Rambut janin mula tumbuh dalam 15 minggu hamil!

lead image

Besar mana bayi anda sekarang? Dalam memikirkan kesempurnaan bayi berkembang, ibu perlu menjaga tahap kesihatan juga kerana anda boleh mudah terkena demam dan selsema. Jadi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Mesti ibu tetanya-tanya apa lagi perkembangan janin 15 minggu ini. Sekarang anda berada dalam trimester kedua kehamilan. Jauh lagi perjalanan dan pelbagai lagi momen terindah sepanjang anda berbadan dua ini. 

Nikmatinya dengan rasa penuh syukur dan membelai kandungan sepenuh kasih sayang. 

Perkembangan janin 15 minggu 

perkembangan janin 15 minggu, perkembangan janin minggu 15 , perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak,, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 15, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 

  • Kening dan rambut mula muncul pada perkembangan janin 15 minggu ini. 
  • Penghuni kecil anda mengalami sedu iaitu satu perlakukan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. 
  • Bayi juga tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana trakea mereka dipenuhi air dan bukan udara. 
  • Kaki janin mula membesar. Selain lengan dan kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi serta anggota badan boleh bergerak. 
  • Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi melalui ultasound/ultra bunyi. Hal ini kerana genital luarannya sudah berkembang. Jadi doktor boleh melihat sama ada si kecil itu bayi lelaki atau perempuan. 

Simptom pada ibu hamil 

perkembangan janin 15 minggu, perkembangan janin minggu 15 , perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak,, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 15, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 

Kredit: nosecka.net

  • Ibu akan mengalami simptom demam dan selsema tapi itu bukan maksudnya ibu tidak menjaga kesihatan tubuh. Namun ia terjadi disebabkan ketika mengandung tahap imuniti badan sedikit menurun jadi sebab itu ibu akan mengalami demam. 
  • Apabila banyak darah mengalir dari dalam tubuh akan membuatkan hidung dan gusi membengkak. ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada bahagian tersebut. 
  • Anda mungkin mengalami penambahan berat badan sekitar 2.2 kg ke 4.5 kg. Manakala berat fetus hanya sekitar 70gram. 
  • Sebilangan ibu akan merasai pergerakan sekitar 16 mingguu hingga 20 minggu kehamilan. Ada juga lewat sehingga 24 minggu bergantung pada ketebalan lapisan perut. 
  • Anda harus bersedia merekod pergerakan bayi dan beritahu pada doktor semasa temujanji bagi ujian kehamilan. 

Penjagaan ketika hamil 15 minggu 

perkembangan janin 15 minggu, perkembangan janin minggu 15 , perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak,, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 15, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 

Kredit: bebeclub.co.id

  • Disebabkan sistem imun tubuh sedikit menurun ketika  hamil jadi ibu digalakkan menjaga kesihatan badan dengan sebaik mungkin.
  • Anda harus berani katakan TIDAK pada pelawat yang berisiko terkena penyakit merbahaya supaya badan anda dilindungi dari sebarang bakteria dan kuman yang tak baik atau yang boleh menjejaskan tahap kesihatan dri. 

Semakan dalam perkembangan janin 15 minggu 

  • Anda dan suami harus melihat posisi seks yang bersesuaian dan selamat. 
  • Doktor akan melakukan ujian darah bagi memastikan janin sihat. Selain melihat kecenderungan sama ada bayi mengalami peningkatan risiko syndrome down, kedudukan kelainan kromosome atau cacat tiub saraf. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: jurnal keluarga 

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 14

Minggu seterusnyaMinggu ke – 16