Anda sudah bersedia nak beranak masuk minggu ke - 41?

lead image

Kandungan sudah masuk 41 minggu? Agak-agak apa perkembangan janin 41 minggu yang ibu perlu tahu? Ibu kini harus bersedia untuk bakal beranak kelak.

Salah satu perkembangan janin 41 minggu yang buat anda excited namun masih takut ialah bayi akan sedia untuk dilahirkan. Yay!

Tahniah ibu. Tidak lama lagi, anda akan dapat memeluk bayi yang dikandung ini. Dalam masa menanti, jom kita study apa yang akan dialami anda minggu ini. 

Yang paling penting ialah anda perlu bawa bertenang.

Perkembangan janin 41 minggu: Bayi besar mana sekarang?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 41 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu ke 41, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 41, perkembangan janin minggu ke empat satu, perkembangan bayi minggu empat puluh satu, tumbesaran janin minggu 41, tumbesaran janin minggu ke empat satu

Bayi anda sudah sebesar buah nangka. Pada minggu ini:

  • Sistem penghadaman bayi sudah bersedia. Bayi akan mengalami perubahan hormon di mana hormon stress akan dilepaskan.
  • Tapi jangan risau! Hormon ini akan membantu bayi menyesuaikan diri dengan dunia luar kelak
  • Pergerakan bayi akan mula berkurang. Ini bermaksud bayi sudah semakin besar dan agak "sempit" nak bergerak

Perkembangan janin 41 minggu: Simptom kehamilan

  • Pada minggu ke - 41, anda mungkin sudah bersedia untuk beranak. Lihat tanda-tanda nak bersalin seperti air ketuban pecah (air ini warna jelas, tak seperti air kencing yg warna kekuningan), keluar darah sedikit, kontraksi yang kerap (jangan tersalah dengan Braxton Hicks)
  • Anda akan kerap kencing, sakit di bahagian pelviks, cirit-birit

Perkembangan janin 41 minggu: Penjagaan kesihatan

  • Duduk dekat dengan tandas - bayi akan buat anda lebih kerap rasa nak kencing
  • Bagi body anda relaks dengan berendam dalam tab mandi atau kolam. Air memberi lebih keselesaan sepanjang masa ini

Checklist anda

  • Bawa bertenang. Walaupun anda telah lepas minggu ke- 40, tapi ia tak bermaksud anda sudah terlambat nak beranak. 
  • Anda perlu berbincang dengan doktor tentang proses induce *jika ia akan digunakan kelak
  • Simpan no yang penting

 

 

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 40

Minggu seterusnyaMinggu ke - 42