Perkembangan janin 7 minggu sememangnya sudah semakin pesat jika ingin dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya. Oleh demikian, para ibu digalakkan untuk mengetahui tentang tahap kesihatan dan keadaan ibu serta janin selama kehamilan pada usia ini.
Mana tidaknya, ukuran janin juga pada saat ini sudah bertambah besar dan jantungnya juga sudah mula berdenyut pada usia kehamilan 5 minggu lagi. Dan sekali lagi, setiap minggu kehamilan, para ibu pasti tidak sabar untuk mengetahui perkembangan janin. Tak kisahlah walaupun jarak hanya 1 minggu dengan check-up sebelum ini iaitu pada usia 6 minggu.
Jom kita lihat perkembangan janin 7 minggu ini, ya ibu-ibu!
Hamil 7 Minggu? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Untuk pengetahuan umum, pada usia 7 minggu kehamilan anda, bentuk janin sudah sebesar biji epal hijau. Manakala panjangnya pula dua kali ganda dari minggu lalu, iaitu sekitar 1.27cm.
Untuk para ibu pula, jika anda baru dapat tahu anda hamil, ataupun sudah mengetahuinya seawal 4 minggu – ini merupakan perkara yang perlu anda lakukan dan ketahui.
#1. Bayi anda mula terbentuk!
Ciri-ciri kecil bayi anda – mata, hidung, mulut dan telinga – mula kelihatan lebih jelas. Putik lengan dan kaki semakin panjang.
#2. Keputusan ujian
Pilihan ujian pranatal trimester pertama termasuk ujian darah NIPT, ultrasound NT, dan CVS. Jika anda menghadapi masalah menentukan ujian yang sesuai untuk anda, berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda dan orang lain yang anda percayai.
#3. Makanan yang perlu dielakkan
Beberapa makanan yang perlu dielakkan sekarang: Ikan todak (swordfish), daging deli sejuk, tiram mentah (oysters), adunan biskut buatan sendiri, taugeh, kopi bersaiz lebih besar, jus yang tidak dipasteurisasi dan queso fresco.
Dah tujuh minggu ini, bermakna anda kini berada di dalam bulan kedua kehamilan. Congrats!
Simptom Kehamilan 7 Minggu
Pada fasa ini, para ibu akan mulai merasai/melalui simptom-simptom seperti di bawah jika anda disahkan hamil sama anda mengetahuinya ataupun tidak:
- Rahim anda akan membesar sebanyak dua kali ganda untuk menampung bayi anda yang semakin membesar. Ini bermakna, anda masih mengalami rasa untuk kencing dengan kerap.
- Kulit muka anda juga akan mulai bermasalah seperti ditumbuhi jerawat. Perubahan kulit jarang berlaku dan kulit anda mungkin akan berubah dari berminyak menjadi kering atau sebaliknya.
- Urat varikos juga akan mula timbul kerana penambahan pengaliran darah.
- Anda juga akan masih rasa mual.
- Kemungkinan, keinginan untuk makan akan bermula.
Malah, walaupun pada usia 7 minggu kehamilan bentuk janin masih sangat kecil dan perut belum menonjol, payudara para ibu juga akan mulai mengalami perubahan yang ditandai dengan pembengkakan. Para ibu juga akan mulai berasa tidak selesa dengan bra yang dipakai. Ini adalah disebabkan oleh hormon kehamilan, iaitu estrogen dan progesteron.
Puting juga akan berasa begitu sensitif, lembut, dan lebih menonjol sehingga terasa sakit jika disentuh. Bukan setakat itu sahaja, warna areola juga akan berubah menjadi lebih gelap dan lebar untuk beberapa bulan akan datang.
Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Anda Besar Mana?

Anak anda kini sebesar buah aratilis. Ala, buah yang kita panggil ceri yang selalu kita kutip masa kecil-kecil bila terjumpa pokoknya di tepi jalan tu. Ya, masih kecil.
Perkembangan Janin 7 Minggu: Perkembangan Bayi
- Perkembangan bayi anda sangat memberangsangkan! Bayi anda kini menghasilkan satu ratus sel otak baru setiap minit.
- Perkembangan otak dan jantung bayi anda menjadi lebih kompleks dan buah pinggangnya sedang terbentuk!
- Ketika ini, tulang sumsum bayi anda belum terbentuk jadi, hati bayi anda yang akan mengeluarkan sel darah merah yang banyak.
- Tangan dan kaki smula untuk tumbuh walaupun masih kelihatan seperti pengayuh sampan. Sendi kaki dan lengan juga sedang mula terbentuk.
- Lelangit dan gusi sedang terbentuk.
- Telinganya juga sedang terbentuk.
- Kulitnya sangat nipis seperti kertas hingga menampakkan urat.

Perkembangan janin 7 minggu: Penjagaan
- Jika anda belum mulakan, tambahkan asid folik dalam diet anda. Anda disarankan untuk ambil lebih kurang 400 gram asid folik sehari.
- Jika anda mempunyai rutin senaman, pastikan senaman yang anda lakukan adalah selamat semasa hamil.
Checklist Kehamilan 7 Minggu
#1. Pilih makanan yang terbaik sahaja
Jangan risau jika anda tidak boleh makan diet yang lengkap pada trimester pertama anda – loya boleh menjadikan ini mustahil. Hanya lakukan yang terbaik untuk makan makanan yang sihat.
Juga perlu diingat 12 makanan terbaik untuk kehamilan: telur, salmon, kekacang, ubi keledek, bijirin penuh, walnut, yogurt Yunani, brokoli dan sayur-sayuran berdaun gelap, daging dan ayam tanpa lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni, alpukat dan buah-buahan kering.
#2. Berkomunikasi dengan pasangan
Walaupun anda sedang menanggung beban untuk melahirkan anak, terdapat banyak cara yang boleh dikongsi kepada pasangan anda tentang perjalanan kehamilan anda. Lebih banyak ikatan yang anda lakukan sebelum bayi lahir, lebih bersedia anda untuk menangani cabaran menjaga bayi yang baru lahir bersama-sama. Luangkan masa untuk bercakap tentang tips keibubapaan, dan berkongsi harapan dan impian untuk masa depan.
#3. Teka jantina bayi
Lelaki atau perempuan? Masih terlalu awal untuk diketahui, tetapi apa salahnya kalau nak teka dan kita tengok si ibu atau di ayah yang betul.
#4. Tentukan masa yang tepat untuk umumkan kehamilan
Sesetengah ibu hamil menunggu sehingga selepas trimester pertama, apabila risiko keguguran menurun, tetapi ada juga yang mengumumkannya dengan segera. Ada yang menunggu untuk memberitahu rakan sekerja atau bos mereka untuk mengelak daripada dilayan secara berbeza di tempat kerja. Pertimbangkan juga cara untuk membuat pengumuman tersebut – dan dapatkan inspirasi kreatif daripada ibu bapa lain.
Perkembangan Janin 7 Minggu: Penjagaan Trimester Pertama
Para ibu perlu lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti seharian. Sekiranya terdapat tompokan darah ia juga boleh menjadi tanda awal keguguran atau mengandung di luar rahim (kehamilan ektopik pada bahagian follopian tube).
Anda harus meningkatkan kawalan otot dengan melakukan senaman kehamilan untuk beberapa kali sehari. Walaupun hamil bukan waktu yang sesuai untuk diet tetapi anda harus mengubah pemakanan seharian kepada yang lebih sihat dan berkhasiat. Selain membahagikan makanan kepada potongan yang lebih kecil.
NOTA KAKI: Mungkin sekarang adalah masa untuk memakai baju yang sedikit longgar kerana anda akan mendapat perut kembung dan baju yang biasa anda pakai mungkin akan rasa sedikit mengganggu. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mula menangkap gambar untuk melihat pertumbuhan bayi anda.
Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Jika anda ada 10 tanda ini, maknanya anda sedang hamil kembar!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!