Tahniah ibu! Anda kini sudah separuh jalan dalam proses 9 bulan hamil. Jom kita ketahui apa perkembangan janin 20 minggu. Anda pasti excited mengetahui pelbagai benda janin boleh buat dah sekarang!
Tapi sebelum itu, ibu agak-agak, berapa besar bayi anda itu kini?
Perkembangan janin 20 minggu: Bayi besar mana kini?
Bayi anda kini sebesar buah pisang! Wah, sudah makin besarlah anak ibu ini.

Perkembangan janin 20 minggu
Dalam minggu ini, anda akan lihat perkembangan janin melibatkan:
- Kulit bayi anda kini makin menebal dan membentuk lapisan
- Kebanyakan bayi mungkin masih menutup mata, tapi sebenarnya, mata mereka “sedikit terbuka” seakan ingin mengendap anda
- Bayi kini menelan banyak cecair amniotik. Ia bagus untuk sistem penghadamannya
- Bahan hitam melekit meconium memenuhi ususnya. Ia akan dikeluarkan bila bayi lahir kelak
- Deria rasanya sudah berfungsi. Jadi jika anda lihat dalam imbasan ultrasound, si manja ini mengetap bibir, itu tandanya dia suka makanan yang terakhir anda makan tadi 😛
- Jika bayi anda adalah bayi perempuan, rahimnya akan mula terbentuk. Malah, terusan vaginanya juga semakin berkembang
- Jika bayi lelaki, skrotumnya masih belum berkembang, tapi testikalnya sudah mula terbentuk
Perkembangan janin 20 minggu: Simptom kehamilan
Kredit: Freepik
- Berat anda mungkin naik dalam setengah kg (seminggu)
- Tidur anda kian terganggu. Ia kerana rahim selaras dengan pusat, maka, tidur dalam satu posisi saja akan buat ibu rasa tidak selesa
- Keletihan dan morning sickness sudah tiada sekarang, yay!
- Nafsu anda juga mungkin akan meningkat. Inilah masanya nak cuba gaya unik dengan suami 😛
- Vagina akan mengeluarkan cecair tertentu. Jangan risau, ia normal dan akan berterusan hingga habis tempoh hamil.
Penjagaan kehamilan
- Pastikan berat anda tidak terlalu kurang atau berlebihan
- Buat senaman ringkas dan mudah untuk mengubati rasa sakit pinggang dan sakit tulang belakang
Checklist anda
Kredit: Freepik
- Belum buat sebarang imbasan ultrasould? Anda patut buat sekarang. Apa yang best ialah anda boleh nampak bayi menendang, bergerak dan menghisap ibu jarinya! Bawa suami sekali. Pasti kalian gembira lepas itu
- Makan dengan sihat. Jangan lupa dapatkan nutrisi penting ketika hamil
- Ambil vitamin pranatal anda dengan teratur
- Nak pergi bercuti? Inilah masa yang paling sesuai!
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jasmine Yeo; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Minggu sebelumnya: Minggu ke – 19
Minggu seterusnya: Minggu ke – 21
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bolehkah Ibu Hamil Minum Air Kelapa? Adakah Ini Mampu Menjejaskan Janin?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!