Ibu akan dapat rasai pergerakan janin ketika 18 minggu hamil

lead image

Agak-agak anda janin dalam kandungan itu sudah besar mana ya dalam 18 minggu ini? Jom kita lihat lebih terperinci tumbesaran janin itu.

Sekejap saja masa berlalu, kini anda berada dalam fasa perkembangan janin 18 minggu. Dalam pada itu anda akan rasai pergerakan dan tendangan halus si kecil dalam kandungan. 

Selain itu, bagi mengelakkan sakit belakang kerana tekanan daripada tumbesaran janin, ibu digalakkan mencari posisi tidur yang betul supaya gejala ini tidak kerap berlaku. 

Ibu juga boleh melakukan teknik pernafasan dan senaman ringan supaya tubuh tetap cergas sekalipun sedang berbadan dua. 

Perkembangan janin 18 minggu 

perkembangan janin 18 minggu, perkembangan janin minggu 18 , perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak,, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 18, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 

  • Bayi anda sekarang sudah mula bergerak. Anda harus lebih bersedia dengan pergerakkan yang lebih banyak dan tendangan yang lebih kuat. 
  • Dia sekarang sudah tahu menguap dan anda boleh mendengarnya ketika ultrasound. 
  • Jika anda mengandungkan anak lelaki, alat kelamin jelas terbentuk manakala jika hamil bayi perempuan ovarinya sedang menjadi telur. 

Simptom dalam perkembangan janin 18 minggu 

perkembangan janin 18 minggu, perkembangan janin minggu 18 , perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak,, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 18, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 

Kredit: vemale.com

  • Pertumbuhan bayi akan membuatkan anda lapar sepanjang masa. Rasa nak makan macam-macam atau mengidam makanan tertentu. 
  • Tangan dan kaki mula membengkak. Tapi ini adalah gejala biasa yang sering berlaku. 
  • Apabila bayi sedang membesar dan berkembang anda akan alami gejala sakit belakang. Namun ada cara betul untuk melegakannya.
  • Oleh kerana tekanan pada bahagian urat hidung seterusnya menyebabkan sakit di bahagian itu.  
  • Mengalami kekejangan kaki. Untuk itu, jangan lupa minum air supaya tetap dehidrasi. 

Penjagaan 

  • Untuk melegakan sakit belakang, anda boleh duduk tegak dan lakukan senaman ringan ketika hamil. 
  • Pastikan posisi tidur mengiring ke sebelah kiri supaya tekanan darah mengalir dengan betul. 
  • Jika anda dapati kaki seperti membengkak letakkannya di tempat tinggi atau alaskan kaki dengan bantal besar semasa tidur.
  • Jika terlalu bimbang dan ganggu waktu tidur, pastikan anda mendapatkan pernafasan sewajarnya. 

Semakan 

perkembangan janin 18 minggu, perkembangan janin minggu 18 , perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak,, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 18, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, hamil dua bulan, dua bulan hamil, dua bulan, dua bulan mengandung 

  • Anda boleh melakukan urut hamil bagi memanjakan diri dan berehat.
  • Bagi anda yang anda insurans bersalin ini adalah masa yang sesuai untuk menguruskannya.
  • Pastikan anda sudah memilih sama ada ingin berpantang sendiri atau berpantang di rumah emak di kampung. 

Justeru ibu harus dapatkan rehat dan tidur yang cukup supaya tubuh tetap cergas dalam meniti waktu hamil ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 17

Minggu seterusnyaMinggu ke – 19