Perkembangan bayi anda: meniarap

Meniarap adalah salah satu cara bayi untuk menggapai mainan atau botol susunya, ataupun caranya untuk pergi ke arah anda.

Bayi yang dapat mengawal pergerakan kepala biasanya akan belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari keadaan terlentang dan sebagainya.

Meniarap adalah salah satu cara bayi untuk menggapai mainan atau botol susunya, ataupun caranya untuk pergi ke arah anda.

Seawal usia 3 bulan, bayi boleh memusingkan badannya dari depan ke belakang, tetapi bayi berusia 5 bulan yang mempunyai otot bahu dan dan lengan yang kuat mampu berpusing ke arah depan ke belakang, untuk meniarap.

shutterstock_155991488-1

Bagaimana perkembangan ini terjadi:

Apabila bayi selalu diletakkan meniarap, secara tidak langsung mereka akan melatih otot bahu untuk mendongak dan senyum ke arah ibu bapanya. Sememangnya, hal ini amat membahagiakan pasangan suami isteri yang menjaga bayi mereka.

Bayi mungkin cuba berpusing daripada meniarap balik ke terlentang semula, sememangnya, ini ialah pencapaian yang membanggakan dalam tumbesaran seorang bayi.

Bayi pada usia 5 bulan mampu mengangkat kepala, menaikkan badan menggunakan lengan, mengangkat dadanya dari lantai menggunakan lengan dan mengayunkan badannya di atas perutnya. Secara tidak langsung mampu membantu bayi untuk melatih ototnya supaya boleh memusing ke semua arah.

Ada sesetengah bayi terus belajar merangkak dan duduk tanpa belajar mengiring dan juga meniarap. Sesetangah cuma menggolekkan diri untuk bergerak dan mengangkat badan menggunakan otot lengan dan mengesot menggunakan kedua belah tangan.

Tidak usah khuatir jika bayi anda tidak belajar kemahiran meniarap dan melangkau kemahiran meniarap. Jika bayi anda masih menunjukkan respons yang positif terhadap keadaan sekeliling dan respons itu diterjemahkan dalam bentuk pergerakannya, anda boleh berasa lega.

Perkembangan seterusnya:

Otot yang sama digunakan untuk membantunya meniarap juga merangkak, iaitu otot kaki dan juga lengan bayi. Pada ketika ini, otot kaki lengan dan leher menjadi kuat dan otot – otot ini sebenarnya membantu bayi untuk duduk di atas punggungnya tanpa bantuan orang lain.

Perkembangan ini terjadi pada usia bayi mencecah 7 bulan, disusuli dengan perkembangan terbaru iaitu merangkak.

Peranan anda untuk membantu tumbesaran bayi anda:

Anda boleh membantu bayi anda dengan menggolekkan badannya ke kiri dan ke kanan. Selain itu, jadikan mainan kegemarannya ataupun botol susunya sebagai objek untuk mendorong bayi untuk menggerakkan badannya sendiri. Senyum dan cium pipinya untuk memberikan semangat kepada bayi anda.

Anda hanya perlu bimbang jika:

Selepas si manja anda mencapai usia 6 bulan dan tidak meniarap sama sekali dan tidak tunjukkan minat untuk bergerak hasil daripada ransangan persekitaran, bawalah bayi berjumpa doktor.

Perkembangan setiap bayi berbeza, jika si manja tidak berusaha untuk merangkak atau duduk, rujuklah kepada pakar. Perlu diingatkan bahawa bayi pramatang mungkin mencapai tahap perkembangan pergerakan yang mungkin lebih lambat berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!