Bayi 7 minggu kandungan hasilkan seratus sel otak setiap minit!

lead image

Walaupun baru berusia 7 minggu, bayi anda dah hasilkan seratus sel otak setiap minit. Jom semak perkembangan janin 7 minggu yang lain.

Adakah anda baru dapat tahu yang anda hmil dan doktor beritahu yang anda dah masuk minggu ke-7? Anda mesti nak tahu bagaimana keadaan anak dalam kandungan kan? Jom lihat perkembangan janin 7 minggu ini.

Perkembangan janin 7 minggu: Bayi anda besar mana?

Anak anda kini sebesar buah aratilis. Ala, buah yang kita panggil ceri yang selalu kita kutip masa kecil-kecil bila terjumpa pokoknya di tepi jalan tu! Kecilnya!

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/12/pChart week7 75.jpg Bayi 7 minggu kandungan hasilkan seratus sel otak setiap minit!

Perkembangan janin 7 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Perkembangan bayi anda sangat memberangsangkan! Bayi anda kini menghasilkan satu ratus sel otak baru setiap minit.
  • Otak dan jantung bayi anda menjadi lebih kompleks dan buah pinggangnya sedang terbentuk!
  • Ketika ini, tulang sumsum bayi anda belum terbentuk jadi, hati bayi anda yang akan mengeluarkan sel darah merah yang banyak.
  • Tangan dan kaki smula untuk tumbuh walaupun masih kelihatan seperti pengayuh sampan. Sendi kaki dan lengan juga sedang mula terbentuk.
  • Lelangit dan gigi sedang terbentuk.
  • Telinganya juga sedang terbentuk.
  • Kulitnya sangat nipis seperti kertas hingga menampakkan urat.

Perkembangan janin 7 minggu: Simptom mengandung

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/images.jpg Bayi 7 minggu kandungan hasilkan seratus sel otak setiap minit!

  • Rahim anda akan membesar sebanyak dua kali ganda untuk menampung bayi anda yang semakin membesar. Ini bermakna, anda masih mengalami rasa untuk kencing banyak kali.
  • Anda juga akan mula dapat breakout di muka. Perubahan kulit jarang berlaku dan kulit anda mungkin akan berubah dari berminyak menjadi kering atau sebaliknya.
  • Urat varikos juga akan mula timbul kerana penambahan pengaliran darah.
  • Anda juga akan masih rasa mual.
  • Kemungkinan, keinginan untuk makan akan bermula.

Perkembangan janin 7 minggu: Penjagaan

  • Jika anda belum mulakan, tambahkan asid folik dalam diet anda. Anda disarankan untuk ambil lebih kurang 400 gram asid folik sehari.
  • Jika anda mempunyai rutin senaman, pastikan senaman yang anda lakukan adalah selamat semasa hamil.

Perkembangan janin 7 minggu: Checklist untuk anda

    • Mungkin sekarang adalah masa untuk memakai baju yang sedikit longgar kerana anda akan mendapat perut kembung dan baju yang biasa anda pakai mungkin akan rasa sedikit mengganggu.
    • Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mula menangkap gambar untuk melihat pertumbuhan bayi anda.

Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Minggu sebelumnya: Minggu ke - 6

Minggu seterusnya: Minggu ke - 8