Anak 2 tahun 10 bulan sudah bijak guna dua bahasa!

lead image

Perkembangan ini adakah sama dengan anak anda?

Sekejap saja masa berlalu. Kini, anda melihat si kecil tiu semakin lincah dan aktif. Bahkan perkembangan anak usia 34 bulan juga berkembang dengan baik dan positif.

Itu tandanya anda adalah ibu bapa yang cukup hebat!

Namun begitu, perjalanan hidup anak masih jauh. Bermula dengan perkembangan anak usia 34 bulan inilah anda harus lebih pantau dan didik si kecil itu dengan ajaran yang betul. 

Dari kita membebel lebih jauh, mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang perkembangan anak usia 34 bulan ini.

Satu hal yang penting dalam usia ini, anak anda harus menjaga semua giginya supaya bersih dan sihat sehingga gigi kekal tumbuh. Beritahu si kecil itu, masa memberus gigi adalah sangat penting. 

Perkembangan anak usia 34 bulan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/bebelac.jpg Anak 2 tahun 10 bulan sudah bijak guna dua bahasa!

Kredit: Bebelac

Perkembangan kognitif 

Pada sia 34 bulan, kemahiran kognitifnya kian berkembang dengan baik dan laju. Dia mudah tangkap setiap apa yang diajar dan daya ingatannya cukup jelas.

Disebabkan itu, si kecil akan kurang tidur ketika waktu petang kerana suka ‘bermain’ atau ada saja aktiviti yang dia nak buat.

Oleh itu, ibu anda harus menjaga waktu tidur anak supaya dia dapat rehat yang secukupnya. Pendek kata, suruh anak tidur awal di waktu malam kerana sudah penat berjaga dan bermain seharian. 

Selain itu, perkembangan anak usia 34 bulan juga ialah si kecil itu akan terus berlari, menari, bermain dan meneroka setiap inci penjuru rumah.

Namun biarkan saja dia menemui dunia baru sendiri tapi pastikan anda memerhatikan keadaannya supaya sentiasa selamat dari perkara yang tak diingini. 

Tips: 

  • Letakkan sempadan kanak-kanak supaya diri tidak tercedera
  • Berikan anak bermain dengan kad flash dari situ daya ingatannya akan bertambah baik 
  • Ajar anak mengenal huruf dan mengira nombor 

PERHATIAN

Sekiranya dapati anak tidak dapat duduk di kerusi dengan sendiri atau tidak tahu memanjat, dapatkan nasihat dan bimbingan dari pakar pediatrik. 

Perkembangan sosial dan emosi 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/mother and baby indonesia.jpg Anak 2 tahun 10 bulan sudah bijak guna dua bahasa!

Kredit: mother and baby indonesia

Perkembangan anak usia 34 bulan dari segi sosial pula adalah mereka mudah membina empati terhadap seseorang.

Contohnya ketika si kecil makan. Anda minta makanan dari tangannya dengan reaksi wajah lapar. Akibat simpati hadir dalam diri si kecil, dia akan berikan makanan itu pada anda. Ia menandakan anak mudah simpati terhadap orang lain. 

Disebabkan imaganisi mereka semakin berkembang, perasaan takut juga semakin meningkat. Contonhya mereka tak mahu tidur bersendirian, elak tengok cerita seram, takut guruh yang kuat dan bunyi-bunyian yang menakutkan. 

Namun sebagai ibu bapa anda harus tetap sabar dan penuh berdedikasi menangani ketakutan anak itu. Tapi jangan pula menambahkan ketakutan mereka!

Tips

  • Mengajar anak bagaimana berkongsi perasaan dan fikiran 
  • Sentiasa ingatkan anak supaya berkongsi dengan orang tak kira makanan, minuman, pakaian atau barang mainan sekalipun. 
  • Berhati-hati ketika bercakap di hadapan anak terutama apabila anda menyebut nama orang tertentu. 
  • Membabitkan anak anda dengan kerja kecil seperti mengemas rumah, membasuh pinggan atau membuang sampah. Ia bukan saja membina disiplin anak tapi menjadikannya lebih bertanggungjawab. 

Perkembangan komunikasi dan bahasa 

Pada peringkat perkembangan anak usia 34 bulan ini dapat dilihat peningkatan yang jelas dalam ucapan dan bahasa si kecil. 

Fasa perkembangan ini juga anda boleh menggalakkan penggunaan dua bahasa. Seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lama-lama anak pun akan fasih bercakap dalam dua bahasa ini. 

Contoh perkataan Bahasa Inggeris yang mudah mereka boleh sebut seperti: I, you, yes, no, book, cat, monkey, banana, shoes dan lain-lain.

Ataupun muzik dan nyanyian yang menggunakan bahasa tersebut seperti rain rain go away, twinkle twinkle little star, fly fly butterfly dan lain-lain.

Dari situ penggunaan dua bahasa mereka semakin bagus. 

Perkembangan nutrisi dan kesihatan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/music school indonesia.jpg Anak 2 tahun 10 bulan sudah bijak guna dua bahasa!

Kanak-kanak yang berada dalam fasa perkembangan anak usia 34 bulan ini juga lebih suka berdikari di meja makan. Mereka suka memilih makanan yang disukai untuk menambahkan selera makan mereka. 

Ketika ini juga anda harus galakkan anak menggunakan tangan kanan untuk makan dan mengambil makan dengan sudu atau garfu. 

Walaupun ketika ini anak anda mungkin kurang gemar makan sayur dan buah. Tapi dengan beberapa idea kreatif, anak pasti suka dan teruja bila ibu menghidangkan sesuatu yang lain.

Contohnya, menyusun buah dan sayur dalam pinggan dengan bentuk yang menarik. 

Tips untuk ibu bapa 

  • Sentiasa berkomunikasi dengan anak supaya anda memahami apa yang si kecil perlukan. 
  • Sematkan nilai-nilai murni yang tinggi ke dalam jiwa anak-anak. 
  • Jangan memarahi anak sekiranya dia sedang tantrum atau mengamuk. Kawal dan tangani dengan cara berhemah.
  • Tanamkan sifat simpati dan kasihan pada diri anak-anak.

Justeru, sekiranya anda dapati anak ada kekurangan di mana-mana, teruskan bersabar dan jangan berputus asa untuk mendidik si kecil itu dengan baik. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. 

Namun, sekiranya sikap dan kemahiran motor halus anak masih samar-samar adalah sewajarnya untuk anda berjumpa pakar kanak-kanak supaya hal tersebut dapat dibincangkan lanjut. 

Semoga artikel ini memberi banyak pendedahan pada anda tentang perkembangan anak usia 34 bulan. Jika ada keraguan dan soalan boleh ajukan pada kami di ruangan bawah. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Amrita. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singpapore untuk diterjemahkan.

Baca juga

Anak umur 2 tahun 9 bulan sudah pandai ada kawan imaginasi! Bahaya tak?