Hai ibu. Usia kehamilan anda sudah masuk 23 minggu? Pasti anda mahu tahu apa perkembangan janin 23 minggu, kan? Ha… jom kita semak apa yang anda patut tahu ketika ini.
Apabila masuk minggu ke- 23, bayi anda sudah sebesar durian! Wah, sudah besarlah anak ibu ini.

Perkembangan janin 23 minggu
Beberapa perkembangan janin 23 minggu yang giat berkembang sekarang ialah:
- Paru-parunya sedang bersedia untuk pernafasan
- Rambut lanugo yang ada pada tubuhnya akan semakin gelap sekarang
- Matanya sudah terbentuk sepenuhnya, tapi ia masih belum ada warna
- Waktu inilah dia sudah boleh membuka mata!
- Anda akan rasa pergerakannya minggu ini. Apa yang anak anda itu tengah buat ya?
- Sistem vestibular di kawasan otaknya sudah boleh mengesan pergerakan. Jadi, bayi sudah dapat mengesan jika anda bergerak.
- Dia juga sudah ada deria mendengar yang stabil
- Bayi yang lahir pada usia 23 minggu masih boleh bertahan jika diberi rawatan perubatan yang betul dalam unit penjagaan rapi.
Perkembangan janin 23 minggu: Simptom kehamilan

- Perut anda makin kelihatan! Berat anda juga mungkin bertambah antara 5 hingga 6.8 kg
- Anda akan kerap kencing kerana rahim berada betul-betul di atas pundi kencing anda.
- Ketika ini, doktor akan periksa jika anda ada risiko kelahiran pramatang
- Rasa risau akan meningkat minggu ini kerana hormon. Anda juga akan rasa pelbagai emosi berbeza
- Anda mungkin akan mengalami gusi berdarah atau hidung berdarah.
Perkembangan janin 23 minggu: Penjagaan kehamilan

- Untuk mengelak masalah gusi berdarah, pastikan anda mengamalkan kebersihan yang betul. Oleh sebab hormon yg makin aktif, gusi anda akan mengalami sensasi dan berdarah ketika anda menggosok gigi
- Anda akan kerap kencing. Tapi jangan risau! Teruskan minum air masak, jus sayur-sayuran, teh herba, jus buah-buahan dan susu
- Apabila guna tandas awam, bersihkan tempat duduk tandas bagi mengelak jangkitan
Checklist anda
- Bincang dengan syarikat anda tentang cuti bersalin
- Beli baju mengandung baru!
Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Minggu sebelumnya: Minggu ke – 22
Minggu seterusnya: Minggu ke – 24
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Teringin Hendak Makan Nanas Ketika Hamil Tapi Takut Keguguran? Ini Penjelasan Sebenar Daripada Pakar Dietitian
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!