Perkembangan Kandungan 43 Minggu, Panduan Kehamilan Mengikut Minggu

Meski bayi anda belum bersedia untuk keluar, tetaplah pantau dan jangan lupa untuk mengira gerak bayi di saat-saat akhir ini.

Memasuki kehamilan usia 43 minggu, ibu hamil mesti teruja dan tertanya-tanya, bilakah bayi ini akan lahir? Apakah bayi anda benar-benar selesa di dalam rahim? Walau bagaimanapun bayi perlu dilahirkan segera. Jom kita semak apa yang terjadi pada perkembangan janin 43 minggu ini.

Meski bayi anda belum bersedia untuk keluar, tetaplah pantau dan jangan lupa untuk mengira gerak bayi di saat-saat akhir ini. Ada kemungkinan bayi mungkin kurang bergerak kerana tidak punyai ruang lagi. Namun penting untuk anda pastikan pergerakan si manja mencukupi dalam sehari. 

Berada di dalam rahim lebih lama mungkin akan membuat berat badan bayi anda bertambah lebih besar sehingga anda pun harus melahirkan bayi yang besar. Jadi jangan takut sekiranya doktor menyarankan anda untuk melahirkan bayi secara caesar. Ingat, yang penting anda dan bayi selamat!

Yang perlu anda perhatikan, pada kehamilan overdue ini adalah perhatikan juga kedudukan uri yang kebiasaannya akan menurun, malah kuantiti air cecair amniotik juga akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan bayi akan mendapat kekurangan oksigen dan nutrisi. Selain itu, antara risiko lain adalah tali pusat akan terbelit lantas memberi komplikasi kepada bayi. 

perkembangan janin 43 minggu

Gejala kehamilan apabila perkembangan janin 43 minggu

Pada minggu ini, perut ibu akan mula memulas dan meningkatkan keinginan untuk buang air kecil, sengal punggung dan beberapa bahagian tubuh mudah membengkak kerana pengekangan air. Semua gejala ini akan lebih ketara sehinggalah tiba waktu kelahiran bayi. 

Anda masih akan berasa ketidakselesaan ketika tidur, perut semakin besar dan berat badan kian bertambah. Anda juga akan merasakan ketegangan pada punggung dan bahagian pangkal rahim. Untuk mengatasinya cuba banyakkan rehat, elakkan berjalan dan berdiri terlalu lama. Anda juga boleh lakukan senaman ringan, seperti duduk di atas bola gym dan melakukan yoga bersalin. 

Apa yang perlu anda peka selepas kehamilan cecah 43 minggu

perkembangan janin 43 minggu

Pregnant woman with concept of love, heart applied as a stretch mark cream

Pastikan anda sudah mula berkemas! Periksa dan semak kembali barang-barang yang diperlukan sama ada cukup atau tidak. Ada kemungkinan doktor akan meneruskan prosedur lahir caesar jadi, mungkin ada kelengkapan tambahan yang perlu disediakan. Jika doktor anda menyatakan anda boleh meneruskan kelahiran normal, jadi lakukan beberapa tips yang mampu mempercepatkan kelahiran. 

Bagi ibu yang ingin melahirkan normal, jangan pula terlalu ingin memaksa diri. Anda perlu ingat apa yang penting pada waktu kritikal ini adalah anda dan bayi anda selamat. Tidak semua yang anda rancang waktu awal kehamilan akan menjadi seperti yang dijangka. Jadi ini anda perlu tahu sejak awal lagi. Dan sentiasa pertimbangkan saranan doktor, bincang bersama pasangan dan capai kata putus dengan rasional. 

perkembangan janin 43 minggu

Checklist kehamilan perkembangan janin 43 minggu

Pemeriksaan rutin adalah senarai penting yang perlu anda lakukan minggu ini. 

Pastikan semua persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sudah dibuat, jangan tunggu lagi saat akhir, anda sudah pun overdue. 

Relaks, dan jangan terlalu memikirkan. Apa yang penting adalah anda sentiasa peka dengan pergerakan bayi, pastikan cukup gerakannya dalam masa sehari. Doktor akan terus memantau dan membimbing anda dalam saat-saat akhir ini. Tenang dan berfikir positif ya! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!