Bayi Anda Akan Mula "Turun" Apabila Masuk Minggu ke-38!

Apa agaknya perkembangan janin 38 minggu? Saat ini, mereka sudah mula "turun" ke kawasan pelvik anda. Ibu, bersedia untuk bakal bersalin kelak!

Salah satu perkembangan janin 38 minggu yang anda akan mula perasan ialah mereka sudah mula “turun” ke saluran peranakan.

Antara lain yang perlu anda tahu sudah disenaraikan seperti di bawah.

Perkembangan janin 38 minggu: Bayi anda besar mana sekarang?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 38 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu ke 38, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 38, perkembangan janin minggu ke tiga lapan, perkembangan bayi minggu tiga puluh lapan, tumbesaran janin minggu 38, tumbesaran janin minggu ke tiga lapan

Perkembangan janin 38 minggu

Dalam minggu ini, apa yang terjadi pada kandungan anda ialah:

  • Sebahagian besar organ bayi telah berkembang sepenuhnya.
  • Tapi, bayi masih perlu membangunkan paten pernafasan normal selepas lahir kelak
  • Kuku bayi sedang berkembang sekarang

Simptom kehamilan

Bayi Anda Akan Mula Turun Apabila Masuk Minggu ke-38!

Kredit: Freepik

  • Kaki dan buku lali anda mungkin membengkak. Tapi jika anda mengalami bengkak di tangan atau muka, sila dapatkan nasihat pakar perubatan.
  • Hati-hati dengan simptom praeklampsia seperti sakit kepala, pandangan kabur, pening, muntah-muntah dan kesakitan di bahagian abdomen. Jika anda ada tanda-tanda ini, segera ke hospital
  • Payudara akan mula mengeluarkan kolostrum, sejenis cecair kuning yang merupakan permulaan bagi susu ibu. Kolostrom kaya dengan antibodi yang boleh melindungi bayi.
  • Kolostrom juga lebih banyak protein, kurang lemak, dan kurang gula dari susu badan
  • Kaki dan kawasan vagina anda akan rasa sedikit “tidak selesa” kerana bayi sudah semakin turun ke pelvis anda

Penjagaan kehamilan

perkembangan janin 38 minggu

  • Jika payudara anda asyik mengeluarkan kolostrum, letak nursing pads di bra. Jika anda masih tiada kolostrum, jangan panik. Payudara anda sedang bekerja untuk menghasilkannya. Kelak, bayi akan minum kolostrum anda

Checklist anda

  • Periksa balik senarai semak anda. Pastikan semuanya lengkap sebelum bayi dilahirkan
  • Beli pam payudara jika anda mahu menggunakannya kelak.

Diharap artikel ini dapat membantu anda. Selamat berjaya!

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 37

Minggu seterusnyaMinggu ke – 39

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat – Apa Perlu Buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!