Warna mata bayi sudah nampak masuk usia kandungan 26 minggu!

lead image

Anda pasti teruja nak tahu perkembangan janin 26 minggu, kan? Di sini, kami sediakan panduan lengkap untuk anda. Jom semak apa perkembangan kandungan kini!

Tahukah anda, salah satu perkembangan janin 26 minggu yang sungguh menerujakan ialah warna mata mereka sudah boleh dilihat sekarang? 

Jom ketahui lagi apa perkembangan janin 26 minggu jika anda menghalakan cahaya pada perut. Dan ibu, ehem, inilah masanya untuk beri alasan nak shopping pada pasangan.

Jom lakukan shopping therapy dengan membeli baju mengandung baru! Ia salah satu terapi yang bagus sebelum anda menghabiskan trimester kedua ini.

Perkembangan janin 26 minggu: Bayi besar mana sekarang?

Bayi anda kini sudah sebesar sayur salad. Alahai, sudah besarlah anak ibu ini!

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 26 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu ke dua puluh enam, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 26, perkembangan janin minggu ke 26, perkembangan bayi minggu dua puluh enam, tumbesaran janin minggu 26, tumbesaran janin minggu ke dua puluh enam

Perkembangan janin 26 minggu

Dalam minggu ini, bayi anda sudah boleh:

  • Anda memang tak boleh melihat warna mata bayi sampai mereka berumur 6 bulan kelak, tapi kini, bayi anda sudah boleh membuka matanya. Warna matanya juga sudah kelihatan.
  • Sistem pendengarannya (organ cochlea dan peripheral sensory) sudah hampir terbentuk sepenuhnya
  • Karung udara paru-paru atau alveoli juga sudah terbentuk sepenuhnya menjelang akhir minggu ini.

Perkembangan janin 26 minggu: Simptom kehamilan

  • Perut anda semakin ketara (naik 6.35 cm dari pusat)
  • Anda akan susah tidur kerana menghadapi masalah sakit belakang, pedih ulu hati, dan kekejangan kaki.
  • Anda juga mungkin akan mengalami tekanan darah tinggi. Jangan lupa untuk periksa tanda-tanda praeklampsia.
  • Rahim semakin berkembang
  • Pandangan anda semakin kabur. Ia kerana hormon telah mengurangkan pengeluaran air mata. Jadi, mata menjadi kering

Penjagaan kehamilan

  • Jaga pemakanan dan kerap bersenam untuk menguatkan dinding rahim anda sebagai persediaan untuk bersalin
  • Jika anda kerap sakit ligamen, cuba lakukan senaman ringan yang melibatkan tulang punggul

Checklist anda

  • Buat photoshoot
  • Pergi shopping untuk cari baju mengandung baru yang mampu melindungi perut
  • Cari pakej hospital bersalin

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 25

Minggu seterusnyaMinggu ke - 27