Anda tahu tak pada minggu 14, janin sudah tunjuk ekspresi muka?

lead image

Anda pasti excited mengetahui bayi dalam kandungan anda itu sudah boleh tunjuk ekspresi muka! Ini antara perkembangan janin 14 minggu yang lain.

Perkembangan janin 14 minggu: Bayi anda besar mana?

Tahukah anda, salah satu perkembangan janin 14 minggu ialah mereka sudah menunjukkan ekspresi muka?

Alahai, comelnya! Agak-agak, apa ekspresi muka yang bayi tengah buat sekarang? Pada usia 14 minggu kehamilan, janin anda kini sebesar buah guava. 

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/12/pChart week14 78.jpg Anda tahu tak pada minggu 14, janin sudah tunjuk ekspresi muka?

Cepat sungguh mereka berkembang, kan? Baru hari itu mereka hanya sebesar buah laici!

Perkembangan janin 14 minggu

Dalam minggu ini, anda akan memahami yang janin sedang:

  • Membangunkan deria rasa. Ketika ini, mereka sudah boleh rasa pahit, manis, atau masam dari cecair amniotik
  • Lelangitnya juga sedang terbentuk sepenuhnya pada akhir minggu ini
  • Impuls otaknya makin meningkat. Ini bermaksud janin sekarang sudah boleh "berlatih". Dia akan senyum, mengerut kening dan gementar
  • Rambut akan mula tumbuh pada kepalanya. 
  • Buah pinggang bayi akan mula menghasilkan air kencing
  • Bayi anda kini juga sudah semakin bijak! Dia sedang "mencuba" anggota badannya. Jadi, dia akan menghisap ibu jari dan menggoyangkan kaki. Alahai, comelnya!

Perkembangan janin 14 minggu: Simptom kehamilan

src=https://cdn.newsapi.com.au/image/v1/0a8cde57f3b983796e40694ca5390d4f Anda tahu tak pada minggu 14, janin sudah tunjuk ekspresi muka?

  • Orang akan mula tanya "awak mengandung ke?" sebab perut anda makin jelas kelihatan
  • Anda akan kerap lapar. Selera makan sudah kembali dan tenaga anda makin meningkat
  • Anda akan mula sakit belakang dan sakit di bahagian ari-ari. Ini kerana otot dan ligamen sedang meregang untuk memberi ruang pada bayi.
  • Rambut anda akan berkilat dan makin tebal, yay!

Perkembangan janin 14 minggu: Penjagaan Kehamilan

  • Untuk mengatasi masalah sakit belakang, anda perlu duduk menegak. Buat yoga atau pilates, ia dikatakan berkesan
  • Tapi jangan buat aktiviti yang ada risiko terjatuh. Tulang anda makin longgar sekarang
  • Bila selera makan sudah kembali, cuba amalkan diet kehamilan yang sihat. 

Checklist anda

  • Oleh sebab selera makan dan tenaga anda sudah kembali, apa kata join kelas pranatal? Dalam kelas itu, banyak benda anda boleh belajar!
  • Beli baju mengandung baru sebab anda takkan muat dengan baju biasa sudah

 

 

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 13

Minggu seterusnyaMinggu ke - 15