Kening dan kelopak mata terbentuk ketika 21 minggu hamil

lead image

Ketahui lebih mendalam perjalanan ibu hamil ketika meniti minggu ke 21. Apatah lagi, tumbesaran si kecil yang postif membuatkan anda rasa gembira dan bahagia. Lantas tidak sabar lagi menanti kelahiran cahaya mata itu.

Sudah separuh perjalanan anda dalam meniti kehidupan bergelar ibu mengandung. Kini, anda mesti teruja nak tahu perkembangan janin 21 minggu ini, kan? 

Dalam keterujaan itu, ibu harus pastikan kesihatan diri dalam keadaan baik dan tidak melakukan aktiviti yang terlalu berat. Selain mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat. 

Jangan membuang masa lagi, jom kita lihat perkembangan janin 21 minggu ini. Ayuh! 

Perkembangan janin 21 minggu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/pChart week21 78.jpg Kening dan kelopak mata terbentuk ketika 21 minggu hamil

  • Bayi telah membentuk kening dan kelopak mata yang membolehkannya berkelip.
  • Kini, bayi anda tidur seperti bayi baru lahir hampir 12 hingga 14 jam sehari.
  • Bayi sudah pandai merasa pelbagai makanan berdasarkan apa yang dimakan oleh ibunya melalui cairan amniotik. 
  • Pergerakannya lebih tangkas dan aktif. 
  • Sumsum tulang, hati dan limpa mula berfungsi
  • Jika anda membawa bayi perempuan, rahimnya sudah terbentuk. 

Simptom dalam perkembangan janin 21 minggu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/21 mnggu.jpg Kening dan kelopak mata terbentuk ketika 21 minggu hamil

  • Stretchmarks mula muncul. Seolah-olah kulit anda seperti ditarik. 
  • Muncul jerawat akibat peningkatan minyak pada kulit wajah. 
  • Urat kaki mula kelihatan. 

Penjagaan kehamilan

  • Dalam perkembangan janin 21 minggu ini, anda boleh menyertai kelas antenatal bagi mengetahui lebih lanjut tentang kehamilan, bersalin, penyusuan, penjagaan berpantang, pemakanan dan lain-lain. 
  • Kerap mencuci muka dengan pembersih ringgan supaya kulit tidak bermintak 
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan solat sunat yang lain supaya memudahkan urusan anda setiap hari.
  • Lakukan senaman ringan dua minggu sekali.

Semakan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/solusi sehatku2.jpg Kening dan kelopak mata terbentuk ketika 21 minggu hamil

kredit: solusi sehatku

  • Galakan anda dan pasangan bercakap dengan bayi setiap hari. 
  • Dengar muzik yang menenangkan supaya dapat bantu anda berehat.
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak. 
  • Ini masa sesuai untuk mencari pengasuh bayi jika anda seorang ibu yang bekerja.
  • Pastikan anda mengira pergerakan bayi dengan betul. 
  • Jika bayi kurang bergerak segera ke hospital untuk lakukan pemeriksaan.
  • Sekiranya ibu menghidapi diabetes atau darah tinggi, pastikan anda menjaga tahap kesihatan dengan baik. Selain makan ubat dengan teratur. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 20

Minggu seterusnyaMinggu ke – 22