Panduan anda dan anak anda pada kandungan 13 minggu

lead image

Anda dah pun masuk trimester kedua yang orang panggil masa honeymoon. Jom tengok apa perkembangan janin 13 minggu ini.

Tahniah! Anda dah pun masuk trimester kedua kehamilan. Mereka panggil trimester ini sebagai tempoh honeymoon. Jom tengok perkembangan janin 13 minggu ini.

Perkembangan janin 13 minggu: Bayi anda besar mana?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 13 minggu, tumbesaran janin, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 13, perkembangan bayi minggu 13, tumbesaran janin minggu 13, tumbesaran janin minggu 13

Perkembangan janin 13 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Tumbesaran kepala bayi anda selama ini lebih cepat dari badan mereka. Tapi kini badan mereka sedang membesar dengan cepat. Kaki mereka akan terus memanjang tapi minggu ini tangan mereka akan memanjang untuk menjadi seimbang dengan badan.
  • Mereka kini mempunyai jari yang kecil serta mata dan telinga yang cantik.
  • Anda mungkin akan melihat mereka menghisap jari semasa ultrasound. Ini adalah kemahiran bergerak yang mereka perlukan apabila untuk hidup apabila mereka lahir nanti.
  • Organ dan sistem penting mereka sudah terbentuk dan berfungsi sepenuhnya.
  • Testis dan ovari juga sudah terbentuk sepenhnya sekarang.
  • Alat sulit mereka sedang terbentuk tapi sekarang masih awal untuk tahu jantina mereka.
  • Anak anda mungkin akan dengar apa yang anda cakap. Jadi mula bercakap dengan mereka.
  • Degupan jantung lebih kuat dan jelas.
  • Jika anak anda perempuan mereka kini sudag membawa dua juta telur dalam ovari dan akan berkurang ke setengah apabila mereka lahir. Pada usia 17 tahun, jumlah telur mereka akan turun ke 700,000.

Perkembangan janin 13 minggu: Simptom mengandung

  • Rasa mual anda akan beransur pulih dan anda akan mula rasa seperti tenaga anda bertambah.
  • Untuk memberi ruang pada bayi anda yang semakin membesar, uterus anda akan berkembang. Ini akan memaksa organ dalaman akan mengubah kedudukan mereka ke atas.
  • Anda akan merasa tak selesa di bahagian tulang rusuk dan ia akan menjadi lebih teruk bila perut anda semakin besar.

Perkembangan janin 13 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Kehamilan gingivitis mungkin akan menyerang anda lebih-lebih lagi jika anda tak menjaga kesihatan mulut. Anda akan muntah beberapa kali, jaga kaviti dengan menggosok dan flos beberapa kali.

Perkembangan janin 13 minggu: Checklist

  • Di Asia, keluarga biasanya menyimpan rahsia kandungan mereka hingga trimester kedua. Mungkin anda dah boleh rancang cara kreatif untuk beritahu keluarga dan rakan tentang kehamilan anda.
  • Anda boleh membuat temujanji untuk membuat ujian abnormaliti anak yang boleh diketahu pada minggu ke 14.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jasmine Yeo; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 12

Minggu seterusnyaMinggu ke - 14