Kenali lebih dekat dengan anak yang berumur 3 tahun 11 bulan

lead image

Tumbesaran positif anak setiap hari benar-benar membuatkan ibu bapanya rasa bersyukur. Namun, dalam pada itu tahap kesihatannya juga merupakan aspek penting perlu dijaga kerana dia juga berisiko untuk terkena sebarang penyakit merbahaya

Apa yang anda ingin tahu dalam perkembangan anak usia 47 bulan? Sebelum si kecil itu melangkah ke usia empat tahun dalam masa sebulan lagi? Selain itu, apakah pencapaiannya yang paling memberangsangkan? 

Sambil menjawab persoalan yang diajukan itu. Berikut merupakan pencapaian dan perkembangan anak usia 47 bulan ini. 

Perkembangan anak usia 47 bulan 

Perkembangan fizikal 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/parenting dream.jpg Kenali lebih dekat dengan anak yang berumur 3 tahun 11 bulan

kredit: parenting dream

Dalam perkembangan anak usia 47 bulan ini dia sangat cekap dalam menggunakan kedua-dua belah tangannya dan pergerakannya juga tepat dan jelas. 

Dia juga sudah pandai memulas tombol pintu dengan tangannya sendiri. Jadi jangan terkejut jika si kecil itu mencari jalan masuk ke dalam bilik anda. Hehe! 

Si kecil juga tahu memegang pensil dan tahu menggunakannya dengan membuat contengan atas kertas. Dalam masa yang masa, dia dapat melukis bentuk tertentu, menulis huruf dan melukis gambar ahli keluarganya. 

Dia juga boleh memakai baju sendiri dengan butang tanpa bantuan daripada anda lagi. 

Dalam perkembangan anak usia 47 bulan ini juga dia pantas berjalan dan berlari. Sebab itu, ibu bapa perlu menyediakan ruang bermain yang lebih selamat supaya si kecil dapat menikmati masa berjalan di sekitar rumah. 

Tips : 

  • Membuat permainan halangan di dalam rumah seperti menggunakan gelung, kerusi dan meja. 
  • Mainkan muzik yang disukai anak dan minta dia mencuba beberapa pergerakan yang berbeza dengan anda. 
  • Biarkan mereka bermain dengan Lego dan blok supaya dia dapat menggunakan tangan dan jarinya. 
  • Berikan gunting, krayon, gam cecair dan bahan seni yang lain supaya menarik minatnya untuk memotong dan menampal. Kegiatan ini akan melatihnya menggunakan jari supaya daya imginasinya aktif. 

Bila patut berjumpa doktor? 

  • Jika anak kurang aktif bermain dan masih terkial-kial menggunakan tangan dan anggota tubuhnya dapatkan rawatan segera daripada doktor pakar kanak-kanak. 

Perkembangan kognitif 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/bimbel mandarin murid internasional.jpg Kenali lebih dekat dengan anak yang berumur 3 tahun 11 bulan

Dalam perkembangan anak usia 47 bulan ini juga dia akan kerap mengajukan soalan kepada ibu bapanya. Hingga kadang-kadang anda tidak ada jawapan untuk persoalan itu.

Walaupun perasaan ingin tahu mereka itu boleh menjengkelkan ibu dan bapanya. Tapi yakinlah bahawa ia adalah sebahagian perkembangan anak yang normal ketika membesar. 

Selain itu, dia boleh mengira dari sifar hingga 10. Juga tahu menyebut huruf dari A sampai Z. 

Jika anda menghantar ke taska perkembangan kognitif mereka kian berkembang malah pulang saja ke rumah dia akan berkongsi cerita dengan anda. Sedikit sebanyak membantu daya ingatannya agar semakin baik. 

Tips: 

  • Menyediakan mainan dengan tekstur yang berbeza seperti berbula, batang pop aiskrim, manik dan lain-lain.
  • Minta dia terangkan apa yang dirasakan dengan setiap item itu. 
  • Membiarkan si kecil membantu ketika di dapur seperti mengelap pinggan, basuh buah dan sayuran dan lain-lain. 

Bila patut jumpa doktor? 

Jika si kecil masih belum memahami konsep mengira dan mengenal huruf. Tanda lain seperti tidak memahami arahan mudah dan enggan berpakaian dengan betul. Masa ini anda harus konsultasi dengan pakar kanak-kanak. 

Perkembangan sosial dan emosi 

Perkembangan anak usia 47 bulan ini dia semakin matang dalam emosi kerana dia boleh berfikir dengan baik. Malah dia juga suka memeluk tubuh ibu dan ayahnya serta mencium pipi kedua-duanya. 

Mereka juga akan menjadi lebih baik untuk menyatakan apa yang mereka rasa, mengubah ekspresi wajah mereka untuk menunjukkan bahawa dia sedang sedih, marah, bahagia atau bosan.

Tips: 

  • Sentiasa berinteraksi dengan anak dapat membantu memperkukuhkan aktivitinya setiap hari. 
  • Berikan pujian kepadanya sekiranya dia berjaya melakukan sesuatu perkara.

Bila patut jumpa doktor? 

Bila anak kelihatan jauh dari keluarga dan rakan-rakan atau enggan berinteraksi dengan sesiapa. Sebaiknya anda bawanya berjumpa pakar pediatrik. 

Perkembangan bahasa dan pertuturan 

Dalam fasa perkembangan anak usia 47 bulan ini dia sudah mampu membaca namanya dan menyebut umurnya sendiri. Malah percakapannya juga boleh difahami dengan jelas. Walaupun kadang-kadang ada juga yang tersasul atau pelat. 

Untuk cekapkan pertuturan anak, anda boleh bertanyakan kepadanya soalan mudah dan anda akan mendapat respon yang baik. Malah dia dapat menyusun cerita dengan baik terhadap apa yang mereka lihat atau buat pada hari tersebut. 

Tips: 

  • Tanyakan pada anak tempat dan aktiviti yang dia suka buat. Ia dapat membantu perbendaharaan kata mereka dan lebih yakin untuk bertutur. 
  • Membantunya mengetahui angka dan bentuk dapat digunakan bagi melambangkan sesuatu yang berada difikirannya. 

Bila patut jumpa doktor? 

Sekiranya si kecil itu masih ‘lambat’ membentuk ayat atau tidak dapat membezakan antara saya, kami, awak. Adalah wajar berjumpa dengan pakar pertuturan supaya anak lebih yakin untuk bercakap selepas ini. 

Perkembangan nutrisi dan kesihatan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/sopo saripada.jpg Kenali lebih dekat dengan anak yang berumur 3 tahun 11 bulan

kredit: sopo saripada

Kanak-kanak sememangnya membesar dengan cepat. Sebab itu dalam melihat perkembangan lain aspek yang penting dan perlu dijaga juga adalah pemakanan, nutrisi dan kesihatannya. 

Akan tetapi dalam umur ini tabiat makannya semakin baik kerana anda tak perlu lagi suap makanan kepadanya kerana si kecil itu sudah tahu makan sendiri. 

Sebaiknya anda menyediakan makanan dengan tekstur yang berbeza supaya si kecil makan dengan cukup berselera setiap hari. 

Tips: 

Dalam hidangan mereka perlu ada ini : 

  • Bijirin dan nasi 
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran .
  • Daging 
  • Kekacang
  • Susu 
  • Walaubagaimanapun jangan berikan tekanan kepada si kecil itu jika dia tidak suka terhadap sesuatu makanan. 
  • Jangan biarkan anak makan makanan yang boleh membuatkan bahaya tersedak seperti anggur, gula-gula, kacang, marshmallow dan lain-lain yang berisiko. 

Bila patut jumpa doktor 

Dalam usia ini mereka juga boleh terkena jangkitan HFMD, demam campak, sakit kepala, demam, selsema dan lain-lain. Untuk itu, pastikan anak menerima vaksin yang sewajarnya supaya dapat melawan penyakit yang merbahaya. 

Selain, jika berat anak terlalu berlebihan atau ringan dapatkan bimbingan dari pakar pemakanan. 

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.