X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

5 min bacaan
Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

Tahukah anda salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah otak dan saraf tulang belakang janin sedang berkembang? Sebab itu anda harus elak aktiviti bahaya!

Perkembangan janin 5 minggu kebiasaannya masih belum diketahui sepenuhnya oleh para ibu dan ayah di luar sana. Walau bagaimanapun, tahniah kerana sudah hamil sehingga ke tahap ini! Seperti biasa, apabila kandungan sudah mulai mencecah bulan kedua, pastinya ibu ayah di luar sana mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa perkembangan janin 5 minggu ini, bukan?

Jangan bimbang, kami akan memberitahu segalanya kepada anda yang masih belum tahu.

Isi Kandungan

  • Perkembangan Janin 5 Minggu
  • Simptom Kehamilan
  • Apa Ibu Perlu Buat
  • Penjagaan Trimester Pertama
  • Berapa Besarkah Bayi Anda Sekarang?

Perkembangan Janin 5 Minggu: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

perkembangan janin 5 minggu

Kehamilan adalah merupakan satu saat yang sememangnya diimpikan oleh setiap wanita. Malah, bagi mereka yang ingin sangat hamil, pastinya mereka akan membaca pelbagai artikel tentang tanda kehamilan kan?

Jangan bimbang, ibu-ibu. Di sini kami sediakan beberapa perkara anda perlu ketahui dan lakukan jika disahkan hamil 5 minggu.

#1. Perkembangan Janin 5 Minggu: Scan Pertama

Jika kandungan anda berjalan lancar, imbasan ultrasound pertama boleh dilakukan sekitar 10 ke 14 minggu kehamilan. Ada juga yang melakuan scan kehamilan atau imbasan ultrasound seawal enam minggu kehamilan.

Doktor akan meminta anda berbuat demikian jika terdapat kebimbangan tertentu.  Contohnya, jika ibu mengalami pendarahan ketika di awal kehamilan kerana doktor perlu merujuk pada imbasan tersebut jika anda pernah mengalami keguguran sebelumnya.

#2. Perkembangan Janin 5 Minggu: Morning Sickness (Mabuk Hamil)

Sekurang-kurangnya 60% daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini.

Tahap keterukan mabuk hamil pula berbeza antara wanita. Ada yang langsung tidak mengalami mabuk hamil ketika usia kandungan enam atau tujuh minggu. Perkara itu adalah normal kerana mabuk hamil jarang berlaku pada peringkat awal. Ia mungkin akan mula hadir sekitar lapan ke sembilan minggu dengan rasa loya, mual, hilang selera makan dan kerap muntah.

#3. Perkembangan Janin 5 Minggu: Spotting (Tompokan Coklat)

Tompokan coklat (spotting) kebiasaannya akan mengundang kerisauan buat segelintir para ibu di luar sana. Namun, dalam kebanyakan kes spotting ini, ia adalah keadaan normal dan biasa berlaku.

Untuk pengetahuan umum, para ibu yang mengalami keputihan yang cair, berwarna jelas atau putih iaitu nama saintifiknya leukorea, merupakan keadaan biasa bagi seorang wanita.

Cairan ini boleh hadir dalam pelbagai warna dan ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah yang mungkin berlaku di dalam faraj. Malah, semasa berbadan dua, hormon kehamilan yang dialami menjadikan cairan faraj ini lebih pekat.

Punca spotting hamil ini adalah selalunya kerana kerengsaan. Kenaikan perubahan hormon dan peningkatan darah ke seluruh tubuh semasa hamil menjadikan serviks begitu sensitif. Maka, sebarang aktiviti seperti hubungan seksual atau pemeriksaan pelvis boleh memburukkan lagi keadaan.

Simptom Kehamilan Pada Para Ibu

Walaupun perut anda masih belum membesar, tapi salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah badan anda akan mula menghantar signal ada sesuatu yang “berubah”. Mungkin ia tidak akan begitu ketara untuk setiap para ibu di luar sana, sebab lain orang, lain simptom yang bakal dirasainya.

Walau bagaimanapun, untuk kebiasaan kes, para ibu yang mempunyai kandungan berusia 4-5 minggu akan mulai berasa lebih penat berbanding hari biasa, mahupun mula rasa mual dan enggan melihat/menghidu dan juga merasai sesetengah jenis makanan. Malah, hidung juga akan mulai menjadi lebih sensitif terhadap bau-bauan di sekeliling.

Ini normal ya, moms. Jangan bimbang.

Antara simptom-simptom yang paling ketara akan terjadi pula adalah:

  • Payudara anda mula sakit
  • Mengalami morning sickness
  • Anda akan kerap kencing

Apa Perlu Anda Lakukan Sekiranya Dapat Tahu Hamil 5 Minggu?

Mungkin sesetengah pasangan baharu masih ‘blur’ jika si isteri disahkan hamil. Berita itu sememangnya berita yang begitu menggembirakan, namun disebabkan pertama kali menghadapi dan menerima berita seperti ini, tiba-tiba terasa seperti tidak tahu apa yang perlu anda lakukan.

Gembira, terkejut, sedih, cemas, dan teruja dalam masa yang sama, kan?

Tak mengapa, ibu ayah. Kesemua perkara pasti ada jalannya. Oleh itu, jika wanita disahkan hamil, berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan:

  1. Dapatkan sejarah perubatan anda dan suami. Doktor akan tanya jika ada sebarang penyakit kronik dalam keluarga yang boleh menjejaskan bayi atau anda.
  2. Anda juga perlu lebih teliti dengan gaya hidup dan kerja anda sekarang.
  3. Jangan buat aktiviti yang mampu membawa bahaya.

Selain itu, bagi mengurangkan rasa loya, anda juga boleh mengambil snek ringan yang berkhasiat dan elak dari menahan lapar. Anda juga dinasihatkan melakukan senaman ringan yang melibatkan pergerakan berimpak rendah bagi menyokong kehamilan.

Penjagaan Trimester Pertama

Apa yang anda perlu diberi perhatian pada 5 minggu kehamilan adalah untuk mengelakkan tekanan! Sangat penting bagi ibu untuk kekal relaks dan mendapat rehat yang cukup. Periksa juga kehamilan ibu secara berkala kepada pakar perbidanan dan amalkan gaya hidup sihat.

Berapa Besarkah Bayi Anda Sekarang?

perkembangan janin 5 minggu, perkembangan janin minggu 5, perkembangan janin minggu kelima, perkembangan janin minggu kelima, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan bayi minggu lima, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 5, tumbesaran janin minggu kelima, tumbesaran janin minggu kelima, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin

Sebenarnya, saiz janin dalam perut itu sudah boleh diukur apabila masuk 5 minggu. Walaupun begitu, janin ini masih terlalu kecil. Menurut sains, perkembangan janin 5 minggu sebesar berudu.

Antara Perkembangan Janin 5 Minggu Yang Perlu Diketahui Oleh Para Ibu

  • Janin sedang bekerja kuat kini. Kebanyakan organ pentingnya (seperti buah pinggang dan hati) sedang berkembang
  • Jantung janin sedang membahagikan laluan dan akan mula mengepam darah kelak
  • Usus janin juga sedang berkembang dengan apendiks kini di tempat yang sepatutnya
  • Tiub saraf di mana otak, saraf tunjang, saraf dan tulang belakang bayi juga sedang berkembang
  • Akan ada empat isi kecil yang mula tumbuh dan ia akan jadi kaki dan tangan janin

Semoga artikel ini memberikan manfaat buat para ibu di luar sana. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga diri, jauhi aktiviti berat, jaga pemakanan dan elakkan daripada stress ya moms!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

5 Weeks Pregnant | What To Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: AWAS, 7 Tanda Bayi Dalam Kandungan Anda Itu Sebenarnya Dalam Bahaya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?
Kongsikan:
  • Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

    Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

  • Perkembangan Janin 6 Minggu: Wajah Bayi Mula Berkembang & Perkara Penting Lain Para Ibu Perlu Tahu!

    Perkembangan Janin 6 Minggu: Wajah Bayi Mula Berkembang & Perkara Penting Lain Para Ibu Perlu Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

    Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

  • Perkembangan Janin 6 Minggu: Wajah Bayi Mula Berkembang & Perkara Penting Lain Para Ibu Perlu Tahu!

    Perkembangan Janin 6 Minggu: Wajah Bayi Mula Berkembang & Perkara Penting Lain Para Ibu Perlu Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.