Indahnya ciptaan tuhan apabila wajah bayi terbentuk pada minggu ke 24

lead image

Tahu diri sedang berbadan dua memang cukup membahagiakan. Separuh lagi perjalanan ini harus ditempuhi ibu bersama bayi dalam kandungan. Kini, wajah si kecil anda sedang membentuk sempurna. Agaknya si kecil itu iras-iras wajah anda atau suami ya?

Perkembangan janin 24 minggu. Lihat bagaimana si kecil itu membesar dan berkembang dalam minggu ini.

Namun, ibu tetap harus terus menjaga tahap kesihatan diri supaya anda dan bayi tetap dalam keadaan yang baik sehingga melahirkan. 

Perkembangan janin 24 minggu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/pChart week24 78.jpg Indahnya ciptaan tuhan apabila wajah bayi terbentuk pada minggu ke 24

  • Kini, wajah bayi anda mula terbentuk sepenuhnya. Telinganya juga tumbuh dengan sempurna dan dapat mendengar sebarang bunyi-bunyian. 
  • Mata dan bulu mata terbentuk, walaupun kelopak mata di tutup. Dia juga akan memulakan pergerakan mata pada minggu ini. 
  • Otaknya semakin berkembang. 
  • Paru-paru sedang mengembangkan laluan pernafasan.
  • Bayi yang lahir sewaktu 24 minggu mempunyai peluang 50/50 untuk hidup. (kelahiran pramatang) 

Simptom perkembangan janin 24 minggu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/berita campur.com .jpg Indahnya ciptaan tuhan apabila wajah bayi terbentuk pada minggu ke 24

kredit: bercita campur.com

  • Pusat anda akan menonjol terkeluar dan perut juga sudah nampak baby bump. Bahkan, menjelang minggu ini juga anda akan naik berat badan antara tujuh ke lapan kilogram secara keseluruhan dengan purata berat badan anda. 
  • Anda akan melihat tanda regangan yang kelihatan pada perut dan payudara. Selain mendapati terdapatnya garis gelap yang dipanggil linea nigra antara pusat hingga kemaluan. 
  • Keghairahan terhadap seks akan menurun kerana letih dan sakit.

Penjagaan kehamilan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/giamsejong.com .jpg Indahnya ciptaan tuhan apabila wajah bayi terbentuk pada minggu ke 24

kredit: giamsejong.com

  • Bagi mengekalkan tahap kesihatan badan dan mengurangkan regangan di bahagian tubuh. Dapatkan menu keju, susu dan soya dalam diet setiap hari. Selain amalkan makanan bersumberkan vitamin c dan banyak makan sayur. 
  • Jika anda mengalami gatal-gatal kemerahan. Elakkan badan dari berpeluh dan berpanas. 

Semakan 

  • Lakukan ujian glukosa bagi mengetahui sama ada anda menghidap diabetes atau tidak. Keadaan ini berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengawal kadar gula.
  • Minum banyak air supaya dapat menghilangkan rasa dahaga yang melampau pada minggu ini. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: solusi sehatku.com

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparentSingapore untuk diterjemahkan

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 23

Minggu seterusnyaMinggu ke – 25