Buah pinggang dan hati bayi sudah terbentuk pada minggu ke - 35!

lead image

Salah satu perkembangan janin 35 minggu yang pasti akan menerujakan anda ialah buah pinggang dan hati bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Hebat, kan?

Tahukah anda salah satu perkembangan janin 35 minggu ialah hati dan buah pinggangnya sudah terbentuk dengan sempurna? Sangat hebat, kan?

Untuk ibu pula, ini antara simptom kehamilan dan penjagaan yang harus anda lakukan. Tapi sebelum itu, ayuh kita lihat bayi anda sudah besar mana sekarang.

Perkembangan janin 35 minggu: Bayi besar mana sekarang?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/12/pChart week35 78.jpg Buah pinggang dan hati bayi sudah terbentuk pada minggu ke   35!

Wah, sudah sebesar buah tembikau susu lah bayi anda itu sekarang! 

Perkembangan janin 35 minggu

Pada minggu ini, bayi anda akan mula:

  • Terus menambah berat badannya. Hingga kini, badannya sudah memiliki 15% lemak
  • Bayi juga semakin kerap menendang
  • Buah pinggang dan hati bayi anda kini sudah bersedia untuk memproses 
  • Mindanya juga semakin berkembang dengan pesat

Perkembangan janin 35 minggu: Simptom kehamilan

  • Perut anda makin membesar, kini, rahim telah mengembang hingga ke tulang rusuk
  • Masalah pedih ulu hati sering terjadi
  • Anda juga tak berhenti pergi tandas
  • Anda mungkin akan mengalami kekurangan kawalan pada pundi kencing bila anda batuk, bersin dan ketawa
  • Sakit kepala
  • Ruam kulit juga antara masalah yang akan mengganggu
  • Anda akan perasan ada pendarahan pada gusi
  • Anda tidak akan berhenti rasa clumsy
  • Anda mungkin akan mengalami beberapa kontraksi palsu (Braxton Hicks) kerana badan sedang mempersiapkan diri untuk bersalin

Perkembangan janin 35 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kerap melakukan pemeriksaan pada vagina dan rektum bagi mengelak bakteria
  • Amalkan senaman Kegel untuk menguatkan otot pelvis
  • Jangan lupa minum air
  • Amalkan diet yang sihat
  • Semakin hampir nak bersalin, semakin anda akan nervous. Tenangkan diri dengan mengalih pemikiran anda

Checklist anda

  • Jom basuh baju bayi! Ia sedikit sebanyak membantu anda kekal bertenang
  • Jika anda masih tidak tahu apa rancangan bila nak beranak kelak, inilah masanya untuk study. Simpan semua no telefon penting!

 

 

 

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 34

Minggu seterusnyaMinggu ke - 36

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!