Bayi anda besar mana pada usia kandungan 4 minggu ini?

lead image

Bayi anda dalam kandungan akan mula menjadi embrio dan akan memulakan pembetukan organ. Semak panduan perkembangan janin 4 minggu ini.

Mummy, ini adalah panduan perkembangan janin 4 minggu. Jom lihat?

Perkembangan janin 4 minggu: Bayi anda besar mana?

Ini adalah minggu permulaan pertumbuhan bayi anda walaupun mereka masih sangat-sangat kecil.

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 4 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu keempat, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 4, perkembangan janin minggu keempat, perkembangan bayi minggu empat, tumbesaran janin minggu 4, tumbesaran janin minggu keempat

Perkembangan bayi 4 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Kantung amnion mula terbentuk. Ini akan menjadi rumah kepada bayi anda hingga tiba masa mereka untuk lahir. Kantung kuning juga akan terbentuk untuk menghasilkan sel darah merah bayi anda. Kanting kuning ini juga bertanggungjawab untuk menghantar nutrisi kepada bayi sehingga uri terbentuk dan bersedia untuk mengambil alih tugas ini.
  • Ini adalah permulaan kepada aktiviti penting untuk bayi anda. Dari sekarang hingga 6 minggu yang berikutnya, semua organ akan mula terbentuk (ada yang akan mula berfungsi!)

Perkembangan janin 4 minggu: Simptom kehamilan

  • Anda mungkin telah membeli pregnancy test untuk mengesahkan kehamilan anda. Tak semua wanita yang boleh tahu tentang kejamilan mereka. Keputusan paling tepat adalah seminggu selepas hari anda sepatutnya datang haid.
  • Anda mungkin belum rasa apa-apa perubahan, tapi bersiap sedia untuk mendapat morning sickness dalam masa terdekat ini.
  • Anda mungkin mengalami kembung perut kerana peningkatan progesteron, hormon kehamilan.
  • Anda mungkin akan mengalami kekejangan dan sedikit pendarahan, ini kerana bayi anda berpindah ke tiub fallopio dan melekat ke dinding rahim.
  • Hormon tak menentu akan menyebabkan anda mengalami mood swing.

Perkembangan janin 4 minggu: Penjagaan kandungan

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 4 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu keempat, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 4, perkembangan janin minggu keempat, perkembangan bayi minggu empat, tumbesaran janin minggu 4, tumbesaran janin minggu keempat

  • Apabila anda tahu anda hamil, anda perlu berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  • Elakkan makanan mentah untuk mengelakkan e-coli dan jangkitan salmonella.
  • Elakkan makan ikan tinggi kandungan merkuri seperti jerung, ikan todak dan ikan kembung.

Perkembangan janin 4 minggu: Checklist untuk anda

  • Jika ujian kehamilan anda positif, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut tentang kandungan anda.
  • Anda perlu membuat senarai ubat yang perlu anda ambil, sama ada ianya selamat untuk diteruskan semasa hamil. Periksa dengan doktor.
  • Anda perlu beri perhatian pada makanan yang anda makan dan mula mengambil vitamin kehamilan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Minggu sebelumnya: Minggu 1 - 3

Minggu seterusnya: Minggu ke - 5