Masuk ke minggu 27, bayi sudah boleh mendengar dengan baik

lead image

Ketahui lebih lanjut perkembangan janin pada minggu ke 27 ini. Namun, ibu harus berehat dan melakukan senaman ringan supaya tubuh tetap cergas dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan ini

Adakah anda sudah berada di minggu ke 27 hamil? Berikut merupakan perkembangan janin 27 minggu yang anda harus tahu. 

Adakah tumbesaran dan simptom ini sama seperti mana yang anda alami sekarang? Jika ya, Alhamdulillah tumbesaran bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan membesar dengan sempurna. 

Perkembangan janin 27 minggu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/pChart week27 78.jpg Masuk ke minggu 27, bayi sudah boleh mendengar dengan baik

  • Keupayaan pendengaran bayi semakin kuat pada minggu ini.
  • Bayi akan memulakan kitaran cegukan (hiccup) dan bertindak balas terhadap makanan yang anda makan. Sekiranya mengambil makanan pedas, ibu mungkin akan merasakan kekejangan perut. 
  • Bayi mula menghisap ibu jari. Sekaligus, membantu menguatkan rahang dan pipinya. 

Simptom kehamilan perkembangan janin 27 minggu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/alo dokter.jpg Masuk ke minggu 27, bayi sudah boleh mendengar dengan baik

kredit: alo dokter

  • Anda akan merasa cengkaman yang kuat di kawasan rahim selama beberapa minit. Namun itu bukan membuatkan anda rasa sakit tapi hanya kurang selesa. Ia dipanggil kontraksi braxton hicks yang bermaksud tubuh ibu bersedia untuk rasai kontraksi sebenar. Jadi banyakkan berehat. 
  • Mengalami bengkak ringan di bahagian buku lali, kaki dan tangan. Hal ini berpunca kerana cecair terkumpul di dalam badan ibu akibat peningkatan aliran darah dan tekanan rahim pada vena cava. 
  • Ibu mungkin mengalami keradangan, bengkak atau pendarahan gusi.
  • Kaki mengelami kekejangan otot kemungkinan disebabkan kekurangan zat besi. 

Penjagaan kehamilan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/ibu dan balita.jpg Masuk ke minggu 27, bayi sudah boleh mendengar dengan baik

kredit: ibu dan balita

  • Bagi menguatkan gusi, amalkan penjagaan gigi yang baik. Berjumpa doktor sekiranya pendarahan gusi semakin teruk dan berterusan. Oleh sebab itu, pastikan anda berkumuh selepas makan. 
  • Sekiranya mengalami kekejangan otot di bahagian kaki, lakukan senaman lembut bagi melegakan kesakitan itu. 

Semakan 

  • Rujuk doktor untuk maklumat mengenai penyusuan susu ibu. 
  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Lakukan sesi pemeriksaan kehamilan mengikut tarikh temujanji yang telah diberikan jururawat. 

Semoga artikel ini memberi manfaat pada anda yang telah berada di fasa perkembangan janin 27 minggu. Kongsikan di laman sosial anda. 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 26

Minggu seterusnyaMinggu ke – 28