Di minggu ke 16, kening dan bulu mata dah terbentuk sepenuhnya!

lead image

Antara perkembangan janin 16 minggu ini, kening dan bulu mata mereka telah terbentuk sepenuhnya. Ketahui lebih lanjut tentang perkembangan janin anda.

Pada minggu 16 ini, bayi anda sudah pun mempunyai kening dan bulu mata! Mesti tak sabar anda nak tengok kan? Apa lagi perkembangan janin 16 minggu ini?

Perkembangan janin 16 minggu: Berapa besar bayi anda?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/image 141.jpg Di minggu ke 16, kening dan bulu mata dah terbentuk sepenuhnya!

Perkembangan janin 16 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Anak anda sedang sibuk menguatkan otot mereka lebih-lebih lagi di belakang badan dan di muka.
  • Anak anda sudah boleh mengerutkan muka dan mengecilkan mata.
  • Kelopak mata mereka sudah boleh mengesan cahaya.
  • Kening dan bulu mata sudah terbentuk sepenuhnya.
  • Dengan tulang kecil yang sedang membesar dalam telinga bayi anda, pendengaran mereka mula terbentuk.

Perkembangan janin 16 minggu: Simptom mengandung

  • Anda mungkin dah mula rasa pergerakan bayi anda tapi hanya sedikit kerana pergerakan bayi masih lembut.
  • Paru-paru anda akan rasa sempit membuatkan anda sukar bernafas kadang-kadang.
  • Dengan uterus yang menekan usus, anda mungkin akan mendapat sembelit.
  • Berita baik: rambut dan kuku anda akan tumbuh dengan cepat. Rambut anda akan kelihatan lebih berkilat dari sebelum ini dan anda akan mendapat "pregnancy glow" yang sering disebut-sebut ini.

Perkembangan janin 16 minggu: Penjagaan kandungan

  • Untuk mengurangkan tekanan pada otot belakang dan pelvik, anda mungkin perlu bersenam untuk menguatkan otot-otot anda.
  • Anda perlu teruskan makan makanan sihat dan jangan mengalah dengan keinginan untuk makan makanan yang tak berkhasiat.
  • Anda mungkin akan mengalami kulit kering dan gatal, jadi penggunaan pelembab boleh membantu anda untuk mengurangkan rasa gatal.

Perkembangan janin 16 minggu: Checklist

  • Pendengaran anak anda semakin baik, ini adalah masa untuk suami mula bercakap dengan bayi supaya mereka kenal dengan suara bapa mereka.
  • Anda juka akan cepat lupa, jadi catatkan senarai perkara yang perlu anda lakukan setiap hari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jasmine Yeo; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 15

Minggu seterusnyaMinggu ke - 17