Janin anda makin berkembang masuk usia 17 minggu!

lead image

Wah, kandungan anda bakal masuk 4 bulan! Agaknya, apa perkembangan janin 17 minggu ini? Anda pasti terkejut mengetahui mereka makin sempurna!

Cepatnya masa berlalu! Anda kini sudah hamil dalam 3 bulan nak masuk 4 bulan. Agak-agak, apa perkembangan janin 17 minggu ini?

Salah satu perkembangan janin 17 minggu yang paling best anda boleh tahu ialah mereka kini sudah sebesar sebiji bawang! Alahai, comelnya...

Perkembangan janin 17 minggu

Dalam minggu ini, anda akan mempelajari yang bayi dalam kandungan kini sudah:

  • Boleh menarik oksigen berbanding cecair amniotik. Ini kerana saluran udara telah terbina
  • Tulangnya juga makin mengeras. Ia satu proses yang dikenali sebagai ossification. Kaki dan telinganya akan mengeras dahulu
  • Sarafnya akan membentuk myelin - sejenis lapisan perlindungan protein dan lemak yang melindungi saraf. Ia untuk impuls elektrik saraf yang lebih cepat dan cekap. 
  • Myelin amat penting untuk sistem saraf bayi dalam kandungan agar ia berfungsi dengan betul selepas lahir
  • Tali pusatnya semakin kuat dan tebal
  • Anda akan excited untuk melakukan imbasan ultrasound kerana kini anda boleh mendengar degupan jantung si kecil ini!

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/12/pChart week17 78.jpg Janin anda makin berkembang masuk usia 17 minggu!

Perkembangan janin 17 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Masa untuk periksa sama ada anda mengambil vitamin pranatal yang mencukupi demi nutrisi untuk bayi dan anda sendiri
  • Jika anda suka memakai kasut tinggi, inilah masanya untuk berhenti. Anda perlu memakai kasut tapak rendah kerana pusat graviti anda sudah berubah

Checklist anda:

  • Anda dan suami boleh berbincang sama ada anda ingin mengetahui jantina bayi atau tidak.

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 16

Minggu seterusnyaMinggu ke - 18