Kini, si kecil sudah berada dalam perkembangan anak usia 22 bulan atau satu tahun 10 bulan. Pertamanya anda perlu melihat, dia cenderung menggunakan tangan sebelah kiri atau kanan.

Ia boleh dilihat semasa menulis dan ketika mengambil sesuatu barang. 

Selain itu, perkembangan  anak usia 22 bulan juga adalah apabila anak perempuan suka menelajah alat kelaminnya. Ia normal, sebab itu kadang-kadang ibu akan cakap seperti ini. “Cepat…cepat pakai seluar. Malu nampak tut tut..

Ini adalah sebahagian perjalanan dalam perkembangan anak usia 22 bulan ini. 

Perkembangan anak usia 22 bulan dari sudut kognitif 

 perkembangan anak usia 22 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 10 bulan, perkembangan anak satu tahu sebulan, perkembangan usia anak 22 bulan, tumbesaran anak, tumbesaran bayi, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan si kecil, perkembangan si manja, perkembangan, tumbesaran, perkembangan dan tumbesaran anak

Kredit: as shidiq aqiqah

#1. Suka perhatikan apa yang dilakukan parents 

Perkembangan anak usia 22 bulan juga si kecil itu suka perhatikan apa yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Sebab itu, dia suka melihat anda menghidangkan makanan, mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya. 

Dalam pada itu, anda boleh mengajar dia melakukan sesuatu perkara seperti menyusun permainan blok atau mencantum puzzle dengan betul lalu bermain bersamanya. 

#2. Masukkan sesuatu dalam mulut 

Ini habit paling dia suka buat iaitu memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Si kecil itu akan menggunakan semua derianya untuk meneroka sesuatu benda yang dilihat.

Sebab itu banyak kes anak umur ini tertelan pin tudung, duit syiling, bateri dan banyak lagi. Jadi parents, anda harus lebih waspada. 

#3. Suka terjatuhkan makanan 

Lumrah anak kecil, bila makan saja dia suka menjatuhkan makanan ke bawah lalu mengutip kembali. Ia memang normal, tapi sebaiknya anda ajar si kecil itu supaya tidak mengutip kembali makanan yang sudah jatuh ke bawah kerana kotor dan tak boleh dimakan lagi. 

Perkembangan anak usia 22 bulan dari sudut emosi dan sosial 

 perkembangan anak usia 22 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 10 bulan, perkembangan anak satu tahu sebulan, perkembangan usia anak 22 bulan, tumbesaran anak, tumbesaran bayi, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan si kecil, perkembangan si manja, perkembangan, tumbesaran, perkembangan dan tumbesaran anak

Kredit: cpmfsandiego.com

#1. Gemar bermain dengan ibu bapanya 

Dalam perkembangan anak usia 22 bulan ini, si kecil itu memang suka bermain terutamanya bila bersama ibu tercinta. Ada saja yang dia akan buat supaya ibu melayannya bermain, seperti tolong pakaikan baju pada anak patung, bacakan buku dan perkara-perkara lain.

Walauapapun dia juga suka bermain dengan ayah, dia rasa selamat tatkala anda ada bersamanya. 

#2. Mengamuk bila tak dapat sesuatu 

Pada tahap perkembangan kanak-kanak usia ini, dia memang suka mengamuk atau tantrum terutama bila kehendaknya tidak dipenuhi.  Sebab itu, kesabaran ibu bapa amat diperlukan dalam mengawal anak tantrum. 

#3. Rutin setiap hari 

Tumbesaran anak dalam usia ini juga adalah si kecil itu suka melakukan rutin harian yang sama seperti waktu tidur, waktu makan, masa untuk bermain, masa untuk mandi dan sebagainya. 

Perkembangan anak usia 22 bulan dari sudut bahasa dan pertuturan

#1. Sudah mula bercakap 

Ya, ini masa yang sesuai untuk ajar anak bercakap dengan beberapa patah perkataan. Sebab itu, anda digalakkan selalu berkomunikasi dengan anak supaya dia juga tahu menyebut patah kata yang keluar dari mulut anda. 

#2. Suka menunjukkan kearah sesuatu benda 

Dia juga suka menunjukkan ke arah sesuatu benda dan membunyikannya seperti “Vromm..vroom, – bunyi kereta “Aummm …- bunyi harimau dan “Meow..meow…-bunyi kucing. 

3#. Namakan bahagian badan 

Dia juga suka namakan bahagian badan seperti anda boleh tanyakan padanya “mana mata?” sambil si kecil tunjuk mata. “Telinga pula mana?” dia pun akan menunjukkan kedua-dua telinga.

Selepas itu untuk galakann dia sendiri bercakap, anda boleh tunjukkan mata dan tanya “ini apa” . Tunggu hingga dia jawab. Dari situ, anda boleh lihat perkembangan perututurannya semakin baik.

Perkembangan anak usia 22 bulan dari sudut kesihatan dan nutrisi

#1. Mempunyai gigi yang lengkap 

Kini, anak kecil anda mempunyai  satu set gigi yang lengkap! Tetapi itu tidak bermakna dia boleh makan segalanya. Perhatikan saiz makanan, kerana dia masih boleh tersedak pada kepingan yang lebih besar.

#2. Kecilkan portion makanan anak

Sebaiknya anda buat potongan kecil pada makanan anak supaya dia mudah gigit dan telan. Selain berhati-hati ketika memberinya makanan yang manis, bimbang gigi boleh rosak lebih cepat. Pastikan dia selalu memberus gigi. 

Tips keibubapaan 

 perkembangan anak usia 22 bulan, perkembangan anak usia 1 tahun 10 bulan, perkembangan anak satu tahu sebulan, perkembangan usia anak 22 bulan, tumbesaran anak, tumbesaran bayi, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan si kecil, perkembangan si manja, perkembangan, tumbesaran, perkembangan dan tumbesaran anak

Kredit: katolog ibu

  • Memperbanyakkan aktiviti menarik untuk anak supaya si kecil aktif dari sudut fizikal dan kognitif. 
  • Memperbanyakkan bertutur dengan si kecil seperti menggunakan flash card dengan gambar yang besar.
  • Menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat. 
  • Berunding segera dengan pakar pediatrik bila anak kurang pasif, tiada selera makan, tidak aktif seperti kanak-kanak lain dan tidak mahu bercakap. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Katrijn de Ronde. Artikel ini mendapat keizininan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Banyak benda anak akan belajar bila masuk 1 tahun 9 bulan ini!