Bayi akan kenal lagu yang anda nyanyi pada 34 minggu

lead image

Antara perkembangan janin 34 minggu adalah mereka boleh mendengar setiap perbualan anda, Malah mereka akan kenal lagu yang anda nyanyi bila lahir nanti!

Berhati-hati apabila bercakap kerana bayi anda dah boleh mendengar suara dan perbualan anda di usia 34 minggu ini! Malah, anak anda mungkin akan suka jika anda nyanyikan satu dua lagu untuk mereka.

Beberapa pakar mengatakan yang selepas lahir, bayi boleh kenal dengan lagu yang ibu nyanyikan semasa mereka dalam kandungan; mereka akan mudah tenang dengan lagu yang mereka biasa dengan semasa mereka dalam kandungan.

Perkembangan janin 34 minggu: Bayi anda besar mana?

Berat bayi anda sekarang sudah mencecah 2.1 kg dan ketinggian mereka adalah 45 cm. Saiz mereka sekarang adalah sebesar cantaloupe iaitu buah yang seakan-akan tembikai susu.

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, tumbesaran janin, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin 34 minggu, perkembangan janin minggu ke 34, perkembangan janin minggu 34, perkembangan bayi minggu 34, tumbesaran janin minggu 34, tumbesaran janin minggu ke 34

Perkembangan janin 34 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Bayi anda sedang membentuk lapisan lemak yang banyak untuk memanaskan badannya.
  • Sistem saraf mereka sedang terbentuk dengan cepat sekarang.
  • Kuku jari dan kaki mereka sudah tumbuh.
  • Jika bayi anda lelaki, minggu ini testikalnya turun dari abdomen ke skrotum.

Perkembangan janin 34 minggu: Simptom kehamilan

  • Anda akan merasa sangat letih dari biasa kerana ketegangan yang anda alami.
  • Keputihan juga akan semakin banyak kerana hormon yang tak menentu.
  • Tekanan darah rendah boleh buatkan anda rasa pening.
  • Anda mungkin akan mengalami penglihatan yang kabur dan ini hanyalah sementara saja.
  • Anda masih akan sering berulang-alik ke tandas.
  • Kerana perut anda yang semakin besar, paru-paru tak dapat berkembang dengan penuh dan membuatkan anda cepat tak cukup nafas.
  • Kaki kejang adalah biasa sekarang kerana berat kandungan, bengkak dan keletihan sedang memuncak.

Perkembangan janin 34 minggu: Penjagaan kandungan

  • Cuba untuk mendapatkan rehat sebanyak yang mungkin dan buat aktiviti yang boleh buat anda gembira dan sibuk.
  • Lakukan senaman yang ringan saja pada minggu ini.
  • Banyakkan minum air pada waktu siang untuk mengelakkan anda rasa haus pada waktu malam.
  • Jika anda mengalami bintik-bintik merah disekitar peha, punggung atau perut, anda mungkin mengalami pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP). Lebih dari 1% wanita mengandung menghidapi PUPPP,tapi keadaan ini tak merbahaya tapi anda boleh dapatkan nasihat doktor jika anda tak selesa atau sekiranya anda memerlukan rawatan yang lanjut.

Perkembangan janin 34 minggu: Checklist

  • Pastikan beg hospital anda sudah lengkap.

 

 

 

 

 

 

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 33

Minggu seterusnyaMinggu ke - 35