Kandungan anda dah masuk 40 minggu dah officially due!

lead image

Bayi anda akan lahir pada bila-bila masa saja! Sementara menunggu bakal kelahiran cahaya mata anda ini, jom baca perkembangan janin 40 minggu ini.

Yay! Anda sudah pun masuk minggu ke 40! Ini adalah merupakan minggu official due date anda. Jom ketahui perkembangan janin 40 minggu dan semak persediaan anda untuk melahirkan bayi pada bila-bila masa ini.

Perkembangan janin 40 minggu: Bayi anda besar mana?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/11/pChart week40 78.jpg Kandungan anda dah masuk 40 minggu dah officially due!

Perkembangan janin 40 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Kerana mereka belum lagi hendak keluar dari kanal kelahiran anda, tengkorak bayi anda masih belum bersatu. Ini akan memberikan tulang untuk bertindih sedikit jika kanal kelahiran anda sedikit ketat.
  • Ini dipanggil membentuk dan menjelaskan kenapa kepala bayi anda berbentuk bujur dan bukan bulat.

Perkembangan janin 40 minggu: Simptom kehamilan

Semasa minggu-minggu terakhir kandungan, simptom-simptom yang sama anda alami akan berterusan. Tugas anda adalah untuk bertahan semasa anda mengalami:

  • Kejang kaki. Pastikan anda merenggangkan kaki selalu supaya kekejangan kaki ini tak mengganggu tidur anda.
  • Bayi anda akan turun dengan lebih rendah menyebabkan ketidakselesaan di kawasan pelvik menjadi lebih teruk.
  • Sukar untuk tidur. Jika anda susah tidur anda boleh lakukan aktiviti seperti membaca atau menulis. Aktiviti yang tak memenatkan kerana anda perlu berehat.
  • Sakit kontraksi Braxton Hicks akan bertukar menjadi kontraksi sebenar. Kira jarak kontraksi anda, jika ia semakin hampir itu tanda anda dah mula hendak bersalin.
 

Perkembangan janin 40 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Ketahui cara untuk mengenal jika air ketuban anda pecah. Air ketuban biasanya tak berwarna dan tak berbau. Jika anda perasan cecair berwarna kekuningan dan berbau ammonia, itu mungkin air kencing bocor.
  • Cara lain untuk mengetahui sama ada ia air ketuban atau air kencing adalah dengan mengemut otot pelvik anda. Jika ia berhenti, tandanya air kencing. Jika tak air ketuban. Jika cecair tersebut berwarna hijau atau coklat, telefon doktor anda segera kerana ini mungkin petanda yang bayi anda telah buang air besar dalam rahim.

Perkembangan janin 40 minggu: Checklist

  • Jika semua barang telah siap disediakan, pastikan bateri telefon anda telah dicas dan minyak kereta sudah diisi kerana anda boleh bersalin pada bila-bila masa saja.
  • Kalau boleh, dapatkan rehat dan tidur dengan cukup.

 

 

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 39

Minggu seterusnyaMinggu ke - 41