Tulang bayi semakin mengeras ketika minggu ke 33

lead image

Bagaimana dengan kehamilan anda sekarang? Adakah semuanya baik-baik saja atau terdapat komplikasi tertentu?

Dalam perkembangan janin 33 minggu ini, saiz si kecil itu berbentuk seperti buah nenas. Bahkan, dia juga dapat membezakan siang dan malam. 

Walauapapun, sekarang adalah masa yang tepat untuk memanjakan diri sebelum tibanya due date yang dinantikan berminggu lamanya. 

Jom lihat lebih teliti dan terperinci perkembangan janin 33 minggu ini. 

Perkembangan janin 33 minggu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/pChart week33 78.jpg Tulang bayi semakin mengeras ketika minggu ke 33

  • Kini, bayi dapat membezakan antara siang dan malam kerana terdapatnya cahaya menerusi dinding uterus yang nipis.
  • Dia akan menutup mata semasa tidur dan membukanya ketika bangun. 
  • Perkembangan sistem imum badan. 
  • Perkembangan sistem pernafasan. 
  • Tulangnya mengeras. 
  • Dia juga menjalani perkembangan otak utama. 

Simptom perkembangan janin 33 minggu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/dedaunan.com .jpg Tulang bayi semakin mengeras ketika minggu ke 33

kredit: dedaunan.com

  • Oleh sebab kadar metabolisme anda mencapai tahap maksima. Anda akan merasa panas sepanjang masa. 
  • Sukar untuk tidur dengan lebih nyenyak. Bahkan berlakunya kekejangan kaki dan pedih ulu hati. 
  • Sakit kepala dan cemas sepanjang masa menjadi masalah biasa.
  • Mengalami dan rasai pergerakan janin yang kuat dalam rahim. 
  • Kuku rapuh akibat perubahan hormon.
  • Sakit di bahagian perut dan pangkal paha. Ini perkara biasa yang dialami wanita hamil pada minggu ke 33 ini. 
  • Kadang-kadang berlakunya sesak nafas. 
  • Mungkin merasa kekok untuk melakukan sesuatu perkara atau menjadi pelupa. 

Penjagaan kehamilan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/nokoartdesign.hu .jpg Tulang bayi semakin mengeras ketika minggu ke 33

  • Bila sudah masuk ke minggu ke 33 ini, elakkan bersenam dan dapatkan tidur yang mencukupi supaya tubuh tetap bertenaga. 
  • Jika tetap ingin melakukan senaman ringan, jangan angkat benda-benda berat. 
  • Pastikan tubuh tetap dehidrasi dan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari. 
  • Elakkan perut berlapar. 

Semakan 

  • Bagi mengurangkan kebimbangan, belai tubuh dengan mandian hangat yang menyegarkan. 
  • Minum secawan susu panas sebelum tidur dan dengar lagu kegemaran yang boleh bantu melegakan pemikiran anda. 

Justeru, walaupun perut anda semakin membesar. Ibu harus tetap terus bersemangat sehingga tibanya hari persalinan. Paling penting selalu berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran supaya debaran di hati dapat di atasi.

Biasalah, bila sudah masuk ke trimester ketiga ini ibu akan rasa lebih takut dan keliru. Sebab itu, ayat-ayat suci Al-Quran ini dapat mengurangkan perasaan itu. Tapi jangan lupa ya kongsikan artikel ini di laman sosial anda. 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 32

Minggu seterusnyaMinggu ke – 34

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!