Bayi Anda Sudah Cukup Tempoh Matang Pada 37 Minggu!

Perkembangan janin 37 minggu adalah bayi anda kini sudah cukup tempoh matang, dan jika bayi anda lahir sekarang, mereka tak perlu dirawat seperti pramatang.

Apabila kandungan anda sudah memasuki 37 minggu, bayi anda sudah cukup tempoh. Mereka sudah cukup matang untuk dilahirkan. Jadi, apa lagi perkembangan janin 37 minggu ini?

Perkembangan janin 37 minggu: Bayi anda besar mana?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, tumbesaran janin, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin 37 minggu, perkembangan janin minggu ke 37, perkembangan janin minggu 37, perkembangan bayi minggu 37, tumbesaran janin minggu 37, tumbesaran janin minggu ke 37

Perkembangan janin 37 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Bayi anda sudah dikira cukup matang pada 37  minggu.
  • Kepala mereka dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvik anda dan kepala mereka berehat di kaviti pelvik anda.
  • Mereka kini mempunyai rambut lebih dari 3.5 cm panjang dan tak lagi mempunyai lanugo, iaitu lapisan rambut si seluruh badannya.
  • Mereka sedang berguling, merenggang dan bergerak dengan lebih banyak dan menghisap ibu jari mereka. mereka juga suka berputar kiri ke kanan dan mengelipkan mata.
  • Mereka menyimulasikan pernafasan dengan memasukkan dan mengeluarkan air ketuban.

Simptom kehamilan

Bayi Anda Sudah Cukup Tempoh Matang Pada 37 Minggu!

Kredit: Freepik

  • Selain dari berat yang tak selesa pada perut anda, tak dapat tidur juga boleh dialami akibat dari mimpi yang tegang disebabkan oleh kecemasan anda untuk melahirkan anak dan menjadi seorang ibu.
  • Seperti yang anda tahu, keputihan berlebihan adalah normal, tapi perhatikan jika anda melihat mukus dengan darah, ini bermakna anda sudah mahu bersalin. Jika keputihan anda terlebih banyak, telefon doktor anda secepatnya.

Penjagaan kehamilan

perkembangan janin 37 minggu

Kredit: Freepik

  • Anda perlu kekal hidrasi walaupun anda rasa perut anda kembung. Ianya sangat penting untuk anda minit 8 gelas sehari bagi memudahkan pengekalan cecair dalam badan.
  • Beri urutan perineal sebagai persediaan untuk hari bersalin. Ini boleh membantu anda untuk merenggangkan perineum (kawasan kulit antara vagina dan rektum) bagi mengelakkan dari episiotomi dan koyakan.
    • Ini adalah cara untuk membuat urutan perineal: Dengan tangan yang bersih dan kuku yang sudah dipotong, lincirkan ibu jari anda dan letakkannya ke dalam vagina.
    • Tekan ke bawah ke arah rektum anda dan luncurkan ibu jari anda merentasi bawah dan tepi perineum anda, tarik dengan lembut bahagian luar dan depan bahagian bawah vagina dengan ibu jari masih di dalam.
    • Ini dapat membantu anda untuk merenggangkan kulit seperti kepala bayi semasa bersalin.

Perkembangan janin 37 minggu: Checklist

  • Daftarkan diri anda ke hopsital pilihan bagi memudahkan anda untuk masuk semasa hendak bersalin nanti.

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 36

Minggu seterusnyaMinggu ke – 38

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Cramp Kaki Ketika Hamil, Paling Penting Minum Air Kosong Secukupnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!