Pada minggu 10 kehamilan, jari dan kuku bayi sudah mula terbentuk!

lead image

Antara perkembangan janin 10 minggu adalah kuku dan jari mereka mula terbentuk. Apa lagi perkembangan mereka yang lain pada minggu ini?

Jari kaki dan tangan bayi anda mula terbentuk begitu juga dengan kuku mereka! Ini adalah sebahagian dari perkembangan janin 10 minggu. Jom baca apa lagi perkembangan mereka yang lain.

Perkembangan janin minggu 10: Bayi anda besar mana?

perkembangan janin 10 minggu, janin 10 minggu, kandungan 10 minggu. saiz janin 10 minggu. penjagaan kandungan, tanda kandungan

Perkembangan janin 10 minggu

  • Otak anak anda sedang berkembang dengan laju: hampir 250,000 neuron terbentuk setiap minit!
  • Semua organ utama termasuk buah pinggang, usus, otak dan hati sudah terbentuk dan mula berfungsi
  • Kaki dan tangan mula berkembang menjadi jari dan kuku sudah mula untuk tumbuh.
  • Tulang mula mengeras dan terbentuk.
  • Tunas untuk gigi juga sudah terbentuk.
  • Jika anak anda lelaki, bayi anda mula menghasilkan testosteron.

Perkembangan janin 10 minggu: Simptom mengandung

  • Anda masih rasa mual dan ianya seperti tak akan hilang!
  • Anda juga rasa seperti banyak angin dalam badan hingga membuatkan anda malu kerana asyik sendawa dan kentut (kuat pula tu)!

Perkembangan janin 10 minggu: Penjagaan kandungan

  • Untuk melawan rasa mual, cuba makanan berlainan untuk melihat apa yang dapat melegakan mual. Beberapa ibu makan biskut masin atau teh halia untuk bantu mereka melalui hari-hari mereka. Tak pun, anda boleh minta nasihat doktor untuk mendapatkan vitamin B6 atau B12, yang dikatakan boleh melegakan rasa mual.
  • Jangan makan makanan yang mentah dah tak dimasak dengan baik. Anda mungkin tak mmnak berisiko untuk mendapat keracunan makanan kerana ia akan menyebabkan kontraksi dan dehidrasi.
  • Jika anda perasan ada darah atau lendir luar biasa, minta nasihat dari doktor. Pada minggu awal kehamilan, janin masih belum stabil.

Perkembangan janin 10 minggu: Checklist

  • Banyakkan makanan sihat seperti bayam, buah dan susu untuk pastikan badan anda dalam keadaan baik.
  • Senaman seperti berjalan dengan perlahan adalah baik untuk perjalanan darah dan udara segar boleh membantu untuk stabilkan mood anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jasmin Yeo; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 9

Minggu seterusnyaMinggu ke - 11